Hafizh Syahrin (Moto GP), Khairul Idham Pawi (Moto 2) & Adam Norrodin | Malaysia mempunyai ramai pelumba yang handal dan berbakat. Berikut adalah senarai 3 pelumba motorsikal Malaysia yang telah melangkah ke kejuaraan dunia dan mencipta nama di persada antarabangsa. Sebelum kemunculan mereka bertiga ini, kita sudah ada Shahrol Yuzy, Zulfahmi Khairuddin, Azlan Shah dan Hafiq Azmi.
[Kesemua gambar dalam artikel ini adalah diambil menerusi instagram pelumba dan juga laman rasmi Perlumbaan seperti di motogp.com dan motorsport.com, lain-lain ada dinyatakan pada caption.]
Hafizh Syahrin
Gambar: @hafizh_syahrin |
Mula bersaing di Cub Prix dan Kejohanan Petronas Asia Road Racing. Kemasukan dengan tiket wildcard pada 2012 di Malaysian GP menyaksikan beliau merangkul tempat ketiga keseluruhan (Moto2), yang telah mengorak laluan untuk Hafizh mendapat tempat sepenuh masa bersama pasukan Petronas Raceline Malaysia pada tahun berikutnya. Hafizh yang juga digelar 'Raja Motosikal Poket' telah mencatat kemajuan di dalam perlumbaan setakat ini dengan mengutip mata secara konsisten, dan tahun 2016, menyaksikan persembahan terbaik beliau dengan memenangi tempat keempat di Qatar dan Barcelona. Pada 2017, Hafizh telah memenangi kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Sepanyol.
Pada Februari 2018 lalu, Hafizh telah dipilih untuk menyertai pasukan Moto GP - Monster Yamaha Tech 3 bergandingan dengan Johann Zarco. Terkini pada 4 November 2018 yang lalu, Hafizh telah mendapat tempat kesepuluh di Litar Sepang. Pencapaian terbaiknya sebelum ini pernah mendapat tempat kesembilan dalam perlumbaan di Argentina dan tempat keempat ketika sesi latihan bebas FP2 di Brno Republik Czech.
Pada musim hadapan (2019), Hafizh masih bersama pasukan yang sama Red Bull KTM Tech3 Team (cuma jentera saja yang berbeza) bergandingan dengan Miguel Oliveira.
Maksud gelaran pescao Hafizh Syahrin
Perkataan "pescao" mempunyai maksud yang sama dengan perkataan "pescado" dalam Bahasa Sepanyol yang bermaksud "ikan" dalam Bahasa Melayu. Hafizh mendapat gelaran "Si Ikan" sebaik menyertai perlumbaan kategori Moto2 siri CEV di Sepanyol pada 2012. Mula-mula mereka panggil Fizh sebab susah hendak menyebut Ha. Namun apabila melihatkan Hafizh suka hujan (kebetulan musim pertama pada perlumbaan pusingan pertama itu, cuaca hujan), mereka terus memanggil Hafizh sebagai 'fish' / pescao. (Sumber: mstar.com.my)
Menarik dan pernah viral: Viral Gelagat Hafizh Syahrin Sakat Rossi Di Litar Qatar
Biodata Hafizh Syahrin:
Pasukan: Monster Yamaha Tech 3
Motorsikal: Yamaha
Asal: Ampang
Tarikh lahir: 05/May/1994
Berat: 66 kg
Tinggi: 180 cm
Nama Isteri Hafizh Syahrin: Noor Suzana Abdul Manaf (@suzanamnf)
Nama Isteri Hafizh Syahrin: Noor Suzana Abdul Manaf (@suzanamnf)
Laman sosial Hafizh Syahrin:
Twitter Hafizh Syahrin: https://twitter.com/hafizh_pescao55?lang=en
Twitter Hafizh Syahrin: https://twitter.com/hafizh_pescao55?lang=en
Instagram Hafizh Syahrin: https://www.instagram.com/hafizh_syahrin
Facebook rasmi Hafizh Syahrin: Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao
Instagram Pasukan Hafizh Syahrin: https://www.instagram.com/monsteryamahatech3/
HELMET yang diguna Hafizh Syahrin: 2018 Helmet X-lite X803 Monster Energy Nolangroup Design by MRD Racing Designs HS|55
HELMET yang diguna Hafizh Syahrin: 2018 Helmet X-lite X803 Monster Energy Nolangroup Design by MRD Racing Designs HS|55
Antara profile beliau yang lain:
Jnetera 2018 |
Jentera 2019 (Sumber) |
“If you want something, you gotta work for it; think and plan to get it. Lepak (hang out) less and cut down on the teh tarik sessions. Do stuff that are more productive. There’s always a sacrifice to make to meet your dreams, and don’t race on the streets,” - Hafizh Syahrin
Khairul Idham Pawi
Selepas mendapat tiket wildcard ke Aragon GP pada tahun 2015, pasukan Honda Team Asia telah menandatangani pelumba Malaysia yang berasal dari Perak ini untuk musim penuh (Moto3) 2016. Keputusan tersebut ternyata tepat kerana setakat ini Khairul telah mencatat dua kemenangan di Argentina dan Jerman dalam keadaan trek basah. Terbukti seorang pakar hujan. Pada 2017, beliau menyertai Moto2 bergandingan bersama pelumba Jepun Tetsuta Nagashima dengan menggunakan jentera Kalex. Khairul Idham Pawi akan menyertai (Moto2) PETRONAS Sepang Racing pada musim depan (2019).
- Tangkas di litar basah, sehingga Khairul Idham Pawi digelar SUPERKIP.
Menarik dan pernah viral: Elak 'disembur arak', Khairul Idham dipuji netizen
Laman sosial Khairul Idham Pawi:
Facebook Khairul Idham Pawi: https://www.facebook.com/sportperson89
Instagram Khairul Idham Pawi: https://www.instagram.com/khairulidham89/
Twitter Khairul Idham Pawi: https://twitter.com/khairulidham89
Twitter pasukan: https://twitter.com/honda_team_asia
Biodata Khairul Idham Pawi:
Pasukan: IDEMITSU Honda Team Asia
Motorsikal: Kalex
Asal: Perak
Tarikh lahir: 20/Sep/1998
Berat: 63 kg
Tinggi: 169 cm
Antara profile beliau yang lain:
https://www.motorsport.com | http://www.motogp.com | https://www.bookmoto.com
Antara profile beliau yang lain:
https://www.motorsport.com | http://www.motogp.com | https://www.bookmoto.com
Lain-lain:
Adam Norrodin
Remaja kelahiran negeri Johor ini telah menggunakan peluang debut 2016 dengan cukup baik bersama Pasukan Drive M7 SIC Racing, mengutip 5 mata daripada sembilan perlumbaan pada tahun ini. Selain dari persembahan musim pertama beliau yang memberangsangkan ini, Adam juga mempunyai banyak pengalaman berlumba di beberapa kategori perlumbaan antarabangsa termasuk FIM CEV Moto3 Championship, Asia Talent Cup, FIM CEV Moto3 Junior World Championship dan Asia Talent Cup pada 2014 dan 2015 berturut-turut. 2016, Adam mula menyertai Moto3 dalam pasukan Drive M7 SIC Racing Team. Pada musim 2018, Adam Norrodin bersama pasukan Petronas Sprinta Racing, mencipta rekod terbaik sewaktu di GP Argentina apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam saingan Moto3.
Pada musim depan (bermula 2019), Adam Norrodin akan menyertai Kejuaraan Remaja di Sepanyol (CEV) Moto 2.
Menarik dan pernah viral: (Video) Tindakan Adam bangun tolak motosikal menuju garisan penamat emosi penonton tersentuh
Biodata Adam Norrodin:
Pasukan: Petronas Sprinta Racing
Motorsikal: Honda
Asal: Johor Bahru, Malaysia
Tarikh lahir: 13/Jun/1998
Berat: 58 kg
Tinggi: 169 cm
Laman sosial Adam Norrodin:
Instagram: https://www.instagram.com/adamnorrodin07Laman sosial Adam Norrodin:
Facebook: https://www.facebook.com/adamnorrodin
Twitter: https://twitter.com/adamnorrodin07
Antara profile beliau yang lain:
http://www.motogp.com | https://www.motorsport.com
Lain-lain:
Litar Sepang, Malaysia. (https://www.sepangcircuit.com) |
BERITA LAIN:
- 7 Pelumba Malaysia Yang Berjaya Ke Kejuaraan Dunia
- Razali gigih bentuk pelumba muda
- Gambar sekitar Moto GP Malaysia (1)
- Gambar sekitar Moto GP Malaysia (2)
- http://www.bikesrepublic.com
- Petronas Yamaha Sepang Racing Team umumkan pelumba MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk musim 2019
SEKALI LAGI TAHNIAH DAN MOGA TERUS MAJU JAYA BUAT SEMUANYA! MALAYSIA BOLEH!
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.