Tabiat makan untuk sihat (BMV) | Kepentingan Sarapan


Badan kita adalah amanah daripada Allah. Jika kita sihat, dapat memudahkan aktiviti harian dan ibadah seharian. Hidup adalah tempat ujian dan pilihan adalah di tangan kita. Kita yang perlu berusaha untuk kebaikan kita di masa kini dan akan datang. Selebihnya kita berserah.

Menurut Persatuan Pemakanan Malaysia, tiga kunci yang menjadi teras dalam mengamalkan pemakanan sihat ialah - B (Balance), M (Moderation) dan V (Variety). Paramid Makanan Malaysia boleh dijadikan rujukan dalam memilih makanan seimbang dalam kuantiti yang sederhana. 

Balance - Keseimbangan. Gabungkan makanan daripada setiap aras piramid dalam diet harian.

Moderation - Kesederhanaan. Kuantiti makanan adalah berdasarkan saranan yang tertentu bagi kumpulan makanan. Penting untuk nutrien harian dan mengekalkan fungsi tubuh badan yang normal.

Variety - Kepelbagaian dalam pemilihan makanan merupakan kunci yang pentin dalam membentuk tabiat makan yang baik.

Berikut merupakan perkongsian Puan Hanis Mastura Yahya (Pensyarah Program Sains Pemakanan UKM) dalam JOM EDISI 33.

Tabiat makan untuk sihat
- Kenal pasti tabiat makan dan fikirkan adakah akan menyumbang pada berat badan.
- Fikir sebelum makan. Berbaloi atau tidak. Keperluan atau kehendak.
- Kekalkan masa makan yang tetap. Jika berubah kadangkala kita cenderung terlebih makan.
- Rancang hidangan utama dan snek anda.
- Lakukan pembelian makanan semasa perut anda penuh / kenyang untuk elak beli berlebihan.
- Mulakan langkah dengan membuat senarai barang yang ingin dibeli
- Masak makanan sendiri. Langkah ini mampu mengawal kalori yang diambil.
- Makan dengan perlahan dan hayati rasa makanan yang dikunyah (ini juga sunnah). Menurut kajian, perut ambil masa 20 minit untuk beri signal pada otak bahawa kita sudah kenyang. Jadi makan dengan perlahan wajar untuk otak dapat signal tepat pada masanya.
- Pastikan anda duduk ketika makan. Supaya fokus dan anda sedar anda sedang makan.
- Kenal diri sendiri. Pastikan tak pengaruh nak makan makanan yang tinggi kalori hanya kerana orang lain memakannya. Kita sendiri tahu risiko dan kesan sesuatu pada diri kita.
- Elakkan diri daripada mengambil snek yang tidak sihat. Kurang beli, kurang godaannya!

MAJALAH SOLUSI EDISI 95



Mulakan hari dengan sarapan. Manusia perlu sarapan untuk kekal sihat dan bertenaga. 

Kepentingan sarapan:
- Membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti pada waktu pagi.
- Mengeratkan hubungan seisi keluaga dengan sarapan bersama-sama. 
- Meningkatkan mood di pagi hari.
- Meningkatkan konsentrasi otak
- Mengawal berat badan dan diet

Tips sarapan sihat:
- Untuk tubuh badan kita berfungsi dengan lebih cekap, amalkan waktu sarapan yang tetap pada setiap hari.
- Jadikan sarapan sesuatu yang menyeronokkan, dengan menyediakan sendiri sarapan yang mudah dan ringkas.
- Kurangan kekerapan mengambil makanan berlemak dan berminyak seperti lontong, nasi lemak dan lain-lain.
- Pilih makanan yang tinggi serat.
- Untuk mempelbagaikan sarapan, ambil buah sebagai keperluan vitamin untuk tubuh.

Sekian perkongsian. Belajar sayangi diri sendiri. Moga pilihan tidak tersasar. Pilihlah makanan sihat dengan BMV! Belum cuba belum tahu! Moga dipermudahkan buat semuanya.


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top