Lirik Jalan Keluar - Rabithah (OST Kerna Syurga Bukan Percuma)

RABITHAH adalah artis di bawah naungan Tarbiah Sentap Records. Menampilkan 5 anak muda. Lagu Jalan Keluar ini  ditulis oleh Adnin Roslan dan liriknya juga oleh Adnin Roslan. Menjadi lagu tema untuk drama Kerna Syurga Bukan Percuma (KSBP) menampilkan lakonan Fikry Ibrahim dan Elfira Loy sebagai peneraju utama.

Instagram rasmi drama: @kernasyurgabukanpercuma


SINOPSIS DRAMA KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA


Mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, pelbagai dugaan yang perlu ditempuhinya.

Perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab. Abang Surau mempunyai peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan semangatnya mencari redha Allah. - (Sumber)

Mulai 6 November 2017
Isnin - Rabu, 9pm
Astro Oasis & Maya HD
Penulis buku KSBP ini ialah Najmi Fetih - @PendakwahCute



Lirik Jalan Keluar - Rabithah (OST Kerna Syurga Bukan Percuma)

(RIDWAN)
Pernah aku rasa,
di hatiku sesuatu,
yang ku pun tidak tahu,
seolah kosong inginkan sesuatu,
sesuatu..

Lalu ku termenung,
mencari jawapannya,
agarku mampu tenang,
akhirnya ku menangis,
hatiku pedih...

(YASIN)
Cuba kau bayangkan,
bayangkan dengan mata hatimu,
apa yang kau rasa?
terjatuh di dalam lubang yang sama,
berulang-ulang kali,
kau tetap tewas...

(AKMAL)
Hingga kini ku,
masih mencari jalan keluar,
ku buntu,
hampirku putus asa darimu,
namun apa guna andaiku hanya mengeluh?

(MAHDI)
Kerna ku sedari,
tuhan takkan pernah menzalimiku,
hanya ku yang menzalimi diriku,
Berilah jalan keluar..

(HAKIM)
Kadang menggeletar,
ku bersabar menahan, hatiku berdebar,
terseksa andai ketagih,
dengan dosa...

(YASIN)
Cuba kau bayangkan,
betapa sakit hatiku ini,
menangis merintih,
ku mahu bebas tenang dan bahgia,
namun diriku seolah terpenjara..

(AKMAL)
Hingga kini ku,
masih mencari jalan keluar,
ku buntu,
hampirku putus asa darimu,
namun apa guna andaiku hanya mengeluh?

(MAHDI)
Kerna ku sedari,
tuhan takkan pernah menzalimiku,
hanya ku yang menzalimiku,
Berilah jalan keluar..

(HAKIM)
Ku menyesali akan kisah silamku,
kerna mencoba dosa,

(AKMAL)
namun ku takkan jemu
usaha kembali padamu!

(MAHDI)
Ku yakini
ampunan ilahi

(AKMAL)
tersedia untuk ku kejari!

(HAKIM)
Berikan aku jalan keluar..





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top