Sebelum ini, blog ini ada menulis tentang petua merawat sakit gigi, gusi dan bengkak. Kali ini melalui bacaan saya melalui Majalah Solusi ruangan Ezy Dakwah ada berkongsi tentang "Nabi Suka Gosok Gigi" (Waktu Bila) menerusi Ezy Dakwah 26 dan "Begini Nabi Gosok Gigi" (Cara) dalam Ezy Dakwah 28.

Apa itu siwak? Siwak (atau disebut juga miswak) merupakan kayu dari ranting pohon Aarak atau Peelu, yang lazim terdapat di jazirah Arab. Nama latinnya: Salvadora Persica. Siwak inilah yang biasa digunakan sebagai sikat gigi sekaligus pasta gigi yang terkenal di jazirah Arab.(Sumber)

Ada berdasarkan hadis lain Nabi pernah guna kayu lain ketika ketiadaan kayu araak. 


"Begini Nabi Gosok Gigi" (Cara), Ezy Dakwah 28.


Sunnahku amalanku.
  • Basuh berus dahulu
Aisyah radhiyallahu ‘anha mengkhabarkan,”Nabiyullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersiwak lalu memberiku siwak tersebut untuk kubasuh. Lalu aku menggunakan untukku dahulu, kemudian kubasuh semula, dan aku menyerahkan kembali kepadanya.” (Riwayat Abu Dawud).
  • Berus Lidah
Hadis Abu Burdah daripada bapanya, aku datang kepada Rasulullah s.a.w, kudapati Baginda s.a.w. sedang menggosok giginya dengan kayu siwak di tangannya dan berbunyi ugh! Ugh! Seolah-olah akan muntah.(kerana menggosok lidah) - (HR al-Bukhari)

Dalam riwayat lain menyebut, "...hujung siwak diletak pada lidah dan diberus...," (Riwayat Muslim)
  • Kanan ke kiri
Hendaklah bersiwak dengan menggosok bagian kanan gigi, setelah itu bahagian yang kiri. Hal ini sesuai dengan hadis ‘Aisyah.

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِيْ تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ وَفِيْ شَاْنِهِ كُلِّهِ
“Adalah menyenangkan Rasulullah untuk memulai dengan yang kanan ketika memakai kasut, berjalan, ketika bersuci, dan dalam semua keadaan” [Hadits riwayat al-Bukhari]

  • Jika Tiada gigi (disunatkan juga. Boleh menggosok gusi, lidah dan lelangit. Faedah siwak ini bukan sahaja bersihkan gigi, tetapi turut kuatkan gusi dan menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut. Setidak-tidaknya akan dapat pahala mengikuti sunnah Rasulullah SAW).
  • Sangat suka berus gigi
“Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha berkata: Abdurrahman bin Abu Bakar As-Sidik Radhiyallahu ‘anhu menemui Nabi. Abdurrahman Radhiyallahu ‘anhu membawa siwak yang basah yang dia gunakan untuk bersiwak. Dan Rasulullah memandang siwak tersebut (dengan pandangan yang lama).

Lalu aku berkata, "berikan kepadaku kayu siwak ini, wahai Abdul Rahman."

Beliau terus menyerahkannya kepadaku. Maka aku pun lalu mengambil siwak itu dan menggigitnya (untuk dibersihkan) lalu aku membaguskannya kemudian aku berikan siwak tersebut kepada Rasulullah, maka Baginda pun bersiwak dengannya sambil bersandar kepadaku. (Riwayat al-Bukhari).

"Nabi Suka Gosok Gigi" (Waktu Bila), Ezy Dakwah 26

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) bersabda, “Bersiwak itu membersihkan mulut, menyukakan Tuhan.” (Riwayat Ahmad).

BUKAN DUA KALI SEHARI
  • Ketika hendak solat
Sabda Nabi, “Kalau bukan kerana akan memberatkan umatku, tentulah kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Ketika hendak masuk rumah
Diriwayatkan dari Syuraih bin Hani, ia berkata: “Aku bertanya kepada Aisyah, 'Apa yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah SAW jika memasuki rumahnya?” Aisyah menjawab, “Bersiwak”. (Riwayat Muslim).
  • Ketika bangun tidur
Dan hadits dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata.

“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak tidur pada malam hari atau siang hari kemudian beliau bangun melainkan beliau pasti bersiwak terlebih dahulu sebelum berwudhu.” [Hadits Riwayat Abu Daud no. 57 dan Lihat Shahih Abu Dawud I/14 no. 51] (sumber)
  • Ketika hendak baca al-Quran
Sayidina Ali pernah berkata, "Sesungguhnya mulut-mulut kamu lorong laluan bagi al-Quran. Justeru, wangikannya dengan bersiwak!" (al-Tahmid)

**
Ini mengisyaratkan bahawa seorang Muslim seharusnya dalam keadaan terbaik setiap masa.
"...Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. .." - (Al-Hasy-r 59:7).


Penulisan kali ini adalah perkongsian tutorial cara edit, terangkanhidupkan atau cantikkan gambar kahwin atau lain-lain menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Photoshop Lightroom (kedua perisian ini adalah berasingan / lain-lain). Dan jika ada penambahan tips boleh kongsikan di ruangan komen.

Apa-apapun, kita kena ada perisian (software)nya terlebih dahulu.

Download salah satu software yang kita ingin gunakan (jika belum ada):

Kita refresh semula. Adobe Photoshop ini perisian untuk sebarang hal berkaitan suntingan atau manipulasi gambar atau lukisan digital. Kalau yang vektor, tulisan bercorak, lukisan kartun atau buat cetakan (print) hal-hal berkaitan promosi seperti risalah atau majalah itu, (selalunya) barulah menggunakan Adobe Illustrator. Antara perkataan yang biasa kita akan dengar jika menggunakan Photoshop ini adalah tools (perkakasan / alat seperti pen, berus, objek, pemadam, pemotong dan banyak lagi untuk kegunaan edit),  layer (lapisan, kalau dalam buku seperti muka surat, untuk lebih fokus dan teratur, setiap gambar sebaiknya disunting menggunakan layer berasingan dan boleh diberi nama padanya). Dan filter (ini adalah kesan khas pada gambar selalunya digunakan jika bersesuaian). Photoshop juga menyediakan history (boleh undur semula beberapa langkah ke belakang jika ada silap / ingin lihat semula editing kita). Apapun jangan lupa SAVE jika siap. 

TAK TAHU tak mengapa, boleh cuba dulu. Apapun kena rajin bermain dengan fungsi-fungsinya.

Baiklah, kita mulakan!



Banyak cara untuk terangkan, cerahkan atau hidupkan gambar di photoshop ini. Di bawah ini saya kongsikan beberapa tutorial yang boleh kita pilih dan guna ikut kesesuaian yang kita mahukan. Oh ya, kesemua gambar di bawah saya ambil di pixabay.com (laman web yang menyediakan gambar percuma untuk diguna semula) sebagai contoh editing saya.

Cara edit gambar menggunakan Adobe Photoshop

- Cara terangkan atau cerahkan gambar di photoshop


Cara 1: Mencerahkan gambar menggunakan setting level

- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik kanan mengunakan tetikus pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy.
- Klik seperti klik biasa pada layer Background copy itu. Kemudian di bawah layer itu akan terlihat simbol bulat. (Rujuk gambar a)

Gambar a
- Di situ pilih level. - Klik OK. Dan kita akan nampak gambar sudah lebih terang.
- Namun jika tidak berpuashati pada tahap kejelasan gambar, boleh edit semula di layer level itu.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)

****Antara rujukan lain: http://photoshop-indobest.blogspot.my

Cara 2: Terangkan gambar yang suram, gelap dan malam (Menggunakan Hue / Saturation)


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik mengunakan tetikus bahagian kanan pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy. Klik layer tersebut.
- Pilih pada menu "Image" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Adjustments...". (rujuk gambar b)

Gambar b
- Kemudian pilih "Hue & Saturation...".
- Kemudian saya pilih 55 untuk saturation dan 12 untuk lightness. Kemudian klik OK. Dan Siap!
(Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita mahu).
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)

****Antara rujukan lain: http://amrieibrahim.com/blog/


Cara 3: Edit gambar agar lebih jelas dan hidup (Menggunakan Gaussion Blur)


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke layer yang tertulis Background. Kemudian klik mengunakan tetikus bahagian kanan pilih Duplicate layer.
- Kemudian akan ada layer baru tertulis Background copy. Klik layer tersebut.
- Pilih pada menu "Filter" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Blur" - dan "Gaussian Blur..." (rujuk gambar x)
Gambar x
- Kemudian nampak tak ruangan atas itu? (Rujuk gambar c) pilih overlay. Tadaa!

Gambar c
- Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita mahu.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)


Cara 4: Mengedit gambar menggunakan Adjustments


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pilih pada menu "Image" yang dekat tab atas tu. Dan pilih "Adjustments".
- Kemudian pilih "Brightness/Constrast..." Adjust ikut kita rasa sesuai dan klik OK.
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Curves..." Adjust ikut kita rasa terang dan klik OK.
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Color Balance..." pula. Adjust semua Tone Balance dia sampai puas hati. Kemudian klik "OK".
- Kemudian pilih Image - Adjustments - pilih "Levels..." pula. Adjust ikut kita rasa sesuai dan klik OK.
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)


Cara cantikkan muka orang (hilangkan jerawat atau komedo) di photoshop


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke ruangan tools sebelah kiri, pilih simbol ini (rujuk gambar d)

Gambar d
- Kemudian pilih "healing brush tool".
- Kemudian sapukan pada bahagian yang kita nak buang jerawat dan bintik hitam.
(Pada bahagian atas bawah menu (rujuk gambar e) ada tulis brush itu, kita boleh tentukan besar ruang kita nak bersihkan.
Gambar e
- Tadaa! Jika rasa tak bersih lagi, boleh adjust semula ikut kita sendiri
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)

****Antara rujukan lain: http://ezhan-artwork.blogspot.my 

Cara putih /cerahkan wajah


- Buka gambar yang nak di-edit tu. (File -> Open -> Pilih file tersebut)
- Pergi ke ruangan tools sebelah kiri, pilih simbol ini (rujuk gambar f)
- Kemudian akan ada 3 pilihan, pilih atas sekali, "dodge tools".

Gambar f
- Kemudian sapukan pada bahagian yang kita nak ia makin cerah dan terang.
- Tadaa! Jika rasa tak terang lagi, boleh adjust semula ikut kita sendiri
- Akhirnya sekali, simpan. (File -> Save as -> Save)

****Antara rujukan lain: http://www.tutorial89.com/

Percuma: Gunakan action psd perkahwinan untuk memudahkan guna: download percuma . Cara gunakan action di photoshop boleh rujuk: di sini.
Cara edit gambar kahwin guna adobe lightroom, ini tutorialnya:

Download: Adobe Photoshop Lightroom
Tutorial lain: (youtube)

SEMUA tutorial di atas ini sesuai bagi mereka yang menggunakan pc / laptop. Untuk yang menggunakan telefon, di ruangan aplikasi (seperti play store) ada juga menyediakan perisian adobe photoshop (express & lightroom). Namun banyak juga perisian suntingan untuk telefon lain yang juga menarik dan senang. Malahan di sesetengah telefon ada yang menyediakan perkhidmatan dalaman suntingan gambar tersendiri yang berkualiti.

Seperti yang saya pernah sebut dalam tutorial saya bertahun lalu Teknik ambil gambar, apa yang penting jangan takut mencuba. Mula-mula tak jadi itu biasa. Lama-lama dan dengan kerajinan, semua kita boleh lakukan. Selamat maju jaya!

Dia Band ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai lima pencinta muzik terdiri daripada Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), Yazid (vokal) dan Didin (bassist). Kumpulan ini merupakan artis pertama di bawah naungan Eizi Productions.

Dia Band yang berasal dari Johor, diketuai oleh Fauzi selaku pengasas dan pemain dram pada asalnya menggunakan nama Eizi Band yang kemudiannya ditukar menjadi Dia Band yang lebih komersial. (sumber).

Penyanyi Dia Band, Yazid pernah memasuki pertandingan realiti tv seperti Akademi Fantasia (7) dan Showdown (2011).



Lirik Mungkin - Dia Band

Mungkin inilah satu cara
Tuhan mengajar kita
Kenali erti tabah

Walau aku amat mencinta
Namun hati tak rela
Kasihku diperdua

Kamu kamu kejamnya sungguh
Membuat aku mengharapkan kamu

Mungkin belum pernah kau rasa
Hati yang berkecai sejuta
Jika ada lain
Ku rela kau pergi
Mungkin cuba untuk lebih setia

Jika direnungkan kembali
Mungkin juga salahku
Terlalu mencintaimu

Kamu kamu kejamnya sungguh
Membuatkan aku mengharapkan kamu

Mungkin belum pernah kau rasa
Hati yang berkecai sejuta
Jika ada lain
Ku rela kau pergi
Mungkin cuba untuk lebih setia

Kenapa kau lukakan hatiku

Mungkin belum pernah kau rasa
Hati yang berkecai sejuta
Jika ada lain
Ku rela kau pergi
Mungkin cuba untuk lebih setia

Hati yang berkecai sejuta
Jika ada lain
Ku rela kau pergi
Mungkin cuba untuk lebih setia

*****

Lagu & Lirik: Edry Abdul Halim

- Facebook: @eiziproductions



Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Januari 2017. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

Tanyalah Ustaz : Runtuh Mahligai.

- Tak perlu cerita kisah lalu untuk menjaga keharmonian. Tutup aib. Syak daripada pasangan adalah sifat syaitan. Sumpah dengan Quran pun elak mengaku. Nanti taubat.
- Pilih pasangan ini yang beragama. Pilih mentua yang baik.
- Minta maaf tak semestinya sebab memang kita salah tapi kita nak jaga keharmonian. Jaga hubungan.
- Sayanglah kerana Allah.
- Cara untuk mengurangkan rasa marah pada pasangan adalah dengan cinta. Kita tahu marah sangat tu tak mengubah apapun. Jadi kita uruskan baik-baik rasa tu. Minum air misalnya.
- Doa sungguh-sungguh daripada hati.
DOA MOHON BEROLEH ISTERI DAN ZURIAT BAHAGIA
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Rabbana hab lana min azwajina wa’zuriyyatina qurrata a’yunin waj’alna lilmuttaqina imama(n)
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqan: 74)
- Selalu istighfar. Ya latif. Ya Shahid. Baca. Jika ada yang panas baran. Atau pasangan pernah curang.
- Buat banyak kerja amal. Walaupun kita susah, tetap bantu orang.

Tanyalah ustaz : Jom Ke Masjid. (Ustaz Jafri dan Dai Izzhar)

- Pahala jaga anak istimewa dah berterusan dah. Dengar majlis ilmu jauh pun pahala lagi. Pahala jaga ibu sakit pahala dah. Besar.
- Nabi suruh witir sebelum tidur. Buat 4 rakaat sebelum dan selepas zohor. Masjid persekitaran buat kuat. Kalau di rumah sukar. Itu digalakkan ke masjid.
- Niat baik bagus. Tapi buat lagi bagus.
- Solat jemaah digalakkan untuk lelaki. Nabi marah sungguh jika tak solat jemaah.
- Masa suami lafaz akad itu, dia dah mula ambil tanggungjawab nak didik isteri dah. Jika dia tak mahir sangat bab agama, dia kena lorongkan isteri ke arah itu. Untuk belajar.
- Buat dewan atau tempat event di masjid. Untuk perempuan dan OKU kena ada.
- Ilmu yang tak berkat, tak dapat manfaat. Bagaimana nak dapat berkat? Beri perhatian penuh pada guru. Kalau dapat, duduk depan. Elakkan bersembang.
- Kalau kita sayang kita akan bersungguh pandang orang itu. Begitulah dalam bab menuntut ilmu.
- Berjemaah, jangan duduk terlalu belakang. Takut ke syurga jalannya terhalang.
- Paling kurang berjemaah waktu sejuk subuh, asar (waktu malaikat tukar shift). Dan isyak macam sepertiga malam pahalanya.
- 2 orang pun kira solat berjemaah. Ajak kawan.
- Ada pahala dalam semua benda baik yang kita buat. Walaupun kita dah meninggal.
- Insya-Allah jika kita soleh kita akan dapat anak soleh.
- Biar rumah Allah jadi tempat selesa untuk kita. Pupuk cinta.

**

"Cantiknya islam, sebab ia ada batasan."

Tanyalah Ustaz // Masa berkualiti. (Ustaz Jazlan & Dai Azrin)

Masa berkualiti
-Beribadah
-Belajar
-Muhasabah
-Membesarkan Allah taala
-Kehidupan sempurna

Nabi contoh terbaik.
Ada etika kerja.
Zaman pak maun itu zaman dulu. Boleh ganti balik dengan taubat dan beribadah.
Menjaga masa sebaik-baiknya. Urus.
Ada jadual. Uruskan baik.

Tanda cinta:
  • Rasa bersama.
  • Ingat selalu kena sebut. Membela orang yang kita cinta.
Jaga akhlak

Tanyalah Ustaz: Sihat tanpa maksiat.
  • Pentingnya mencari kawan yang baik.
  • Perkara kebaikan kita buat maka setiap perbuatan itu insya-Allah menghapuskan dosa kecil yang kita buat.
  • Jaga solat jangan tinggal solat.
  • Siapa mampu jaga lidah dia, Nabi jamin dia masuk syurga.
  • Lidah ini penting. Besar kesannya. Jadi jaga.
KLINIK DHIJRAH -Pergaulan dalam keluarga

- Perempuan belakang dalam jemaah. Lelaki depan.

- Tahniah tahu anak itu baligh. Jangan malu-malu tanya.

NLKO (Hawa Nafsu) -Ustazah Asmak

Hawa - Lebih kepada keduniaan
Nafsu - dorongan ada baik dan buruk
Syahwat - Lebih kepada over

9 akal 1 nafsu, bukan hadis tapi cerita Hasan Al-Basri dan Rabiatul Adawiyah. Tak shahih. Baru 10 tahun. Tidak ada asas.

Hadis berkaitan banyak wanita di neraka. Kurang akal dan kurang agama. Kekurangan akal kerana lebih kepada emosi (lebih sesuai mendidik). Lelaki lebih kepada akal lebih sesuai memimpin.

Siti Aisyah hebat. Perawi hadis. Wanita kurang agama sebab ada haid bukan sebab iman tak cukup.

Panduan mengawal hawa nafsu. Imam Al-Ghazali pesan kena kawal nafsu makan dan kemaluan.

Air. Angin. Makanan. Jaga. Tak makan malam.

Train nafsu kita. Nafsu ni macam budak-budak. Nak dipenuhi. Dah awal mula lawan okay tak ada masalah.

Nafsu banyak makan
Amarah bilsuk. - Tak buat rasa tak boleh. Lifestyle.
Lawamah - nafsu ada kesedaran. Buat tapi ada penyelesalan.
Mutmainah - nafsu yang sangat suka kebaikan. Seronok. Dia faham. Dia tinggal rasa tak sedap.

Baca Al-Quran (Ustaz Asraff Ayub dan Dai Farhan).
  • Bacalah Al-Quran di mana pun.
  • Digalakkan baca untuk beri sedekah kepada orang lain. Kita pun digalakkan selawat dulu sebelum doa.
  • Tampal dekat dinding ada 2 pendapat. Ada ulama tak benarkan. Ada benarkan namun untuk peringatan bukan nak halau itu ini atau tambah rezeki.
  • Orang yang ikhlas dengan Allah, syaitan giveup dengan dia.
  • Untuk permulaan baca Quran rumi awal dibenarkan. Mudah pembelajaran. Dah lama belajar janganlah.
  • Rumi bukan apa, banyak salah tajwid.
  • Baca al-Quran macam orang arab. Lahjah arab.
Kenapa kita kena doakan untuk orang?
Apabila kita doa untuk orang, itulah peluang doa-doa yang kita sedang di-KIV kan untuk dimakbulkan.

Sekarang senang nak belajar tajwid, kita dengar di youtube. Baca ikut balik.
Bacalah Al-Quran dengan bertartil dan bertajwid.
Quran lama jika rasa boleh nak dibaca (tak nampak huruf / lusuh teruk) hapuskan dengan bakar dengan tertib.
Lintasan hati rasa riak nak buat baik, atau mengajar quran misalnya:

Jika rasa riak tu guru saya pesan:
- Cerita dalam hati ini antara kita dengan Tuhan. Biar Tuhan saja yang mengadili. Riak tak riak Dia yang menilai.
- Riak pada awal tak apa, buat. Riak ni datang awal ja. Lama-lama tak dah.
- Kerja syaitan ini bagi was-was terutama benda ke arah baik-baik ni. Dia panas. Kita jangan ikutkan. Teruskan perkara yang baik kita buat.

Jika tajwid tak cantik tapi bersemangat baca Al-Quran, dapat 2 pahala. Sebab mencuba dan membaca. Tapi belajarlah untuk upgrade ilmu bacaan Quran.

6326 jumlah ayat Quran.

Senjata utama kita doa. Nabi Musa selamat sebab doa. Banyakkan doa dengan keyakinan Tuhan akan bantu. 

Tok guru bukan semua wali. Bersangka baik dengan tok guru. Dia ada kelemahan, perbaiki. Bagilah buku ke apa.

Baca Qurun luruskan niat kerana Allah. Supaya dapat rahmat dan kejayaan.


Tanyalah Ustaz - Ustaz Abdullah Mahmud (Yakin dan Pasrah) Pengacara: Dai Hilman.



  • Hidup kena sederhana. Yang susah akan senang. Yang senang akan susah.
  • Risaulah jika orang berserah pada Allah. Risaulah jika orang tu tak balas. Sebab kalau Allah balas kekuatan dia tiada batas.
  • Tunggu apa Allah nak buat apa pada kita sia-sia. Itu sia-sia. Tak bermakna dalam hidup. Kena usaha. Ada pergerakan.
  • Jangan ingat Allah waktu susah saja. Kena selalu panggil Allah. Bermula daripada hati.
  • Selain usaha, kita kena doa. Minta Allah beri kekuatan pada kita kalau kita tak tahu atau tak mampu buat ibadah Dia suruh. Selalu. Kita ada Dia tempat mengadu.
  • Kalau boleh bernazar (puasa terutamanya) biarlah puasa tu dulu supaya berkat untuk capai benda tu. Bukan dah dapat baru puasa / bayar nazar.
  • Kena ada adab
  • Kena redha dulu baru kita layak minta sesuatu daripada Allah. Baru layak. Sebut inalillah wa inna ilaihi rojiun setiap kali kita diduga.
  • Harap Allah kita takkan kecewa. Jangan harapkan manusia.
  • Allah uji ada tujuan. Takdak saja-saja. Orang tak beriman nak uji buat apa. Dia dah kalah sebelum perang.
  • Berdoa ini ada tertib dia. Jangan tunggu doa kita makbul semata. Kena puji Allah dulu dalam berdoa. Buat apa Dia suruh (ibadah). Ada adabnya.
  • Kita tak boleh beriman dengan rasa ragu-ragu kena yakin.
  • Kena usaha sungguh-sungguh.
  • Kita kena redha baru Allah lepaskan dia.
"Kehidupan bukan kejadian terjadi. Ia dijadikan. Kita pun dijadikan Allah. Itu kita kena usahakan hidup dengan cermat, yakin dan pasrah."


Bahagian 2: Tanyalah Ustaz Yakin & Pasrah.

- Syukurlah bangun pagi. Berapa ramai tak bangun pagi.
- Sebab akad jadi kuat hubungan kita dengan suami.
- Takut Allah. Hormat suami.
- Tanda taubat diterima. Apabila kita diduga. Sakit. Jatuh miskin. Orang tak nampak. Kena yakin. Sangka baik dengan Allah.
- Kena pilih jalan baik. Baik dan pasrah.
- Hilang keyakinan dengan orang kita tak berurusan dengan orang. Dengan diri bahaya. Sebab dia tak dapat nak uruskan diri. Susah nak menjadi apa dia buat. Kena yakin.
- Bisikan tu gangguan. Biasanya syaitan. Syaitan nak kita lemah dan tak buat apa kita patut buat. Bukan ujian tu. Kena dapat rawatan. Bisikan buat kita down. Ujian sakit, hilang barang. Hilang benda dia sayang. Kita kena tahu membezakan bisikan syiatan dan dugaan Allah. Jangan pakai agak agak.
- Kadangkala Allah uji kita, kita tak perasan. Masa tak cukup. Ajak buat baik, dia sibuk.
- Orang bujang kena fikir dia nak kahwin tak boleh tak fikir langsung.
- Kena buat istikharah. Kena siasat. Risik.
- Layan tetamu ni masuk waktu solat solat. Bukan rosakkan tetamu.
- Lihat solat dan cara dia layan mak ayah dia. (Pilih pasangan). Lelaki ada panduan. Perempuan kena pilih yang taqwa kepada Allah.
- Ibu bapa tak lari daripada rasa nak harapkan anak. Tapi kena harapan letak dekat Allah. Biar Allah buka hati. Jangan harapkan anak. Kita akan kecewa. Harapkan Allah. Anak tu dia nak bantu kita sejauh mana kefahaman ilmu dia. Mak ayah wajib didik dan jaga. Namun anak dituntut membantu mak ayah. Namun bergantung pada ilmu anak.
- Janganlah marah dan kata anak, tak jadi apa.
- Bukan tugas kita ubah hati orang. Itu urusan Allah. Doalah agar Allah buka hati orang tu.
- Perlu mengharapkan kesenangan ada di hadapan. Kena yakin. Jangan terlalu kecewa. Ada di akhirat jika tak di dunia. Allah tak beri satu hala saja.
- Allah melihat cara kita beribadah tu. Cuma kalau boleh bahasa yang indah. Suara yang lunak. Dia nak dengar.
- Orang mengeluh ni Nabi paling tak suka. Alahai semua ni. Mengeluh ni amalan syaitan. Cari kebaikan dalam masalah. Ada hikmahnya. Berdoa tapi mengeluh tu tak pasrah. Kita berdoa kena yakin.
-Was was sifat syaitan.
- Ambil waktu rehat. Tenangkan diri sat.
- Jangan yakin dengan diri tak boleh. Kena berserah pada Allah juga. Berharap Allah saja tak usaha pun tak boleh.
- Banyak jerangkap samar di keliling kita. Kita kena usaha. Elak. Itu kena harap pertolongan Allah.
- Sedekah boleh elak banyak musibah dalam hidup kita.
- Usaha kita elak. Doakan supaya sedekah itu terhindar daripada dugaan.
- Baca Quran ni bagus. Quran akan datang tolong ketika manusia tak boleh tolong kita di akhirat nanti.
- Nak sedekah bacaan Quran pada sesiapapun okay. Takdak halangan. Doa agar Quran akan dapat bantu kita dan keluarga kita.
- Doa minta diringankan ujian. Jangan sombong sangat dengan Tuhan. Minta tawar menawar. Contoh ya Allah. Aku tak mampu Tuhan. Kau kata kau uji yang mampu. Doa macam tu. Yang Allah janji, tuntut.
- Tapi kena pasrah dan redhalah.
- Lalai dengan maksiat. Itu ujian. Tapi ada satu masa manusia akan kembali. Sedar.
- Manusia ni sifatnya pantang ada larangan.
- Saidina Umar rekod ni macam-macam. Tapi Allah lebih berkuasa dan mengetahui. Nak tunjuk manusia boleh berubah.
- Minta pendapat orang ni boleh. Supaya pastikan tak salah. Elak tak puas hati sendiri. Kalau 3 pandangan kawan tak sama dengan kita mungkin lebih betul. Jangan harapkan kawan nanti kita salahkan. Sedangkan itu pilihan. Iu krisis keyakinan. Kena tengok kawan.
- Moga Allah terangkan hati kita seperti matahari terangkan bumi.

Tanyalah Ustazah: Ustazah Asni. (Tahfiz moden)

- Moden itu ada juga ilmu lain. Pandai letakkan diri dalam masyarakat.
- Pandai berdakwah dengan remaja sendiri.
- Fitrah alam, minta air dapat cawan sekali. Kejar akhirat dapat dunia sekali.
- Rezeki datang daripada Allah pemberi rezeki.
- Malaysia ni makmur. Dakwah tersebar luas.
- Orang bertaqwa dapat rezeki tak disangka.
- Orang tahfiz dan ajar Quran tak pernah fakir. Sebab kerjanya kerana Tuhan.
- Baca Al-Quran ini makin baca tak jemu.
- Mak ayah ajar lebih baik. Jika tak mampu hantarkan pada guru. Hormat dan hargai guru.
- Nanti anak akan bacakan Quran untuk kita.
- Al-Quran bukan hanya dibaca / dihafal, tapi untuk difaham dan diamal.
- Mak ayah kena sabar. Bukan anak saja.
- Dengan ilmu kita belajar dan faham.
- Guru juga kena dimuliakan. Kena hormat. Jangan tinggi suara.
- Amalan akan berjariah. Jika terus panjang dan ajarkan.
- Digalakkan lepas sekolah rendah. Sebab pandai berdikari.
- Hormati Al-Quran.
- Sokong jangan bantah. Kalau pun kita tak menyumbang.
- Kalau tak buat sesuatu untuk agama. Sokonglah.
- Doa baik-baik. Moga Quran beri syafaat untuk kita yang membacanya.

Klinik Dhijrah: Kehidupan sementara

Hari yang dibalas. Masa di antara zohor dan asar saja perasaan orang beriman.

Tanyalah Ustaz: Ibadah yang dilupakan.
  • Bersih yang menoreh getah atau berkebun. Bukan najis.
  • Di masjidil haram dah ditentukan kawasan boleh solat. Walaupun tak nampak kaabah. Lain cerita jika di rumah kita.
  • Qada sembahyang wajib jika tinggal.
  • Utama qada dari sunat.
  • Tanam azam. Yang penting tanam azam. Buat saja. Insya-Allah Allah terima taubat dan solat kita.
Tanyalah Ustaz; Bagaimana mendapat rahmat Allah. (1) (Dai Annas & Ustaz Nizam)

- Ikhlas berdakwah.
- Tutup aib.
- Nak nasihat baik-baik.
- Kena berusaha.

Jangan putus asa. Rahmat Allah besar.
Teruskan usaha.

- Allah tak bagi putus asa. Percayalah Dia penyayang. Dan Pemberi Rahmat.
- Rahmat Allah luas.
- Kita yang rugi jika tak yakin dengan itu.
Hargailah baik-baik apa kita sedang ada ketika ini. Kerana apa kita ada, mungkin harapan bagi orang lain.
  • Allah taala suruh kita berusaha. Bekerja.
  • Patuh perintah Allah. Ingat Allah dengan berzikir.
  • Rendahkan suara dengan ibubapa. Tanggungjawab anak. Berdosa jika abaikan.
  • Allah sekalikan perintah taat pada Allah dan buat baik pada ibu bapa. Redha Allah dalam redha ibu bapa. Murka Allah dalam murka ibu bapa..
  • Usahalah nak kusyuk dalam ibadah.
  • Niat baik nak baca Quran walaupun tak pandai. Dapat pahala.
  • Buat-buat menangis jika tak boleh menangis ketika baca Quran.
  • Istidraj macam nikmat tapi buat ia berkekalan dalam dosa.
  • Rahmat confirm baik. Kadangkala tak layan permintaan dikira rahmat. Antara sebab mungkin azab akan disegerakan.
  • Lihat makin mendekatkan atau makin jauh dengan Allah.
  • Rahmat rahsia Allah.
  • Pelaris itu khurafat.
  • Nabi pun diuji.
  • Allah sayang semua.
Pamoga Kopi bersama Ustaz Kazim (Penunggang agama).

Jangan gunakan agama untuk sesuatu. Elakkan menipu tentang agama. Mempergunakan agama untuk nama, pangkat misalnya. Kerana nilai agama lebih besar daripada itu.

- Jangan guna untuk kepentingan peribadi.
- Agama itu satu nasihat. Pengalaman orang lain untuk memberi pengajaran pada kita.
- Berterima kasih pada pihak bertanggungjawab. Beritahu maklumat yang menyalahi hukum.
- Jadilah orang yang peka.
"Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu."- (Taubat: ayat 9).
Salam Dhuha.

Ujian akan tetap ada. Cuma kita kena faham dugaan itu lambat, cepat atau dibalas di sana kelak. Kalau kita redha dengan Allah, insya-Allah Allah redha dengan kita. - Prof Madya Dr Mohd Noor Mamat.

Semua datang dari Dia.

- Jika jita istiqamah. Dan tak persoal. Insya-Allah kita akan redha.

Untuk doa boleh lihat di sini: Kompilasi himpunan Doa Doa Islam: 40 Rabbana – Koleksi Doa-Doa Para Anbia Di dalam Al-Quran

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.




Khai Bahar atau pemilik nama sebenar Muhamad Khairul Baharudin muncul dengan lagu terbaru beliau Dari Jauh Saja, selepas Bayang. Selain daripada lagu ini, lagu Luluh juga dikatakan berjaya menangkap perhatian perminat penyanyi yang mula dikenali setelah lagunya ber"smule" bersama Siti Nordiana menjadi viral. Walaubagaimanapun sebelum Smule, dia aktif juga di youtube dan pernah memasuki beberapa petandingan nyanyian.



Lirik Lagu Dari Jauh Saja - Khai Bahar

Sumpah aku cinta kamu
Sampai mati sayang kamu
Sungguh aku rindu
Kepadamu saja

Apakah kau juga sama
Seperti yang aku rasa
Aku mohon sangat
Kamu cinta juga

Seandainya
Kau tahu rasa cinta ini
Walau tak terbalaskan
Aku cinta

Haruskah
Ku simpan rasa cinta ini
Aku mengagumimu
Dari jauh saja

Jangan kau ragukan aku
Lihat kesungguhan ini
Bukalah hatimu
Hanya untuk aku

Seandainya
Kau tahu rasa cinta ini
Walau tak terbalaskan
Aku cinta

Haruskah
Ku simpan rasa cinta ini
Aku mengagumimu
Dari jauh saja

Seandainya
Kau tahu rasa cinta ini
Walau tak terbalaskan
Aku cinta

Haruskah
Ku simpan rasa cinta ini
Aku mengagumimu
Dari jauh saja

*****


Sumber: lirik



Media sosial Khai Bahar:



Baiklah. Penulisan kali ini tentang 2 cara bayar PTPTN online (lebih kurang saja sebenarnya). Cuma jika bayar melalui JOMPAY cas RM 1.06 tidak dikenakan. Jika mahu buat cara biasa (maybank2u / cimb clicks) ada saya kongsikan juga, boleh scroll post ini sehingga habis.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah bertujuan menguruskan dana dan tabung pendidikan bagi tujuan pinjaman pendidikan tinggi serta menyediakan simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi serta fungsi-fungsi lain yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Bila bermulanya wajib bayar balik PTPTN?
6 bulan selepas bergraduat. Jika belum bekerja lagi harus menghubungi pihak PTPTN untuk memberitahu situasi kita sebagai peminjam.

Jika mahu cek baki kali pertama boleh ke sini -- https://www.ptptn.gov.my/gateway/

Bagaimana nak cek baki PTPTN online (konvesional)? -- Di Penyata Pinjaman

Bayar PTPTN dengan JOMPAY (tanpa cas RM1.06)
- Perkongsian oleh Aare Adha (FB)

Laman untuk semakan Biller Code, Reference No. 1, Reference No. 2


Setelah isi maklumat di laman web JomPAY PTPTN di atas, laman seperti berikut akan dipaparkan. Jadi melalui laman web ini boleh tahu Biller Code JOMPAY dan Reference No. 1. Reference No. 2 ialah No. Telefon.


JomPAY juga boleh digunakan untuk bayaran bil lain seperti bil air, elektrik, dan lain-lain. Bolehlah berjinak-jinak dengan online banking ini.


Untuk pengguna Maybank2u


1. Log In Maybank2u
2. Pergi ke Account > Banking Bill Payment > JomPAY > Make A One-Off Payment
3. Masukkan semua maklumat. Request  TAC (nombor akan dihantar ke telefon).
4. Masukkan nombor TAC. Kemudian selesai.

Nota:
1. Sekiranya nak buat pembayaran lagi, boleh set transaksi ni kepada Favorite Biller. Untuk transaksi akan datang tak perlu lagi untuk isi semula segala perkara.

2. Untuk set kepada auto debit, tekan "Click Here". Sebelum tu kena set biller / transaksi ni kepada favourite dahulu. Bila dah set kepada Favourite, baru boleh set kepada auto debit. Dan pastikan anda pilih MONTHLY. Kemudian boleh pilih nak buat berapa kali. Sekiranya anda pilih 12, bank akan tolak secara automatic setiap bulan pada tarikh yang telah anda tetapkan. Selepas 12 kali penolakan, tiada lagi transaksi yang akan berlaku.


Untuk pengguna CIMB Clicks


1. Log In CIMB Clicks
2. Pergi ke tab Pay > Bills > Pay Bills
3. Pilih akaun anda
3. Pilih pilihan ke-3, JomPAY
4. Masukkan Biller Code, kemudian Submit
5. Masukkan Reference No. 1
6. Masukkan Reference No. 2 (No. Telefon)
7. Masukkan amaun yang ingin dibayar
8. kemudian request TAC number. Selepas dihantar ke telefon, isikan nombor TAC ruang tersebut. Klik confirm. Selesai.

Nota: Lebih mudah lepas buat transaksi, terus set biller code tu sebagai Favourite. Senang lepas ni tak payah dah nak key-in semula semua step dekat atas.

Untuk pengguna PBe Bank

1. Log In PBe Bank Online Banking
2. Pilih Payment > JomPAY > To Other Bill (sekiranya belum set to Favourite)
3. Pilih akaun
4. Masukkan Biller Code
5. Masukkan Reference No. 1
6. Masukkan Reference No. 2
7. Masukkan amaun
8. Tekan Accept (skrin seterusnya akan minta PAC, masukkan no. PAC dan Submit)

Nota: Setkan Biller Code kepada Favourite. Lepas ni tak payah nak masukkan balik semua maklumat balik semula. Selain daripada tiga cara bank-bank tersebut. Ada juga bank-bank lain yang juga terlibat.

Laman web rujukan:
1. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan JomPAY (PTPTN to be highlighted)
https://www.ptptn.gov.my/web/guest/soalan_lazim_jompay
2. Semakan biller code dan reference JomPAY
http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/index.php
3. Senarai bank untuk buat transaksi JomPAY PTPTN
http://www.jompay.com.my/making-a-payment.html#banks


*****

Jika mahu membayar tanpa menggunakan JOMPAY

Cara mudah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Maybank2u:

- Pergi ke laman web http://www.maybank2u.com.my/ dan masukkan login ID dan password
- Pilih Accounts & Banking
- Kemudian pilih Bill Payment


- Kemudian pilih Education & Education Loans, klik continue


- Seterusnya (ini paling penting), pilih PTPTN- Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan, dan klik continue


- Kemudian masukkan maklumat kita dan klik continue
- Pastikan bayaran mesti kepada bayaran balik PTPTN kemudian request TAC number.
- Selepas dihantar ke telefon, isikan TAC di ruang tersebut. Klik confirm.
- Cetak resit dan simpan untuk bukti pembayaran. (Simpan sendiri, jika perlu baru tunjuk kelak.)

> Rujukan

*****

Cara mudah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Cimbclicks:

- Pergi ke laman web https://www.cimbclicks.com.my/ibk/ dan masukkan login ID dan password
- Pilih Pay dan klik Bills
- Kemudian klik From, pilih saving account


- Kemudian CIMB Clicks, taip PTPTN ada 3 pilihan dipaparkan


- Kemudian pilih PTPTN- Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan


- Kemudian masukkan maklumat kita dan klik continue
- Kemudian klik pada add this biller to my favourites untuk memudahkan bayar lagi akan datang.
- Klik proceed to payment
- Semak. Pastikan memang bayaran untuk pinjaman balik PTPTN
- Pastikan bayaran mesti kepada bayaran balik PTPTN kemudian request TAC number.
- Selepas dihantar ke telefon, isikan nombor TAC ruang tersebut. Klik confirm.
- Cetak resit dan simpan untuk bukti pembayaran. (Simpan sendiri, jika perlu baru tunjuk kelak.)

> Rujukan

-- http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-secara-online

Bayar PTPTN guna KWSP (akaun 2)

Jika ingin membayar PTPTN menggunakan KWSP (akaun 2), boleh bertanya di 03-89226000 (pusat panggilan KWSP) dan boleh juga rujuk penerangan penuh di blog ini: Bagaimana Membayar Hutang PTPTN Menggunakan Wang KWSP

*Kalau bayar melalui jompay separuh daripada baki keseluruhan, masih boleh dapat diskaun 10%. Boleh berhubung dengan Careline PTPTN (03-2193 3000) selepas bayaran dibuat bagi memastikan hal tersebut.

*****

Jika ingin tahu ada tunggakan berapa, ingin membayar penuh (lump sump) atau ingin memeriksa belum atau telah disenarai hitam, boleh berunding dulu dengan pihak PTPTN. Telefon atau pergi ke cawangan yang terdekat. Terima kasih.


PTPTN Hotline: 03-2193 3000

Untuk sebarang pertanyaan dan aduan boleh merujuk sini:





Selepas tamatnya drama Jejak Karmila, drama Nahu Rindu (13 episod) yang diterajui oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera pula akan muncul di slot Zehra (setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam), di Saluran 103, TV3.

Banyak OST (lagu tema) yang menarik dalam drama Nahu Rindu ini antaranya: Sheila Abdull - Kata Hati, Sarah Fazny - Tak Mungkin, 6ixth Sense - Selamat Tinggal dan lirik yang saya kongsikan di bawah ini pula adalah Mencinta Kamu nyanyian Drama Band. Lagu-lagu Drama Band tidak pernah mengecewakan. Dan jika dihayati lagu ini adalah berunsurkan ketuhanan. Jom dengarkan!



Lirik Lagu Mencinta Kamu - Drama Band

Mungkin bukan diri ini yang terbaik
Mungkin bukan diri ini yang sempurna
Namun rela ku serahkan jiwa raga
Demi memiliki semua yang terindah

Untukku
Untukmu

Mencinta kamu
Akanku kerjakan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu terbaik untukku

Bukan hanya semusim
Semusim takkan cukup
Ku ingin selamanya
Selamanya

Mencinta kamu
Akanku kerjakan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu terbaik untukku

Mencinta kamu
Akanku kerjakan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu terbaik untukku

Mungkin bukan diri ini yang terbaik
Mungkin bukan diri ini yang sempurna

*****

Lagu & Lirik: Aepul Roza (Penyanyi Drama Band)

- Sumber: Lirik

Sinopsis Drama Nahu Rindu

Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tapi Fateh telah pun berumah tangga.  (info)

Sumber








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top