Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) pada kanak-kanak


Kebelakangan ini penyakit HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) pada kanak-kanak semakin meningkat dan telah membimbangkan ramai ibu bapa. Sehingga beberapa taska dan sekolah terpaksa ditutup untuk menggelakkan jangkitan daripada terus merebak.

1. Apa itu HFMD?

HFMD merupakan singkatan daripada perkataan Hand, Foot and Mouth Disease (Penyakit tangan, kaki dan mulut) yang disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) dan biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

2. Apakah gejala HFMD?

Jadi jom kita kenal tanda HFMD atau simptom jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini:

a. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

b. Hilang selera makan.

c. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.





3. Bagaimana HFMD menular?

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.



4. Bagaimana mencegah HFMD?

Cara mengatasi atau mengelakkan HFMD ini:
a. Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

b. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

c. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar dan sudu.

d. Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala.

HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

e. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

f. Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.

Gambar: Twitter @bernamadotcom

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil,
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL: http://www.moh.gov.my.


Sumber maklumat: http://jknjohor.moh.gov.my
Gambar-gambar daripada:  Facebook Ini Sains Beb!
Instagram: @inisainsbeb



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top