Setelah berkongsikan lirik Pejamkan mata sebelum ini dan mendapatkan Album Malique: TKO: Pejamkan Mata, saya ingin berkongsi sebuah lagu sedih yang terkandung dalam album ini: - Bukan Mudah tajuknya. Malique ft dengan Nukilan.
[Antara petikan Review album TKO: Pejamkan Mata: Ibnor Syafiq (melalui TheVocket.com)]
“Bukan Mudah” merupakan pertaruhan ketiga Malique berkolaborasi bersama Nukilan selepas kejayaan lagu “Rindu” dan “Aduh Neng” pada tahun 2015. Lagu ini secara rumusannya, mengisahkan turun naik perjalanan karier seni beliau sendiri setelah memilih untuk bergerak secara solo sejak 2007.
Perit jerihnya menghadapi dugaan industri seni yang beronak duri digambarkan dalam lirik ini dan bagaimana beliau menangkis semua itu dengan kecekalan, semangat dan usaha yang tidak henti. Melalui lagu ini beliau mendefinisikan untuk berjaya itu bukannya mudah dan walau apa pun yang menghalang, jangan sesekali lemah dan berputus asa walau pernah gagal beberapa kali.
Lirik yang dititipkan sangat sesuai dijadikan pesanan dan nasihat untuk mereka yang masih hijau didalam industri seni tanahair menerusi lagu “Bukan Mudah” ini. Bait lirik korus yang diulang-ulang dalam lagu ini jelas mengungkapkan keadaan Malique setelah tidak lagi bersama Joe Flizzow apabila memilih untuk tampil solo.
“Hampir lelah hampir jatuh diri ini,
Bila separuh semangat tiada di sisi,
Tak mengapa ku tempuhi dugaan,
Bukan mudah berjalan berseorangan.”
Pendapat / review di atas ini adalah pandangan peribadi. Mungkin anda yang mendengar lagu ini ada definisi tersendiri. Seperti lagu Pejamkan mata juga, sukar untuk mencari video lagu ini kerana dilindungi hakcipta. Namun saya kongsikan cover oleh Alep Farhan. Jom kita dengarkan!
LIRIK BUKAN MUDAH: MALIQUE FT NUKILAN
[Chorus - Kelana]
Hampir lelah hampir jatuh diri ini,
Bila separuh semangat tiada di sisi,
Tak mengapa ku tempuhi dugaan,
Bukan mudah berjalan berseorangan.
[Agenda]
Tubuh yang mengah lesu, berkais dan melombong,
Pulang menapak laju dalam langkah yang melonjong,
Yang menegur khabarku, berpaling bukan sombong,
Titikku kini satu senyumkan yang dah melolong,
Kadang terkena pedang bermata dua kurebah,
Sedang terleka pandang permata disengat lebah,
Biarpun lelah, lara takkan gundah dalam lemah,
Ku sedar bukan mudah diludah beransur kebah,
Pecah jari-jemari tekan tubi pensil kayu,
Resah harianku telan ubi berkipas bayu,
Bangkit hadap mentari biar terik ku tak layu,
Berlari kerah lagi selagi ku dirgahayu,
Tiada yang ringan dalam hal yang dititik-beratkan,
Tekanan, perjalanan jadi pengalaman beratkan,
Bermula dari angan bergiat sampai ke tua,
Masih terngiang suara ibu membisik petua.
[Chorus - Kelana]
[Zizi Kirana]
Berjaya melangkah pagar kawat berduri,
Percaya, adakah hidup ini berjuri?
Sentiasa dihakim, dihukum darah sendiri,
Berjasa pun dihakim, dihukum jasa dicuri,
Bersuara lantang ku tiada cara dipertengah,
Berdiri tegak aku nak diendah hingga megah,
Berdiam diri pula dibakar hati disergah,
Menyiram benih cita nak bercambah bukan mudah,
Ke langit tidak sampai ke bumi tidak terpijak,
Sesak nafas tergapai, maka tangkis dengan bijak,
Mana langit kujunjung di situ bumi kupijak,
Usaha yang kan usung pergerakan harus bijak,
Bersedia di zahir mahirkan dari dirantai
usah endah yang diraptai gusar hilang nak bersantai,
Rujuklah awal akhir sebelum merempuh badai,
Demi yang menanti jangan sekali maruah digadai.
[Chorus - Kelana]
[Malique]
Dengarkan, fikirkan, zikirkan, dikirkan,
Serapah pejuang-ulang sehingga mahkota dijulang,
Dari putih mata, biar putus tunjang, putih tulang,
Walaupun terbuang, dampar dasar cerun curam suram,
Kalau hati bercahaya pasti temui jalan pulang,
Tukar orientasi, modifikasi modus operandi,
Digantikan cogan, gantikan slogan, hidup lataif nan mati,
Diasahkan taji, kibarkan panji-panji, ingati janji-janji,
Serikandi masih menanti-nanti di menara candi...
Ya, menara candi.
Masih menantikanmu di menara candi
(Chorus: Kelana)
(Outro: Malique)
Damba domba putih atau domba emas jati,
Hanya satu punya sakti tikam hati-hati
Patah-patah yang bercambah menambah risiko
Muncul kemenangan bila terhapusnya ego.
*****
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.