Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah. Jika mahu sebarang kolaborasi (pengiklanan) atau ada sebarang pendapat boleh tinggalkan di ruangan komen, mesej di facebook atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Cara isi UPU online, kemaskini dan rayuan

(Source)
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah pada telah berusaha sebaik mungkin. Menamatkan sesuatu yang kita mulakan dengan baik juga adalah sebuah kejayaan. Alhamdulillah. Syukur! Jadi sekarang ini kita mahu melangkah lagi ke peringkat seterusnya dengan begitu bersemangat. Di bawah ini ada banyak tips dan cara isi UPU dan pautan (link) berkaitan yang telah dikongsi ramai orang baik hati di luar sana. Moga bermanfaat, insya-Allah!

Untuk lepasan SPM, keputusan UPU akan diumumkan pada bulan 5. Dan dijangka akan mendaftar masuk universiti awam pada bulan 6 atau 7. Pelajar yang dapat Rayuan masuk lewat beberapa minggu selepas itu. Lepasan STPM/STAM/Asasi/ Matrikulasi/Diploma, (dijangka) akan masuk Degree bulan 9, ya.

*Antara tweet rujukan: Schoollah Malaysia (@schoollah)

CARA MOHON & DAPATKAN PIN UPU

Macam mana nak mohon UPU? Pertama sekali, kita kena pergi beli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN). Harga hanya RM15.60 sahaja. kita kena tunjuk IC masa nak beli dekat kaunter. Beritahu yang kita lepasan apa dan cakaplah nak beli nombor pin UPU.
  • Ingat! Untuk UPU ini, Lepasan Diploma diletakkan satu kategori dengan lepasan STPM masa beli nombor PIN.
  • Pastikan lepas dapat slip, semak dan pastikan details dinyatakan dengan tepat.
  • Simpan nombor pin itu baik-baik. Untuk masa depan.
  • Kalau kita ada akaun bank BSN, boleh beli di ATM sahaja tanpa perlu beratur ambil nombor tunggu giliran dalam bank.
CARA MOHON UPU ONLINE


(Untuk LEPASAN SPM)
Baiklah, sekarang dah boleh buka laman web:

http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk mula isi. Daftar dulu. Isikan maklumat lengkap. Isikan dengan betul. Pilih bidang ikut keutamaan, dah habis, mesti tekan sah dan hantar. Jika tidak sahkan, mereka anggap kita belum hantar. Cetak (print) dan kemudian simpan salinan baik-baik. Perubahan dan semakan boleh dibuat semula selagi belum tarikh tamat mohon. Jadi jangan risau jika tiba-tiba tukar fikiran. Namun eloklah fikir baik-baik sebelum isi UPU.

Oh ya, untuk lepasan SPM, kita tak perlu MUET untuk mohon UPU. 

Nak tahu kita layak bidang apa ikut keputusan kita? Cuba lihat tips dia di sini: Jieq (@amrhzqqq)

(Untuk LEPASAN STPM / DIPLOMA / ASASI / MATRIK)

*Antara tweet rujukan: Erry (@errysyaffri)
Untuk lepasan STPM / Diploma yang membezakan dengan SPM adalah kena hantar dokumen sokongan. Semua dokumen ini perlukan pengesahan / cop ya awak semua:
  • Salinan Sijil SPM (bukan slip keputusan). Sijil. Yang sekolah bagi itu. (Walaupun dah berdiploma / ambil STPM, UPU masih mahukan angka giliran dan keputusan SPM kita tau).
  • Salinan sijil MUET. Jika belum ambil, isi "belum ambil." (MUET hanya perlu diambil oleh lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Asasi untuk kemasukan Degree di IPTA. Itu syarat utama di semua IPTA. Jika sedang ambil, boleh isi "belum ambil". Jika sudah selesai, boleh pilih "belum dapat keputusan". Jangan risau, MPM akan update automatik bila dapat keputusan.)
  • Salinan transkrip penuh / transkrip semester. (Untuk yang nak mohon transcript secara online, dia nak salinan IC yang telah disahkan. Nanti upload dalam website itu, ok? Bayaran pun boleh dibuat secara online banking. Dia boleh hantar terus ke alamat rumah kita. Jika perlukan pertanyaan lanjut, boleh hubungi tempat kita belajar / pihak UPU.)
  • Salinan Diploma / Pengesahan tamat. Jika belum dapat, guna pengesahan tamat. (Untuk surat tamat belajar, hubungi sekolah tinggi masing-masing, tanya tentang surat pengesahan tamat belajar itu).
  • Untuk yang ambil Julai Paper, dia ada minta salinan keputusan untuk beberapa subjek tertentu.
  • Untuk lepasan Diploma, perlu ada salinan akreditasi MQA [cari di laman web itu bahagian institusi, untuk tempat kita pernah belajar: http://www2.mqa.gov.my)] Jika tiada cawangan kita belajar, mungkin ikut pusat utama pengajian kita. Dah dapat? Simpan dan print.
(Dah dapat semua dokumen sokongan yang disuruh siapkan itu, dapatkan cop atau pengesahan orang kuat taman perumahan / Ketua kampung / Orang penting yang berkelayakan, kemudian Scan semua itu kemudian save as PDF dan paling penting jangan lupa upload di laman web UPU itu).
*Siapa yang layak bagi pengesahan dekat sijil dan dokumen sokongan itu? Ini senarainya: senarai-pegawai-layak-pengesahan-dokumen-kakitangan-kerajaan-kumpulan-a_

Apa yang penting jangan tertinggal dokumen sokongan yang dinyatakan dan semak semula details yang dah diisi dalam borang. Untuk yang terlibat dengan jurusan yang ada temuduga, kena keep updatedlah dengan laman web UPU dan universiti berkenaan.

* Untuk yang nak masuk UITM, elok ikut program selangkah ke UITM.

TIPS PILIH COURSE / PENGAJIAN UPU

Tips ini daripada - Cikgu Ainan (@cikguainan)

Ada tiga KOS yang perlu diambil kira sebelum isi UPU:
  1. Kos perjalanan (Takkan tak nak balik langsung sepanjang pengajian?)
  2. Kos sara hidup (Kos Sara Hidup (teori syok sendiri saya adalah makin banyak mall, makin tinggilah kos sara hidup.) Kos makan, tambang bas/minyak dan sewa. Itu semua kena fikirkan. Yang boleh bawa motor sendiri itu bersyukurlah.
  3. Kosedar diri (dengan kemampuan diri sendiri, bukan sekadar minat semata atau seseorang ajak apply kos sama kita pun join, jangan!). - Ramai pelajar saya masih tak tahu nak ambil bidang apa (kalau kursus jangan ceritalah). Punca yang saya sendiri amati adalah mereka tidak mengenali POTENSI diri dan KEMAMPUAN diri. Hanya minat. Minat. Minat. Ada cikgu terdekat kita boleh bantu ini selalunya, yang tahu potensi dan kelebihan kita, impian kita, bolehlah bertanya mereka.
Nak tahu kita layak bidang apa ikut keputusan kita? Cuba lihat tips tadi:  Jieq (@amrhzqqq)

TIPS MENGISI BORANG UPU

Kita boleh pilih pilihan universiti dan jurusan dalam UPU nanti ikut bilangan diminta. Tapi ingat, bila keputusan keluar, satu pelajar hanya akan mendapat satu tawaran sahaja daripada UPU.
  • Di dalam sistem UPU, akan ada 2 pilihan program pengajian:
i. UA (Universiti Awam) dan Politeknik Premier (8 pilihan)
UA ialah universiti awam. Contoh universiti awam ialah USM, UM, UiTM, UKM, UPM, UUM dan sebagainya

ii. Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti (5 pilihan)
Politeknik Premier pula - Politeknik yang menawarkan program Diploma & Degree
Politeknik Konvensional - Politeknik yang menawarkan program Sijil & Diploma shja
- Tetapi, kita boleh pilih untuk memohon (i) sahaja atau kedua-dua sekali (i &;ii)

- Untuk yang tak bercadang nak masuk Poli, tak perlu mohon dalam UPU itu. Just isi permohonan (i) sahaja, dan biarkan permohonan (ii) kosong tanpa perlu isi apa-apa.

- Pastikan kita menekan butang "Sah & Hantar". Nanti lepas tekan butang itu, akan keluar Slip Permohonan. Itu bermakna sistem dah terima permohonan kita.
  • UPU akan bagi tawaran UPU untuk kita berdasarkan:
- 90% markah akademik
- 10% markah kokurikulum

Markah akademik itu UPU guna sistem merit. Jadi jangan la cakap "kawan saya 6A 2E tak dapat UPU, tapi kenapa kawan saya 3A 5B dapat UPU?"-- Fahami sistem merit.

- Untuk permohonan Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti (iaitu permohonan nombor ii, yang tadi admin explain) kita akan ditentukan berdasarkan:
- 75% markah akademik,
- 10% markah kokurikulum
- 15% Status sosio-ekonomi (gaji dan tanggungan isi rumah/mak ayah)

"Saya di sekolah merupakan aliran Sains, boleh ke dekat UPU nak mohon aliran Sastera/non-Sains?"
Boleh sahaja, tiada masalah. Asalkan keputusan akademik kita menepati syarat minimum dan khas program, boleh. UPU akan evaluate kita sama seperti pelajar non-Sains yang lain.

Diulang sekali lagi: 
Untuk lepasan SPM, kita tak perlu MUET untuk mohon UPU. MUET hanya perlu diambil oleh lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Asasi untuk kemasukan Degree di IPTA. Itu syarat utama di semua IPTA. Jika sedang ambil, boleh isi "belum ambil". Jika sudah selesai, boleh pilih "belum dapat keputusan". Jangan risau, MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) akan update automatik bila dapat keputusan.

PROSES SAH DAN HANTAR
  • Kemaskini boleh dibuat tanpa had (unlimited) sampai tarikh tutup UPU ya. Pastikan lepas kemaskini, klik "Sah & Hantar".
  • Ada kes di mana, pelajar ingat dah tekan "Sah Hantar". Tibanya hari keputusan UPU keluar, sistem tunjuk dia tak pernah mohon apa-apa permohonan. Bila pihak UPU minta tunjukkan Slip Permohonan, pelajar tersebut tak dapat tunjuk sebab tak pernah dapat.
  • Pentingnya tekan "Sah & Hantar" sampai keluar Slip Permohonan. Slip itu tak print pun tak apa. Hanya perlu simpan file soft copy sahaja.
  • Saat Slip Permohonan keluar, tekan simbol printer. Dan tukar printer choice sebagai "save as PDF". Dan save di desktop. Jika ada teknikal isu atau saat keputusan UPU keluar dan ada masalah, kita ada bahan bukti untuk tunjukkan.
  • Kita mesti tak nak tak dapat masuk IPTA sebab kesilapan yang kita boleh elak, kan? Pastikan tekan butang "Sah & Hantar" setiap kali kemaskini. Setiap. Kali. Kemaskini.
  • Ingat! Jangan cuba-cuba minta bidang yang tidak menepati syarat kelayakan kita.
SEMAK TAWARAN / JAWAPAN UPU

"Macam mana nak semak tawaran UPU? Dia hantar surat dekat rumah atau hantar e-mail ke?"

Tidak. Kita perlu MENYEMAK SENDIRI di laman sesawang UPU. Kelak di website UPU, akan dinyatakan link-link yang boleh kita semak permohonan. Semua perlu dibuat sendiri ya. No email/SMS.

TENTANG COURSE YANG ADA TEMUDUGA

Dalam UPU, akan ada jurusan (course) yang memerlukan kita menghadiri temuduga sebelum IPTA teruskan permohonan kita. Kita akan dipanggil untuk sesi interview jika menepati syarat minimum & syarat khas program. Tapi ingat, ini bukan bermakna kita akan dapat tawaran jurusan tersebut! Untuk jurusan yang mempunyai interview (bertkita #), proses pemilihan akan dibuat berdasarkan syarat khas program dan keputusan interview kita. Ada juga student yang lepas syarat khas dan dipanggil interview, tapi tak lulus pun. Jadi UPU akan proceed dengan pilihan kita yang lain.

"Saya dapat interview UPU sebab hari itu ada mohon jurusan bertanda #, tapi tak dapat pergi sebab ada masalah sikit. UPU saya terbatal semuakah?

Tidak. Kalau kita tak pergi interview tersebut, secara default, sistem UPU akan proceed evaluate permohonan pilihan kita yang lain dlm UPU

MOHON RAYUAN UPU

Let say keputusan UPU keluar, dan kita tak dapat UA/Politeknik Premier, UPU akan bagi kita buat Rayuan. untuk sesiapa yang isi permohonan (i) dan (ii). Let say nanti UPU evaluate permohonan (i) kita, dan tak ada satu pun pilihan kita menepati syarat khas program, UPU akan proceed untuk evaluate permohonan (ii) kita.

Dan jika permohonan (ii) kita lulus, kita akan dapat tawaran!

"Tapi saya tak nak masuk Politeknik Konvensional, boleh tak nak mohon Rayuan"
Tak boleh. Rayuan hanya untuk sesiapa yang TAK MENERIMA APA-APA TAWARAN daripada sistem UPU. Sebab itu saya cakap, kalau tak berminat masuk Politeknik jangan isi permohonan (ii) ya. Tak wajib isi pun.

Ingin kami tekankan sekali lagi, dan lagi. Jika satu requirement kita tak dapat menepati, jangan sesekali mohon jurusan/universiti tersebut. Memang confirm kita tak akan dapat. Hal ini kerana, sistem UPU merupakan sistem berkomputer. Tiada budi bicara seperti manusia ya.


JIKA TAK SEMPAT BELI NOMBOR PIN

"Saya tak sempat beli nombor pin & tak sempat mohon UPU. Macam mana nak mohon rayuan?"
Kita kena tunggu tahun 2019 pula untuk mohon UPU sekali lagi. FYI, Rayuan hanya boleh dipohon oleh pelajar yang mohon UPU sebelum tarikh tutup & yang tak dapat mana-mana tawaran sahaja.
Gambar: @twt_upu


UPU 2018: Pembelian nombor pin BSN untuk kemasukan ke IPTA bagi tahun 2018 boleh dibeli bermula 5 Februari sehingga 9 April 2018 sahaja. Selepas 9 April, kita dah tak boleh beli nombor pin BSN dah. Beli cepat-cepat!

SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN UPU:

Twitter: @twt_upu

Atau boleh hubungi terus:

*****

PAUTAN YANG MUNGKIN PENTING:

SENARAI BIASISWA: https://afterschool.my/scholarship
Tentang Program JPA, MARA & JPA-MARA - http://schoollah.com
Apa beza Matrik dan Asasi? - @schoollah

LAGI BERKAITAN UPU:

- Mini tranksrip vs Transkrip penuh (UITM) - @tyraafaizal_
- Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM
- Cara mohon UPU online:
- Punca gagal mohon UPU - https://www.infopelajar2u.com

P/S: Oh ya jika mahu E-book panduan UPU 2018/ 2019 boleh muat turun secara percuma di: https://afterschool.my/upu
SEKIAN, MOGA BERJAYA DAN DIPERMUDAHKAN BUAT SEMUANYA! TERUSKAN BELAJAR DENGAN GAGAH. ALL THE BEST!  :)



81 yang menasihati

  1. Hi nak tanya maaflah kalau pertanyaan ni pelik sikit hahah kalau markah merit 69 ok ke dapat ke masuk u kalau ekotkan pengalaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keseimbangan antara pelajaran dan kokurikulum memang penting dan akan dinilai. Namun kesesuaian berapa markah ditentukan juga oleh tempat kita mahu sambung belajar dan pesaing lain yang minta jurusan kita. Cara kira markah merit boleh rujuk sini:

      Cara kira

      Delete
  2. full transcript tu yang ade cgpa je kan ?? ke sekali cocuriculum punya transcript ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Transkrip akademik yang disahkan mereka mahu. Namun jika melihat permintaan mengikut universiti pilihan anda ada dikatakan mahu yang kokurikulum, perlulah disertakan.

      Boleh hubungi pihak UPU untuk lebih jelas. Terima kasih.

      Delete
  3. Anonymous2:03 AM

    hi and salam . nak tanya , first time daftar upu and dah isi semua personal info ada button sah dan hantar but bila nak kemaskini kenapa dah tiada sah dan hantar tu ? tapi bila dah tukar kos and sampaj akhir ada slip permohonan . dalam slip tu pun kos sudah ditukar cuma masa tukar kos tu tiada sah dan hantar . adakan permohonan saya itu telah dihantar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dan salam. Jika tiada sah dan hantar, cuba log out balik dan log in semula. Atau mungkin perlu buka dengan browser / pc lain. Semak semula, jika sudah ditukar dan yakin telah tekan sah dan hantar sebelum itu, sampai di tempat borang akhir nanti, print / save sebagai bukti.

      *Jika masih ragu, boleh bertanya kepada guru / pensyarah. Atau lebih mudah hubungi terus UPU. Wallahua'lam.

      Delete
  4. salam nk tnya kna muat naik jgk ke yg salinan akreditasi MQA tu bg lepasan diploma.? ke simpan je tuk rujukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Lepasan diploma perlu muat naik MQA. Simpan serta print dan dapatkan pengesahan (tandatangan kakitangan kerajaan kumpulan A) dan kemudian nanti perlu dimuat naik. Ada nanti page yang minta untuk muat naik / upload dalam web UPU.

      Delete
  5. boleh tak tunjukkan yg mna kena print sbb sy buka laman web tu cam banyak jd konfius nk print yg mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas pergi ke laman web MQA, saudari pilih di bahagian kelayakan institusi awam / kerajaan atau swasta tempat belajar dulu. Kemudian pilih tempat belajar mana dulu Universiti atau apa, ada pilihan di situ kemudian pilih lagi (pusat utama belajar kalau tak jumpat tempat saudari). Cari tempat saudari belajar dulu. Dah jumpa, pilih pengajian atau jurusan apa belajar dulu. Dah dapat akan jadi macam ni:

      - Contoh Akreditasi MQA.

      Delete
  6. maksud sy laman web MQA tu

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:29 AM

    salam saya nak tanya, saya pelajar sem akhir diploma sekarang sedang praktikal. saya tidak ada lagi surat pengesahan tamat pengajian/diploma tu. jadi bagaimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ini saya tidak tahu. Sebab surat pengesahan itu ada dalam syarat. Perlu tanya bahagian UPU, boleh hubungi mereka terus (ada nombornya di atas). Maaf ya.

      Delete
  8. Salam, nak tny kalu nk upload dokumen2 utk lepasan STPM tu kan, lps pada tarikh 10/4 kene masuk di bhgian kemaskini ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Jika pernah isi atau masuk dulu, untuk log in lagi, perlu ke bahgaian kemaskini. Bahagian dokumen akan muncul lepas bahagian pilihan.

      Delete
  9. Assalam.. Keputusan akan keluarvpada 21/5 ni. Kawan2 dah dapat makluman melalui sms tapi saya x dapat. Adakah ini menunjukkan permohonan saya x diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Tunggu sehingga tarikh sebenar keputusan. Mungkin tak 'tick' pada hebahan SMS dalam borang. Jika tiada juga pemberitahuan keputusan sehingga hari sebenar keputusan dan seterusnya, boleh lagi buat rayuan. Moga berjaya, insya-Allah.

      Delete
  10. Assalamualaikum.. Keputusan dah keluar. Bukan rezeki saya x dapat tawaran mana2 kursus dari universiti awam atau politeknik premier. Saya x mohon politeknik konvensional. Disini saya ingin bertanya, saya nak buat rayuan tapi saya takut gagal lagi. Apa cara untuk rayuan saya ini berjaya? Adakah saya salah pilih kursus?Terima kasih atas bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting jangan putus asa. Mungkin boleh minta pendapat cikgu yang rapat atau kenal potensi kita. Mungkin kita kena semak balik syarat asas kursus kita pilih tu, sesuaikah pointer kita. Sebab setiap kursus kadang ada syarat khas, kita tak perasan. Kemudian, mungkin kena pilih kursus yang kurang saingan. Namun, tak salah jika merayu lagi. Rayuan terakhir boleh dibuat terus melalui universiti tersebut. Untuk buat rayuan itu, boleh baca di sini:

      -- Cara nak buat rayuan bagi yang tak dapat UPU dan nak mohon kursus lain / Universiti lain.

      Delete
    2. *Boleh buat surat rayuan terus kepada Universiti terbabit atau tunggu second intake juga. Semoga berjaya ya! Insya-Allah.

      Delete
  11. Assalammualaikum...kalau saya checK semakan TEMUDUGA dan MEDSI..lepastu tak dapat...memang automatik ke kalau saya semak buln 7 ni permohonan tak dapat..memang confirm2 kena rayuan ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Boleh hubungi hotline 03-8870 8200 untuk jawapan lebih meyakinkan.

      Delete
  12. Anonymous11:05 PM

    Salam . Kalau saya buat rayuan UA dalam waktu sama sy buat rayuan jgk bg Poli konvesional . Adakah rayuan sy akan diterima dua dua pihak , atau akan dipilih sama seperti permohonan upu biasa ? Maksudnya dapat poli xdpt ua atau dpt ua xdpt poli ? Terangkan . Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh buat dua-dua. Di Web U berkenaan dan di laman web poli. Jika mahu tetap, pilih salah satu yang betul-betul mahu dan yakin. Bersesuaian dengan keputusan dan keperluan kita.

      Namun jika mahu lebih diterima ada orang pernah buat rayuan terus di U itu sendiri dan di politeknik itu terus. Kedua-dua rayuan beliau sampai. Mungkin boleh cuba cara ni. Semoga berjaya!

      Delete
    2. Dan betul jika dapat UA, tak dapat politeknik. Salah satu saja akan dapat.

      Untuk lebih meyakinkan boleh hubungi pihak UPU. Wallahua'lam.

      Delete
    3. assalamualaikum bagaimana kalau saya dah tersilap langkah contoh saya dh tertolak tawaran yang saya dapat dan saya buat rayuan semula tetapi bukan tempat pengajian yang sama?0

      Delete
    4. Waalaikummussalam. Anda tolak tawaran UPU ke? Jika ya, sayanglah sebab UPU berpegang pada dasar One Offer Policy (satu tawaran). Dah dapat itu, tak akan dilayan untuk proses rayuan. Rayuan untuk yang minta tak dapat sahaja. Lagipun di luar sana ramai yang nak sambung belajar, tapi tak dak rezeki sedang menunggu giliran nak masuk. Tak apa jika dapat pengajian bidang kita tak minat, dalam Universiti nanti ada cara untuk tukar kursus.

      Namun jika dah tolak U sebelum ni, ingin memohon U lain, jika nak memohon boleh terus melalui Universiti tersebut. Lihat laman web, buat surat rasmi atau boleh bertanya mereka terus (jumpa). Wallahua'lam. Peluang ada di mana-mana, manfaatkan baik-baik. Semoga berjaya ya.

      Delete
    5. boleh tunjukan tips buat surat rasmi?

      Delete
  13. Assalamualaikum..
    saya nak tanya boleh ke minta pertukaran politeknik ketempat yang berhampiran dengan tempat saya tinggal tapi politeknik yang lain tu berlainan jurusan. sebab saya minta pertukaran politeknik kerana tawaran polteknik yang saya dapat sekarang jauh dari tempat saya tinggal dan memerlukan kos yang tinngi sedangkan saya adalah dari keluarga yang tidak berkemampuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Boleh bertukar tiada masalah, namun caranya mungkin agak berbeza sekarang berbanding dahulu. Untuk Politeknik saudari, boleh bertanya terus ke Kementerian Pengajian Tinggi, telefon +603 8000 8000. Atau boleh melihat laman web / hubungi Politeknik saudari, untuk mengetahui caranya. Mungkin perlu siapkan surat sokongan dan yang berkaitan.

      Moga dipermudahkan. Insya-Allah.

      Delete
  14. Dengan siapa ke saya berhubung mengenai perkara tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat tambahan: Jika berkaitan pertukaran dan sebagainya mengenai politeknik, rayuan hendaklah disalurkan terus ke Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik. Rujuk laman web mereka untuk maklumat alamat atau nombor yang perlu dihubungi: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp

      Delete
  15. Terima kasih perkongsian info ini.

    ReplyDelete
  16. Anonymous6:18 AM

    Asslamualaikum nak Tanya pernahkan rayuan ditolak? Harap boleh Jawab ye ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Pernah. Ada rayuan yang ditolak atas faktor tertentu.

      Delete
  17. Anonymous1:41 PM

    Salam, camne nak buat rayuan ke politeknik konvensional?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cara nak buat rayuan ke politeknik konvensional adalah dengan merujuk terus ke politeknik anda mahu masuk itu.

      Misalnya jika politeknik, rayuan hendaklah disalurkan terus ke Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik. Rujuk laman web dia: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp

      Jika mahu ke kolej komuniti rujuk http://www.jpkk.edu.my/v2/ misalnya. Begitu.

      Oh ya menurut Berita Harian:

      Pemohon juga boleh menghubungi talian hotline UPU: 03-8870 8200 untuk bantuan dan penerangan.

      Untuk maklumat lanjut, pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi melalui emel upu@mohe.gov.my atau platform media sosial Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT, Twitter: @TWT_UPU dan Instagram: @KEMASUKANBPKP.

      Delete
  18. Anonymous3:04 PM

    Assalamualaikum. Saya dapat tawaran dalam bidang teknikal sedangkan bidang teknikal tiada dalam senarai permohonan UPU saya. Saya ingin mohon universiti lain dalam bidang bahasa (seperti permohonan UPU saya). Macam mama caranya. Saya tidak mahu menerima tawaran tersebut kerana universiti yang ditawarkan kepada saya ialah universiti teknikal. Sekiranya saya memohon bertukar kursus lain di universiti tersebut masih lagi bidang teknikal juga. Apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummussalam. Oh ini maksudnya anda ingin menolak tawaran sedia ada, dan mahu ke universiti lain? Jawapannya, jika sudah dapat tawaran UPU, tidak akan dapat tawaran U lain. Namun jika mahu mencuba, boleh hubungi Universiti yang mahu dimasuki, dan tanya prosedur untuk merayu atau masuk.

      Untuk jawapan lebih meyakinkan boleh hubungi hotline 03-8870 8200. Maaf jika jawapan saya kurang membantu. Moga dipermudahkan ya.

      Delete
    2. Namun jika mahu ke universiti sama, namun sekadar mahu bertukar bidang pengajian, tiada masalah. Masuk dahulu, nanti ada caranya untuk tukar bidang pengajian dengan bertanya kepada mereka yang berkenaan di sana. Wallahua'lam.

      Delete
  19. Anonymous5:03 AM

    Assalamualaikum.. Sy nk tnya smasa sy isi upu hrtu, then sy check twaran sy, sy dpt pngoperasian perniagaan kolej komuniti dprngkat sjil, but msa sy isi upu hrtu sy xplih kolej kmuniti pun, sy pilih poli je smuaa...sy ad denga jgk kwn2 sy ckp, mungkin sy trslh tick *mnta twran lain*...mmg sy ada tick yg tu tp btul ke?? And kwn2 sy ad ckp jgk kalau dpt twran dprngkat sjil (klej kmuniti) bole bt ryuann and also klau dpt twaran diploma (klej kmuniti) xbole bt sbb kputusan adlh muktamad,,but my question is btul ke? And still bole bt ryuan?sy pening skit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:18 AM

      Haah???bersetuju padaa ruangan pernyataan khass utk menerimaa twaran luar pilihan (program pngajian/course) yg tu kee???

      Delete
    2. Waalaikummussalam. Saya lihat ada dua soalan di sini

      - Jawapannya ya. Jika anda merupakan pemohon Lepasan SPM/Setaraf, anda boleh ditawarkan dengan program di luar pilihan jika telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan (program pengajian). - Jawapan pihak UPU.

      - Juga betul. Sijil kolej komuniti boleh buat rayuan lagi. Diploma tidak boleh.

      Jadi jika anda dapat sijil, jadi masih boleh buat rayuan.

      Delete
  20. Saya sudah memberikan kata putus ya kepada tawaran yang diberikan kepada saya tetapi saya baru mengetahui apa sebenarnya jurusan tersebut dan saya amatlah membencikannya jadi bagaimanakh langkah untuk saya menolak semula jurusan tersebut sebelum tarikh tutup kata putus adakah ada sebarang langkah yang boleh saya lakukan kerana saya amatlah mengesali perbuatan saya dalam memberikan kata setuju untuk jurusan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Universitikah? Jika sekadar mahu bertukar bidang pengajian, tiada masalah. Masuk dahulu, nanti ada caranya untuk tukar bidang pengajian dengan bertanya kepada mereka yang berkenaan di sana. Wallahua'lam.

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Anonymous4:13 PM

    Salam, sy nk tnya kalau sy tk dpt tawaran ke mana2 UA, boleh ke sy membuat rayuan kos yg ada interview? Sbb masa sy nk isi 4 kos rayuan, ada banyak tawaran kos yg berinterview terutamanya ukm. Sbb masa isi upu dulu sy ade ltk kos x-ray dkt ukm(ada interview) tapi tk dpt. Jadi untuk rayuan boleh ke sy isi kos tu lagi walaupun interview sy tk pergi sebelum ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika ditolak (tak dapat) kira kita dah gagal untuk dapat course itu. Dan jika tidak pergi IV course itu, setahu saya tidak boleh minta lagi course yang sama melainkan kita tak pergi atas masalah kesihatan. Namun ada banyak pilihan lain lagi untuk rayuan, jadi boleh cuba yang itu. Semoga berjaya ya! Insya-Allah.

      Delete
  23. Salam , kan bila kita buat rayuan upu stpm/setaraf then dia ada tulis situ "dipaparkan program yg melepasi syarat kemasukan" so nk tanya , koranya apa yg dia suggest tu mmng kita layak ka berdasarkan pointer dan sebagainya ? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Dalam pengetahuan saya, ya. Yang bersesuaian.

      Delete
  24. Salam nak tanya, kalau untuk rayuan kita nak mohon course yg ad iv boleh ke? adakah kita akan dipanggil untuk iv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jika kita pernah ditolak untuk temuduga itu, kira telah ditolak, jadi tak boleh. Namun jika untuk yang baru pertama kali merayu, boleh rujuk laman web IPT / pusat pengajian berkenaan.

      *Setahu saya, jika UITM-- untuk rayuan, tiada pengajian berkaitan temuduga ditawarkan.

      Delete
  25. Salam nak tanya, semasa saya mengemukakan permhonan rayuan kali pertama, saya sudah menekan butang sah dan hantar. Lalu saya ingin mengemaskini kali yg kedua, tiada sah dan hntar. Tarikh dan masa permhonan pun tak berubah. Hanya transaksi terakhir yg berubah. Adakah sistem upu akan refer transaksi terakhir kita ataupun ikut tarikh dan permohonan yg kita isi utk first time tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Cuba sekali lagi kemaskini dengan menggunakan browser lain. Contoh kalau guna chrome, mungin perlu guna firefox pula. Cuba lihat dulu bagaimana. Sebab laman web berkenaan akan beritahu kita jika kita telah kemaskini, kerana maklumat terakhir yang sah itu akan disemak untuk kelulusan. Wallahua'lam.

      Delete
  26. Assalamualaikum.. Saya ada masalah log masuk upu utk membuat rayuan... Saya dha tukar kata laluan dan dha d sahkan d email dr upu bahawa kata laluan saya berjaya d tukar, namun apa bila saya ingin log in masih tidak dpt... Saya dha call staff upu namun tak ada jwpan dsbbkn talian yg sibuk memanjang... Maklumblas saya mgenai masalah saya d lama upu pun masih lg blum d jwp... Membuatkan saya rasa putus asa utk mohon rayuan lg... Apa perlu saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Mungkin boleh cuba dengan menggunakan maklumat (password) lama sekali lagi. Atau gunakan browser lain dengan maklumat baru.

      Bab hubungi itu, jika tak dapat menerusi talian hotline (kena cuba selalu) mungkin boleh cuba hubungi menerusi twitter mereka: https://twitter.com/twt_upu?lang=en. Harap membantu.

      Delete
  27. Saya nak tanya , lepasan Stam kena hantar dokumen tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. STAM Sama taraf dengan STPM//Matrikulasi/Asasi. Boleh tanya cikgu atau hubungi hotline 03-8870 8200 untuk jawapan lebih meyakinkan.

      Delete
  28. Saya nak tanya.. Sekiranya kita lepasan spm pada tahun 2017 dan ingin mengisi upu untuk tahun 2019,mudah atau tidak untuk diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Peluang terbuka dan sama untuk semua (cuma dalam borang saja dibahagikan kategorinya), insya-Allah ada rezeki, pasti dapat. Semoga berjaya ya.

      Delete
  29. Salam. Sy bru part 1 dlm diploma uitm.sy mcm rsa x leh fllow cos ni.blh ke Sy nk mohon upu untuk cuba dptkn cos dan U yg sy nk bljr taun depn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh tanya bahagian pentadbiran. Bukan melalui UPU.

      Untuk menukar pengajian lain dalam universiti sama, boleh merayu dan minta pada bahagian U anda. Bincang dengan pensyarah pengajian.

      Namun untuk memohon U lain, perlu merayu pada U lain tersebut, sudah dapat tawaran atau kelulusan baru minta berhenti pada U kita pula. Namun fikir baik-baik dahulu, kerana kadangkala peringkat awal memang susah sedikit, lama-lama akan mudah. Apa pun bincang dulu dengan bahagian pentadbiran, jika sudah yakin barulah teruskan, semoga dipermudahkan.

      Delete
  30. Nak tanya kalau sekarang ni saya belajar diploma dalam course teknologi maklumat dan kominkasi(digital teknologi) kemudian sambung degree course lain seperti seni boleh ke? Or harus sma ngan diploma juga😭

    ReplyDelete
  31. Hi..sy adlh lpsan stpm..sy dpt band 2 dlm muet dan skrng ni sy mengulang muet sbgai calon persendirian..sy mengulang bagi sesi 1 dan keputusan muet sy pd bulan 5..tetapi tarikh tutup permohonan upu pd bln 4..adkh pihak mpm akn kemas kini maklumat muet sy jika sy mengisi ruangan muet "belum mendpt keputusan"?

    ReplyDelete
  32. Terima kasih di atas segala perkongsian cik 😊

    ReplyDelete
  33. Anonymous10:19 AM

    Assalam. Saya nak tanya kan utk lpsn stpm/setaraf dia de minta salinan sijil spm, salinan sijil IB, salinan sijil muet, salinan cetakan akreditasi MQA. 4 benda tu wjib kena muat naik. Tapi kalau tak de sijil IB tu camne ye?

    ReplyDelete
  34. nak tanya, yang pasal lepasan stpm/diploma tu boleh bagi surat tamat belajar Universiti punya kan, bukan sekolah punya kan?

    ReplyDelete
  35. hai..nak tanya. UPU 2019 tutup pada 2 april 2019 kan. saya memohon utk masuk ijazah sarjana muda setaraf stpm. masalah saya sekarang ialah : saya belum buat clearance di uitm dan saya belum ada sijil spt sijil tamat diploma. cuma nak tahu, kalau saya dah tekan butang sah dan hantar tu nanti, adakah boleh saya log in baru dan muat naik file pdf sebelum 9 april spt tarikh yg dikemukakan utk upload document tersebut.

    ReplyDelete
  36. Assalam ...nak tanya apa itu sijil IB ya

    ReplyDelete
  37. Salam, saya nak tanya..saya spm tahun 2013 tp skrg saya nak sambung diploma utk tahun 2019..saya dah cuba isi upu tapi lepasan spm hanya dari tahun 2016-2018.. Tolong bagi pencerahan apa yg saya perlu buat ?

    ReplyDelete
  38. Anonymous11:36 AM

    sy nk tnye boleh x isi smua maklumat dulu,tekan sah dan hantar.pastu upload sijil kemudian sebelum9april

    ReplyDelete
  39. Anonymous4:32 PM

    Hi..boleh tak sya upload sijil2 yang di sahkan pada tahun sebelumnya

    ReplyDelete
  40. Maaf lambat jawab, semua. Harap masih membantu. Jika yang lain baca ingin betulkan dipersilakan.



    Zach - Boleh. Tiada masalah. Asalkan berkelayakan.

    Intan Nur A'in - Boleh saja. Nanti Muet akan diupdate sendiri dalam sistem.

    Anonymous - International Baccalaureate (IB) adalah sijl persiapan ke luar negara.
    Boleh tanya Pihak UPU (mungkin berkaitan jurusan kita)

    Unknown - Lepasan STPM, sijil tamat belajar tanya di sekolah tinggi masing-masing.
    Lepasan Diploma - sijilnya (boleh bertanya pihak universiti anda dan yang dipohon).

    Ollyviana - selagi belum tutup update UPU, boleh log in balik. Berkaitan sijil, Boleh sampai 9 april (masih dibuka).

    Nurul Saadah - International Baccalaureate (IB) adalah sijl persiapan ke luar negara.

    Unknown (2) - Boleh mohon terus ke unversiti berkenaan yang diminati, atau boleh tanya bahgaian UPU.

    Anonymous - Boleh sampai 9 april (tarikh akhir upload dokumen).

    Anonymous (2) - Boleh, jika yang sahkan sijil masih berjawatan sama atau orang yang betul. Namu jika ragu-ragu baik dapatkan pengesahan baru, seeloknya.

    ReplyDelete
  41. Anonymous8:36 AM

    Hi,nak tnya,saya dh isi upu ,dah klik sah & hantr..tp saya belum upload dokumen2 tu ,sijil spm,sjil muet,transkrip penuh dan salinan tamat dip,dan tarikh tutup untuk upload dokumen2 ni 9 april 2019,mcm mne sye nk muat naik?upu online dh tutup 2 april 2019

    ReplyDelete
  42. Boleh, UPU online buka sampai 9 april (tarikh akhir upload dokumen)

    ReplyDelete
  43. Anonymous5:28 PM

    Salam. Ada document2 pdf yg melebihi 1MB macam mana tu ye nak kurangkan megabytes nya?

    ReplyDelete
  44. Salam. Boleh google 'compress pdf file' atau ke web ini: https://smallpdf.com/compress-pdf

    ReplyDelete
  45. Looking for one of the best essay writing services in Malaysia who could help you in costume essay writing service for your last minute academic purpose, then you can visit https://malaysia.domyessay.biz/ to avail some great service from our experienced writers.

    ReplyDelete
  46. Salam. Maaf bertanya. Adakah program pengajian bertanda (#) sahaja yang dipanggil untuk temuduga? Bagaimana pula dengan program pengajian yang lain (sebaliknya) ? Saya masih keliru , jika saya tidak dipanggil temuduga adakah saya tidak layak ke UA/IPTA ? Ataupun saya perlu menunggu sehingga keputusan upu keluar? Sila beri penjelasan.

    ReplyDelete
  47. Jika dinyatakan ada temuduga, maka ada. Jika tiada, maksudnya pengajian tersebut tak memerlukan temuduga. Jika tidak dipanggil sampai tempoh yang kita minta untuk pengajian bertemuduga itu, boleh hubungi U tersebut untuk makluman.

    ReplyDelete
  48. Slm, saya nk tanya, sy mintak stpm/setaraf, kputusan lmbt lg kluar, jd sy try cek kt sms sdgkn lmbt,lg,kluar, pstu dia hntr sms dia ckp anda tidak memohon upu online,, adakah upu sy x diterima??

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.







Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top