(Nota) Tentang Kerja, Sahabat dan Hari Sangkakala


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Mei dan Jun. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

****
Tanyalah Ustaz: Bekerja kerana Allah

- Dalam agama, orang bekerja dengan nyawa orang, boleh qadha' solat.
- Solat tetap kena jaga.
- Sekarang memang ramai suri rumahnya lelaki. Sebab gaji isteri tinggi. Jika suaminya ikhlas, ya itu juga ibadah. Namun jangan orang pertikaikan pula kerana suami yang beri kebenaran.
- Rezeki Allah itu luas.
- Bekerjalah kerana Allah. Jika kita buat kerana Allah, kita tidak akan maki hamun, dengki dan seumpamanya.
- Perlu ada integriti.
- (Kata Imam al-Ghazali) Setiap pekerjaan (jika tidak mahu ada dengki dan bermusuhan): perlu ada semangat kesepakatan, ada tegur-menegur, sentiasa ikhlas kerana Allah.

Tanyalah Ustaz: Merancang kematian.

- Jangan derhaka kepada kedua ibu bapa.
- Jangan bergantung semata pada ikhtiar. Ikhtiar, usaha dapat pahala (jumpa doktor misalnya). Namun perlu bergantung pada Allah (keutaamaan). Semua takdir.
- Buat baik pada mak ayah kamu.
- Merancang dengan betul. Kematian itu benar.
- Amal sahaja belum cukup. Perlu ada hati yang baik.

Tanyalah Ustaz: Sahabat ke syurga.

- Harga sahabat itu tinggi sehingga mampu menyelamatkan kita di akhirat.
- Jangan cepat tarik diri dan biarkan orang sakit cakap lepas sembuh baru solat. Anggaplah dia tak tahu.
- Psikologi percaya jika kerap cakap, kita akan yakin.
- Kebijaksanaan bukan terletak pada atau, tapi pada dan.
- Kejujuran bersahabat, iaitu bersahabat bukan urusan duniawi. Aku berkawan dengan dia sebab nak bawa kepada Allah. Perlu ikhlas.
- Kita mulakan pada diri kita ciri sahabat yang baik.
- Fokus diri sendiri.
- Jaga amalan kita. Jangan biar take for granted.
- Nak sahabat yang baik, kita kena membaikkan diri kita.
- Sahabat yang baik itu ikhlas dan kita rela menerima teguran dia.
- Tutup keaiban. Kita tutup keaiban saudara, Allah sendiri menutup keaiban kita.

Tanyalah Ustaz: Cinta Dunia.
- Perhiasan dunia adalah akhirat.

Tanyalah Ustaz:

- Elak fitnah di tempat kerja.
- Kawan cerita pasal orang lain, mengeluh -- kita nasihat dia.
- "Jadilah orang tengah yang bijak. Yang mendengar cerita daripada semua pihak." - Ustaz.
- Nak jadi pekerja hebat, fikir keberkatan.
- Jangan cakap keaiban orang. Jaga mulut. Jangan cakap kelemahan orang.
- Banyakkan berdoa agar kita tergolong daripada mereka yang baik.
- Kita doa dapat reda Allah.
- Jangan tinggal solat dhuha.
- Dekatkan diri dengan Allah.

Tanyalah Ustaz: Kunci ketenangan.
- Nak cakap di depan:
Baca:
- Surah Alam nasyrah
- Rabbi sohri (rujuk sini)
- Syura - 51-53

- Nak tenang dalam hidup baca surah Toha.
- Zuhud dengan biar dunia hanya di jari bukan di hati.
- Jadilah qanaah. Lihatlah orang lebih bawah.

Tanyalah Ustaz: Hari sangkakala berkemundangan (Ustaz Farhan & Dai Annas)
- Rugilah orang jahil sehingga dia berilmu. Rugilah orang ilmu sehingga dia mengamalkan. Rugilah orang mengamalkan sehingga dia bersungguh-sungguh.
- Sahabat takut menjelang Jumaat, takut tibanya hari kiamat.
- Anggota badan jadi saksi pada perbuatan kita.
- Jangan jadi munafik.
- Cinta Nabi di dunia, kita akan bangkit bersama Nabi. Ikut sunnah Nabi, dapat syafaat Nabi.
- Nabi kenal kita di akhirat, dengan bekas wuduk kita di akhirat.
- Malaikat sebelum sampai waktu tugas dia, kerjanya beribadah dan zikir kepada Allah. Tak buat apa Allah larang.
- Tanda kiamat kecil dah habis. Tinggal besar. Terdekat perebutan kuasa di Mekah. Dan waktu itu akan muncul Dajjal. Tuhan bagi dia kuasa hidupkan, matikan orang. Turun dan sekat hujan. Nanti Nabi Isa akan turun di Damascus, Syria.
- Ulama ada kata, takkan bebas Palestin, selagi Syria tidak bebas.
- Hafal al-Kahfi paling kurang 10 ayat depan dan akhir.

Persediaan menghadapi hari kiamat:
- Bertaubat kepada Allah
- Jangan abaikan al-Quran.

- Jadi ahli syurga dengan beriman dengan 6 rukun iman. Buat kebaikan, tinggalkan kemungkaran.
- Moga kita dapat jadi VVIP di akhirat dan dapat minum air telaga kausar Nabi.

Rezeki Sempit. - Ustaz Ebit Lew.

- Jika ada susah datang, itu mesti ada rahmat nak datang. Sangka baik. Allah sedang sayang. Ada masalah, adalah itu nikmat kemudian Allah nak bagi.
- Allah dah tulis. Dah takdir.
- Baik dengan mak ayah. Itu boleh jadi sedekah kita.
- Menyambung silaturahim dan banyakkan sedekah boleh buat rezeki kita bertambah.
- Sifat pemaaf itu sifat ahli syurga.

Tips tambah rezeki:
- Solat sunat Dhuha
- Jangan derhaka pada mak ayah
- Baca doa Nabi
- Zikir. -- Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'azim.

JUN

"Kita jangan sibuk dengan amal orang lain. Kita perbaiki amalan kita. Kita dapat beramal pun kerana taufik dan hidayah Allah, jadi bersyukurlah. Berdoalah agar amalan kita diterima." - Ustaz Zaidi, (Hadis 40).

"Didik nafsu dengan didik diri dengan al-Quran, ibadah." - Dai Nizal

"Sayang macam mana kita pada seseorang itu, jodoh tetap rahsia Allah. Bila-bila masa Allah boleh hantarkan dan bila-bila masa jugak Allah boleh tarik balik." - Nur

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top