Saya mulakan perkongsian nota Ogos ini dengan ucapan takziah dan berkongsi rasa sedih akibat kejadian yang menimpa anak-anak dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung pada Khamis, 14 September 2017 lalu. Kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua orang guru itu sangat menyentuh hati kita, seluruh rakyat Malaysia dan mendapat perhatian seluruh dunia. Moga hal ini bertemu jalan penyelesaiannya. Sama-samalah kita berdoa dan menyedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang terlibat. Moga dirahmati. Salam Takziah buat seluruh keluarga mangsa.
Untuk nota kali ini (koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Ogos 2017), jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
Boleh juga baca ini : Menghadapi pemergian & kehilangan orang tersayang pergi selamanya
Untuk nota kali ini (koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Ogos 2017), jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
Tanyalah Ustaz.
Ajar anak sejak kecil untuk:
- Mentauhidkan Allah
- Mengenali Nabi
- Ibadah
- Bezakan baik buruk
- Cintakan ibu bapa
NLKO
"Nak dipermudahkan urusan rezeki ni, antaranya berniat nak bayar jika berhutang. Usaha dan doa kena ada juga." - Ustaz Norhisyam.
Kliknik DHijrah
- Tengok orang lebih bawah daripada kita.
- Jangan sombong dengan Tuhan.
- Syaitan tidak pernah putus asa menipu manusia.
- Jangan merugikan diri sendiri.
Tanyalah Ustaz
- Kita berusaha. Yang tentukan kita masuk syurga adalah Allah juga.
- Antaranya. Qanaah. Taat. Baca al-Kahfi untuk dapat redha Allah.
*
"Jika kita rasa suami / isteri kita teruk tapi orang lain lebih baik serba serbi (kita bandingkan), mungkin syaitan dah merasuk mata kita. Sampai tertutup kebaikan yang pasangan kita dah buat. Sedangkan banyak lagi kita tak tahu pasal orang lain tu." - Ustaz Amin.
"Jika kita rasa suami / isteri kita teruk tapi orang lain lebih baik serba serbi (kita bandingkan), mungkin syaitan dah merasuk mata kita. Sampai tertutup kebaikan yang pasangan kita dah buat. Sedangkan banyak lagi kita tak tahu pasal orang lain tu." - Ustaz Amin.
Tanyalah Ustaz (Kedahsyatan Neraka).
- Orang yang suka tanya tentang azab neraka tu ada iman di dalamnya. Sebab mahu menjauhi neraka.
- Jika di akhirat kita boleh dapat syafaat daripada ahli keluarga yang soleh.
- Lepas "majid" dalam tahiyyat akhir baca doa sebelum salam yang Nabi amal.
- Lepas subuh & maghrib baca "Allahuma arjni minnannar" 7 kali.
- Rasulullah S.A.W juga bertaubat dan beristighfar banyak kali dalam sehari walaupun dia maksum (terhindar dosa). Sewajarnya kita lebih lagi istighfarnya.
- Doalah kita termasuk dalam kelompok orang yang masuk syurga Allah.
- Tuhan tak tanya kita lahir dengan agama apa. Tapi Dia tanya kita mati dalam agama apa.
- Mengumpat lebih berdosa daripada zina. Sebab zina salah dengan Allah. Boleh bertaubat. Mengumpat pula perlu minta maaf dengan orang itu.
Halaqah.
"Tiada orang yang masuk syurga tanpa pasangan." - Ustaz.
*Siapa masuk syurga pasti akan ada temannya.
Klinik Dhijrah - Ustaz Badlishah.
"Orang tak solat ni di akhirat akan ketuk kepala dia dengan batu. Ulama tafsir mengatakan kerana kebanyakan orang tak solat ni bukannya tidak tahu, namun tidak mahu. Degil. "
Tanyalah Ustaz.
"Hidup ini kena ikhlas. Tak harap pujian. Penghargaan. Buat kerana Allah. "
Buku
"Belajar ilmu untuk menyuluh diri dulu. Bukan sibuk menyuluh orang namun terlupa menyuluh diri."
Hadith Open Mic
- Kaya sebenar adalah kaya cinta. Disayang, dihormat dan diingat.
- Cinta sewajarnya tidak buta. Ia patutnya menjadikan hidup kita lebih bercahaya.
- Tuhan itu sentiasa ada. Namun kadangkala kita lupa.
Klinik Dhijrah - Ustaz Ebit Lew.
"Biarlah orang tak puji atau tak pedulikan kita. Cukuplah kita buat tu sebab nak Allah sayang kita."
Tanyalah Ustaz.
"Kita tak ada kuasa ubah hati orang. Kalau kita nasihat orang tak terima mungkin salah cara kita. Atau kita pun memang jenis tak terima nasihat."
Tanyalah Ustaz
Orang bagi kita sedikit sahaja kita dah terhutang budi bagai. Inikan pula Tuhan dah bagi nikmat dah begitu banyak pada kita.
Ikim FM - Cabaran menuntut ilmu
- Siapa angkat diri, Allah akan jatuhkan dia. Jangan sombong dengan orang lama.
- Elakkan ilmu segera. Kena banyak lagi belajar. Dalam lagi.
- Kena lihat orang dengan sangka baik. Macam dia tu Nabi Khidir.
- Dalam menuntut ilmu, cabaran pasti ada.
"Walaupun kita berbeza pendapat, boleh tak kita tetap jadi kawan?" - Imam Syafie (jawapannya apabila hadapi khilaf / beza pendapat).
*****
Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.
Maaf dan terima kasih.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.