Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lirik Lagu Dusta - Aepul Roza & Selamatkan Aku - Aepul Roza, Aweera & Fiq Halim


Aepul Roza bukan sahaja vokalis Drama Band yang dikenali dengan suara yang bagus, malah beliau juga mahir mencipta lagu dan rajin cover lagu di laman sosialnya. Suami kepada pelakon Leez Rosli ini telah muncul dengan lagu bersama Fiq Abdul Halim dan Aweera berjudul Selamatkan Aku. Sangat mendalam maksud lagu tersebut. Kemudian beliau muncul pula dengan lagu tema untuk drama Semerah Cinta Humairah berjudul Dusta. Di bawah ini adalah lirik kedua-dua lagu tersebut.




Lirik Dusta (OST Semerah Cinta Humairah) - Aepul Roza

Seribu rasa, sejuta kata
Yang pernah kau bisikkan
Ku percaya
Dan terbang dalam angan terindah
Cinta dan setia

Seribu mimpi, sejuta erti
Berkecai serpihannya
Kau hancurkan
Meracun seluruh ruang hatiku
Hanya tinggal
Derita

Kau yang memiliki jiwaku
Seharusnya kisah kita bahagia
Cinta yang tak pernah aku rasakan
Musnah demi sebuah dusta


Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Syed Syahmir
Lirik: Aepul Roza
Video: Hashtag Media Sdn Bhd

****

Aepul Roza

*****


Lirik Selamatkan Aku - Aepul Roza, Aweera & Fiq Halim.

Dalam dinginnya malam
Terhanyut aku tanpa lena
Kutenggelam merindukan Kamu

Dalam sepi membekas
Melumpuhkan semua rasa yang pernah ada
Menghambat jiwaku

Selamatkan aku

Hilangkan semua rasa mati ini
Sembuhkan aku dari segala perit hati
Hidupkan aku kembali pada semua rasa cinta

Pulang semula
Jangan tinggalkan aku

Dalam hangatnya siang
Berlari aku tanpa arah mencari-Mu
Menuju diri-Mu

Dalam sepi membekas
Melumpuhkan semua rasa yang pernah ada
Menghambat jiwaku

Selamatkan aku

Hilangkan semua rasa mati ini
Sembuhkan aku dari segala perit hati
Hidupkan aku kembali pada semua rasa cinta

Pulang semula
Jangan tinggalkan aku

Hilangkan semua rasa mati ini
Sembuhkan aku dari segala perit hati
Hidupkan aku kembali pada semua rasa cinta

Pulang semula
Jangan tinggalkan aku

Komposer & Lirik: Aepul Roza.

*****
Instagram Aepul Roza: Aepul Roza
Instagram Fiq Abdul Halim: Fiq Abd Halim
Instagram Aweera: Aweera

*****

Gambar utama: Juanitajunenaillah



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top