Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Akhlak Remaja Masa Kini (oleh Heliza Helmi & Ustaz Hariri - Pink Point TV Al-Hijrah)

Tempoh hari saya ada menonton saudari aktivis kita, Heliza Helmi dan Ustaz Hariri yang menjadi  panel jemputan untuk rancangan siaran langsung bual bicara di TV Alhijrah; Pink Point (Musim 2). Topiknya sangat dekat dengan ramai remaja iaitu; "Akhlak Remaja Masa Kini." Di sini saya kongsikan sedikit kata-kata dan pesanan mereka yang terlibat. Moga bermanfaat. insya-Allah.

Pesan HELIZA HELMI:
- Kita semua agen dakwah
- Hidup ada matlamat. Contoh nak selawat 1000 sehari misalnya.
- Post dekat internet bagi motivasi ke diri. Kita suruh mesti kita malu kalau tak buat
- Kita kena berfikiran akhirat. Saya jumpa anak-anak Syria mereka tak sempat fikir tentang lain. Kita kalau nak tulis atau sebar aib, kita fikir adakah betul aku tulis, sebab akan ditanya balik. Lepas tu fikir kalau ajal kita tengah buat tu.
- Kata Imam Hassan al-Basri pasal dakwah:
“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan.” -(Imam Hassan Al-Basri)
Pesan USTAZ HARIRI :
- Jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita.
- Anak belajar daripada melihat.
- Bersyukurlah Allah tutup aib kita.
- Dilarang buka aib sendiri.

Video asal: https://alhijrahmedia.com/pink-point-musim-2-akhlak-remaja-masa-kini/

Sumber gambar: https://alhijrahmedia.com


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top