Tempoh hari saya terbaca Dr. Afiq Rahim berkongsi tentang scam kesihatan: produk beracun untuk orang awam. Katanya orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk-produk kesihatan yang dibeli di pasaran adalah produk yang berdaftar.
Sekiranya sudah terbeli atau terguna, boleh menghentikan pengambilan produk. Dan sekiranya mempunyai kesan sampingan daripada produk tersebut, segera ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: Facebook Dr Afiq Rahim
Ada tiga cara mudah untuk menyemak kesahihan sesuatu produk kesihatan?
1. Menyemak produk dengan melayari laman web: https://www.npra.gov.my
2. Menghubungi NPRA di talian 03-78835400.
3. Memuat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma melalui Play Store.
Jika mensyaki bahawa ada produk ini adalah satu scam kesihatan. Bagaimana saya boleh membuat aduan?
Orang ramai digalakkan untuk mengemukakan aduan berkenaan produk kesihatan kepada pihak BPF, KKM melalui dua cara mudah iaitu:
1. Melaporkannya di laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau
2.Melaporkannya melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my .
Laman sosial Dr.Afiq Rahim:
Laman web Dr.Afiq Rahim: https://drafiqrahim.com/
Berguna untuk bacaan:
- Kenyataan Akhbar KPK 5 November 2018 – RM300 Ribu Produk Campurpalsu Dengan Racun dan Tidak Berdaftar Dirampas
- SENARAI 177 PRODUK KOSMETIK BERACUN - KKM
- APA ITU SCAM KESIHATAN DAN 7 TIPS MEMAHAMINYA
- Banned Product (Senarai Produk Yang Diharamkan)
- Kenyataan Akhbar Y.B. Menteri Kesihatan Malaysia
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.