Terlalu banyak yang kita dengar dan lihat tentang kecantikan pulau-pulau di Sabah, keramahan orangnya, penyatuan mereka serta orang-orangnya yang cantik dan tampan. Belum lagi keunikan budaya dan kemeriahan makanannya. Dalam erti kata lain, negeri Sabah ini sangat mewah! Sebut tentang budaya, negeri Sabah yang mempunyai banyak suku kaum ini juga menyerlah dengan para karyawan yang berbakat dalam bidang muzik. Siapa saja yang tidak tahu lirik lagu Sayang Kinabalu nyanyian Kimin Mudin, "Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu". Antara artis lain yang popular juga ialah Abu Bakar Ellah, Stacy, Marsha, Nazrey (Raihan) serta ramai lagi.
Terkini ada beberapa artis dari Sabah yang menampilkan lagu dalam bahasa tempatan dengan muzik yang begitu catchy dan sangat dekat dengan kita semua. Jadi jom kita dengarkan!
Oiginal Sabahan
Lirik Lagu Original Sabahan Oeh Atmosfera Band ft Floor 88
Saya ini original Sabahan
Mantad Kampung Nuntunan Apin-apin
Mantad Kampung Nuntunan Apin-apin
Jangan koti
Kau tidak percaya saya
Menyesal nanti bila kau dengar ini
Odai sayang, kau mahu saya sikut
tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan
Baru kau mau percaya dengan kata-kataku
Saya original
Andeh kotoh mimboros oku Dusun
Karati ko po nangku onu ti borosonku
Nokuro tu kongingis
Ko do nokorongou
Dusun mantad Keningau
Saya ini original Sabahan
Mantad Kampung Nuntunan Apin-apin
Odai sayang, kau mahu saya sikut
tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan
Baru kau mau percaya dengan kata-kataku
Saya original
Andeh kotoh mimboros oku Dusun
Karati ko po nangku onu ti borosonku
Nokuro tu kongingis
Ko do nokorongou
Dusun mantad Keningau
Odoi sayang, kau mahu saya sikut
tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan
Baru kau mau percaya dengan kata-kataku
Saya original
Andeh kotoh mimboros oku Dusun
Karati ko po nangku onu ti borosonku
Nokuro tu kongingis
Ko do nokorongou
Dusun mantad Keningau
Muzik video rasmi Sabah Original: https://www.youtube.com/watch?v=eVxNksC88_U---
Atmosfera ft. Floor 88
Composer : Hezron Rayner
Lyricist : Hezron Rayner
Instagram Atmosfera Band: @atmosfera_official
Instagram Floor88: @floor88band
Terjemahan:
Oku = saya
Mantad = berasal / dari
Koti = pula
Odoi = aduh
Sikut = pikul
Andeh kotoh = padan muka
Mimboros oku Dusun = saya cakap Dusun
Karati ko po nangku onu ti borosonku = Faham tak apa yang saya cakapkan
Nokuro tu kongingis = kenapa kau tersengih
Ko do nokorongou = bila kau terdengar
Sumandak Sabah
Sumber lirik: https://www.youtube.com/watch?v=A-tX5wZDvTc&t=185s
Video rasmi Sumandak Sabah : https://www.youtube.com/watch?v=ZtaNoTMRt4A
Lirik Sumandak Sabah - Marsha Milan vs Velvet Aduk
*nyanyi ramai-ramai nananana*
Jalan-jalan di Tamu Tuaran
Silik-silik baju tradisi unduk ngadau
Tidak sabar mau tunggu tadau kaamatan
Ramai Sumandak sumandak sibuk menunggu
Omingi-gingoh zi baka unduk ngadau
Belinggang-linggang linangkit dan lilimbo
Aragang-ragang oh munung dia
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang...Tidak lari
Pandai lagi dari kaum lelaki
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti
Kalah atau menang
Ada yang sampai menangis
Terlampau berabis
*nyanyi ramai-ramai nananana*
Omingi-gingoh zi baka unduk ngadau
Belinggang-linggang linangkit dan lilimbo
Aragang-ragang oh munung dia
Tinggi-tinggi gunung dandan rambutnya
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang...Tidak lari
Pandai lagi dari kaum lelaki
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti
Kalah atau menang
Ada yang sampai menangis
Terlampau berabis
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang...Tidak lari
Pandai lagi dari kaum lelaki
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Semua lawa-lawa pandai masak nasi
Muka cantik memang...Tidak lari
Pandai lagi dari kaum lelaki
Sumandak Sabah mana kau mau cari
Unduk ngadau gelaran diberi
Satu Sabah ternanti-nanti
Kalah atau menang
Ada yang sampai menangis
Terlampau berabis
---
Sumandak Sabah
Marsha Milan & Velvet Aduk
Composer: Richael L. Gimbang
Lyricist: Marsha Milan & Velvet Aduk
Marsha Milan: @marshamilans
Velvet Aduk: @velvetaduk
Terjemahan:
Silik-silik = intai-intai / jenguk
linangkit dan lilimbo = nama corak pada pakaian tradisional
Aragang = kemerahan
Munung = bibir
- Unduk ngadau ini pertandingan ratu cantik semasa pesta keamaatan.
Nota: Jika tanya saya, artis Sabah yang pernah dan masih saya minat sejak dahulu ialah Norlinda Nanuwil (AF 2). Beliau bukan sahaja mempunyai suara yang sedap didengar, manis orangnya malah sangat pandai bermain gitar.
Gambar: Fahrul Azmi on Unsplash (Pulau Sapi, Kota Kinabalu) |
2 yang menasihati
https://www.sinalaubakas.com/2018/10/original-sabahan.html
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=qodm1MYd_ng
Pounsikou💕💕
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.