Quran Tag With Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah adalah rancangan penuh islamik, pengisian dan refleksi berepisod ditayangkan di channel 125; Astro Naura. Setiap episod menampilkan topik, perkongsian dan tetamu undangan yang berbeza. Quran Tag dalam rancangan ini bermaksud ada ayat al-Quran yang dibaca serta ditandakan pada episod tersebut yang sesuai dengan topik yang dibincangkan.
Ustazah Liyana Musfirah Anwar sangat dikenali di Singapura; sering berkongsi ilmu al-Quran dengan ramai pengikutnya di media sosial. Ayesha Syahira yang juga pengacara pula adalah seorang yang selalu ingin berdakwah dan berkongsi kebaikan kepada orang ramai.
Kali ini saya ingin kongsikan video Quran Tag With Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah ketika Siti Nordiana menjadi tetamu jemputannya.
Video asal: https://www.youtube.com/watch?v=FiaJa6fYaJQ
- "Nak kebaikan pada anak Nana, Nana kena mulakan dari diri Nana dulu."
- Nana ada baca buku La Tahzan kawan bagi. Help me a lot.
Quran tagging pada episod kali ini:
1. Surah at-Taubah ayat 40 - Allah sentiasa bersama kita
2. Surah Yusuf ayat 87 - Jangan putus asa. Susah sekali macam mana pun jangan putus asa dengan rahmat Allah. Nikmat ujian itu menjadikan kita pada hari ini."Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - (Maksud At-Taubah 9:40)
3. Surah al-Balad ayat 4 - kesenangan juga ujian"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"."- (Maksud Yusuf 12:87)
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);" - (Maksud Al-Balad 90:4)(+) Ayat 155-157, surah al-Baqarah:
- Kita akan ditakutkan / uji atau kekurangan dengan kelaparan, rezeki, nyawa, harta. Bagi siapa yang sabar ada berita gembira."Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."- (Maksud Ayat 155-157 surah al-Baqarah)
- Kesulitan ini benda biasa. Ujian akan Allah bagi pelbagai bentuk. Akan ada berita gembira.
- Siapa terkena musibah: Sebut Inalillah wa inna ilaihi rojiun.
- Allah sentiasa bersama kita.
- Ujian kita besar, ada ujian orang lagi besar.
Bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW. Dan Nabi-Nabi lain. Jika mereka doa saja Tuhan boleh tarik balik ujian, tapi mereka sabar. Sebab tahu jika sabar, dapat berita gembira.
Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah |
Siti Nordiana Alias |
Moga perkongsian melalui rancangan ini, bermanfaat. Insya-Allah.
Instagram Ayesha Syahira: https://www.instagram.com/ayeshasyahira/
Instagram Ustazah Liyana Musfirah: https://www.instagram.com/liyanamusfira/
Instagram Siti Nordiana: https://www.instagram.com/sitinordiana/
Pautan lain yang berkenaan:
- Instagram Naurashares
- http://www.surah.my
- https://www.beritaharian.sg
1 yang menasihati
Tak pernah tengok lagi rancangan ni. Nak kena tontonlah lepas ni. [^__^]
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.