Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang September dan Oktober 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
Tanyalah Ustaz
Orang sengaja tak bayar hutang dia bakhil dan jahil. Sedangkan hutang di bawah ke akhirat kelak. Bayarlah sebab itu bukan hak kita. - Ustaz.
Anda Musykil (Tuntuan atau ikut-ikutan).
- · Ibadah kita itu bergantung pada ilmu kita. Bukan sekadar ikut-ikutan.
- · Mungkin pada mata kita tak OK. Tapi di sisi Tuhan baik. Wallahualam.
- · Al-Quran mengajar kita memaafkan sebelum orang meminta maaf.
"Insan yang luar biasa; dia akan sentiasa memaafkan sebelum orang lain sempat meminta maaf." -
Ustazah Isfadiah.
Hadith Open Mic Ep 10 S2
(Art Fazil)
· Kita masing-masing melalui jalan berbeza.
· Tanam cahaya dalam hati orang melalui seni.
(Ustaz) Penguasa hadis.
- · Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Dawud, Tirmidzi, Abu Hanifah
- · Imam Syafie guru untuk beberapa hafal hadis
- · Tuntul ilmu sampai mati
- · Ikhlas menyayangi.
- · Its all up to you.
- · Buat sebab Allah.
- · Tak mengumpat.
- · If you choose that, go for it.
(Ustaz Hidayat).
Kepayahan kita hari ini jauh berbanding susah payah ulama terdahulu.
(Ustaz Perak FM)- Ustaz Ahmad Dusuki.
- · Al-Quran petunjuk.
- · Jika boleh sebelum meninggal baca Quran.
- · Bukan kita dengar orang meninggal tiba-tiba ja terkejut. Orang meninggal lagi terkejut.
- · Ambil kesempatan baca Quran selagi kita hidup.
- · Dalam dada kita ini biar ada ayat suci al-Quran.
- · Paling tidak, hafal surah al-Mulk.
- · Kemudian Surah al-Kahfi.
- · Surah al-Baqarah: 286.
- · Al-Quran dapat bantu kita di sana.
- · Tempat paling sesak padang mahsyar.
- · Rahmat ini belas kasihan Allah.
"Kena selalu bersedekah, bukan berapa banyak jumlah. Ibarat beri sebutir tamar, ganjarannya sebesar gunung." - Ustaz Zaidi (📺 #Hadis40)
Tanyalah Ustaz: Meniti Musibah
Musibah adalah balasan
Musibah adalah tarbiah
Bismillah ad-Dhuha- Ustaz Ebit.
- Orang hina kita, kita tak terhina pun. Jangan letak pengharapan dekat orang. Melainkan terhina kerana Allah yang hina. Itu patut rasa terhina.
- "Jangan terkesan dengan pujian dan hinaan orang. Jangan letak gembira kita pada orang. Rasa terhina ni patut ada bila kita dengan Tuhan ja."
Ustaz Badli. WHI.
Bagi sesetengah orang perpisahan juga adalah penghijrahan.
Biar kita berpimpin hati ke syurga.
Norkhiriah- Mohon agar Allah pegang hati kita.
Support system penting.
Tanyalah Ustaz. Perbetulkan Solat. Dr Mohd Sukki dan Dai Azzam.
- · Jamak ta'khir ikut mazhab Syafie buat yang mana dulu. Buat satu lagi boleh. Tapi ikut mazhab elok mula yang mula.
- · Jangan bagi keraguan kita menang.
- · Yakinlah dengan ilmu kita.
Tanyalah Ustaz. (Ustaz Sukki. Dai Azam)
Solat dalam kesusahan.
- Kucing atau bayi depan kita, kita boleh elak dengan gerak ke kanan. Atau bayi boleh diangkat letak ditepi.
- Jika sakit terlantar jika boleh diuruskan solatnya. Jika tidak, jamak. Solat tetap kena buat.
- Jika ada kucing di belakang badan boleh kuis. Tak batal. Dibolehkan.
- Jika mengandung, susah nak bangun sampai kena pegang bucu katil dalam solat. Dibolehkan.
- Orang stroke boleh tak wuduk dengan spray? Boleh. Kita pun boleh. Asalkan kena tempat wuduk. Boleh rata.
- Solat wajib walau bagaimanapun. Jangan mudah niat nak qada'. Jika boleh solat waktu tu juga. Jika tiada sebab. Dalam perang / dikejar binatang buas pun buat ikut mampu. Qasarkan jika boleh.
- Dalam kapal terbang, solat duduk dibolehkan. Takbir tu adab kiblat. Then sambung solat.
- Jika sakit saraf, mampu baca rukun qauli dalam hati, itu ja paling termampu. Boleh. Begitu juga jika bisu.
- Takbiraturrahim ini bukan angkat tangan. Tapi qauli. Sebut. Sunat angkat tangan. Jika tak buat boleh. Cuma kurang pahala.
Tanyalah Ustazah. Shadiya Abbas
- "Pakcik & makcik 'mendatang'; (kahwin dengan adik-beradik mak ayah) berlainan jantina dengan kita, hukumnya tak boleh bersalam."
- "Dengan sepupu (berlainan jantina) pun sama. Walaupun rapat daripada kecil. Tetap kena jaga batas. Jaga aurat. Tak boleh bersalam. Bukan mahram."
- "Kena jaga hubungan dengan ipar duai. Aurat. Dan mereka tak boleh masuk rumah tanpa kebenaran suami."
- "Kena jaga sungguh bab mahram ni sebab ia melibatkan perwalian, harta pusaka dan keturunan kita."
Ustazah Asni (NLKO)
Jika kita beri kebaikan dan orang membalas dengan keburukan, mungkin Tuhan ingin mengajar kita erti keikhlasan.
Al-kulliyyah Husnudzon - Ustaz Elyas
- "Bukan apa yang kita lihat. Tapi apa yang kita fikir itu yang penting. Fikiran menentukan perasaan. Perasaan menentukan tindakan."
- "Apabila jumpa orang lebih pandai anggaplah dia guru kamu. Jika bertemu dengan orang lebih jahil, anggaplah dia lebih baik."
- "Sangka baik dapat mengelakkan kita daripada mengumpat. Sebab sangka buruk ini akan melahirkan fitnah."
- "Elaklah buka "buku lama" seseorang. Sampai bila kita nak hukum orang? Sedangkan kita mahu Allah melihat kita dengan baik."
- "Sangka baik ini mampu memberi ketenangan. Fikir baik-baik, kita akan dapat yang baik-baik."
Opick:
- "Jika kita tidak menulis tentang lagu agama hari ini, dan memikirkan laku atau tidak, penulisan begitu akan mati.
- Anggaplah setiap tulisan itu, yang terakhir. "
- "Ibadah kita. Solat kita merasakan tidak layak dipersembahkan.
- "Tentang rapuh ini; lagu rindu kepada Allah. Kita mahu mencintai Allah. Namun kita tak sempurna. Ibadah kita. Solat kita merasakan tidak layak dipersembahkan. Bagaimana ini?"
Urus Musibah. Ustazah Asni. Tanyalah Ustazah.
· Kita diuji ikut mampu kita. Budak UPSR takkan diberi soalan ijazah misalnya.· Banyakkan istighfar.
· Doa Ummu Salamah amalkan apabila diuji.
· Allah sayang kita.
· Ujian adalah takdir. Uruskanlah takdir dengan baik-baik.
· Ujian bersifat sementara.
Dengar ustazah Zai. (Ikim fm)
- · Moga-moga yang munafik bukan kita.
- · Malas beribadah antaranya.
- · Solat awal waktu.
Ustaz Elyas - Husnuzon 2
- · Senang ditipu syaitan.
- · Ahli ibadah yang jahil.
- · "Sangka baik bukan menafikan realiti. Kita bersangka baik, akan mendatangkan perkara yang baik-baik dalam hidup."
- · "Rasa diri kita baik menunjukkan kita tak berapa baik. Jika sibuk hal diri, kita tak akan sempat lihat keburukan orang lain."
- · "Orang yang sibuk menghukum orang lain, dia tak sempat beri kasih sayang. Nak lihat kita bagaimana, lihat apa kita sangka."
- · "Sangka baik dengan lima; Allah, ibu ayah, pasangan, pembantu dan kelima bersangka baik dengan jiran atau kawan sepejabat."
- · Sangka baik dengan Allah.
- · "Dalam hidup kita selalu minta apa kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu"
- · Sangka baik dengan mak ayah. Berkat doa. Raikan bersama dengan mereka. Kerana mereka begitu baik dengan kita.
- · Sangka baik dengan pasangan. Letakkan mungkin dalam banyak hal.
- · Orang bekerja dengan Kita macam-macam.
- · Nabi suruh maafkan seseorang 70 kali dalam sehari. (Rujuk cerita khadam).
- · Jangan menghukum letak kita dalam tempat orang tu.
- · Orang marah ni memang suka wakilkan semua orang. 😅
- · Bersangka baik dapat menyelamatkan banyak keadaan dalam hidup. Sikap terburu-buru akan menampakkan keburukan kita.
Hadis 40
- · Allah bagi sesuatu yang boleh kita tanggung. Maka bersandarlah pada dia.
- · Siapa kita nak tahu apa di depan. Kita boleh merancang sahaja.
- · Kadangkala kita sendiri tak pasti dengan kehendak kita.
- · Allah taala akan bagi terbaik untuk kita.
Tanyalah Ustaz. Dai Farhan
Sucikan hati
Mata yang jauh daripada api neraka:
- Mata yang menangis takut dengan Allah
- Mata yang berjaga malam buat ibadah
- Mata yang berpaling daripada perkara yang diharamkan
Cara nak bersihkan hati. Ingat mati. Dan banyakkan baca al-Quran.
Nota Ajal Seorang Mukmin - Ustaz Ahmad Dusuki
Tulislah yang baik-baik. Kerana tulisan akan kekal walaupun kita dah tak ada.
* IKIM FM
"Takdir itu sesuatu yang berlaku setelah kita berusaha dan bersungguh terhadap sesuatu."
"Allah yang beri kita rasa faham. Penyebab itu perlu. Usaha itu perlu. Namun semuanya berlaku dengan izin Dia." - Ustaz Hambali.
Kita tak buat maksiat bukan sebab kita kuat sangat.
Jangan letak (ingat) makhluk dalam solat kita.
Riak dengan ibadah (Tanyalah Ustaz)
Nak hamba:
Jangan rasa memiliki
Tidak rasa dia ada ilmu
Al-kuliyyah
Mengira-mengira berapa nak sedekah. Itu sedekah yang bakhil.
3 meminta-minta boleh:
1. Sakit yang sampai tak boleh cari rezeki
2. Hutang tak termampu bayar
3. Miskin
Hanya yang kuat boleh bersedekah.
Kesimpulan santun Nabi:
- · Berusahalah mencinta Nabi
- · (belajar tentang sirah)
- · Berakhlak seperti Nabi
NLKO
- · Menjaga aib pasangan
- · Jaga hati
- · Jaga ibadah kita. Jangan solat kapal selam timbul tenggelam
- · Elak perkara lagho
Ustaz Shahrizan. Bismillah ad-dhuha.- Zikir
- Lepas solat
- Istighfar selalu
- Jangan tinggal solat
- Elakkan maksiat
Tanyalah Ustaz
Jangan dilalaikan dengan harta zaman sekarang. Iaitu jumlah likes.
Norhafizah Musa - Meremehkan dosa.
- · Jangan meremehkan dosa dengan memandang mudah dan menganggap itu biasa.
- · Meremehkan sikap membazir contohnya.
- · Jangan menipu.
- · "Sesuatu yang dikatakan seseorang adalah sesuatu yang digambarkan dalam hatinya."
- · "Pilihlah nak sakit atau nak sihat. Memikirkan sesuatu yang menyakitkan hati kita adalah sesuatu yang membuatkan kita bertambah sakit."
- · "Banyakkan istighfar. Moga Tuhan ampunkan dosa-dosa kita."
NLKO
Amalkan selalu ayat Qursi. Pendinding diri.
*****
Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.
Maaf dan terima kasih.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.