Pengambilan ubat di bulan puasa


Setiap muslim aqil baligh adalah diwajibkan berpuasa. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan menahan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar (masuk waktu subuh) sehinggalah terbenam matahari (masuk waktu maghrib) iaitu lebih kurang 14 jam sehari.
Namun begitu, mengikut pandangan agama dan perubatan secara khususnya, orang sakit adalah diharuskan untuk meninggalkan puasa sekiranya tidak mampu. Mereka wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan itu (qada). Sekiranya mereka masih mahu berpuasa, pengawasan yang rapi adalah diperlukan. Jika memudaratkan, mereka wajib untuk berbuka. Bagi pesakit kronik dan wanita hamil, mereka seharusnya mendapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sekiranya ingin berpuasa. Secara umumnya, mereka boleh menjalani ibadah puasa dengan baik, dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat, mengawal pemakanan dan mengikut nasihat daripada doktor.

Cara Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa



Penggunaan Ubat Dan Alat-Alatan Perubatan Semasa Berpuasa

Panduan ringkas berkenaan ubat yang membatalkan dan tidak membatalkan puasa. Biasanya semua tiada kekeliruan melainkan isu penggunaan inhaler.

- Pendapat JAKIM (Guna inhaler batal) - https://www.facebook.com/DakwahJakim

- Pendapat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) (Guna inhaler tidak batal) - http://www.muftiwp.gov.my

Memetik artikel WP:  "Isu ini adalah isu khilafiyah yang banyak dibincangkan oleh para ulama’ terutamanya dari golongan mu’asirin (semasa). Ini disebabkan perkembangan teknologi perubatan yang mana tidak dibincangkan pada zaman dahulu secara khusus. Setiap perbincangan yang hendak diputuskan hendaklah difahami pengertian terlebih dahulu kerana satu gambaran yang benar dan betul boleh memberi kefahaman yang baik kepada kita"

Fatwa JAKIM, inhaler membatalkan puasa. Sebab itu semua guideline dan infografik KKM menggunakan pendapat ini. Tapi Mufti WP telah memberi pandangan inhaler tidak membatalkan puasa. Pesakit boleh pilih mana pendapat yang lebih selesa.




Gambar: @501Awani
- DIABETES DAN PUASA (2) - Izzahrph

Antara kebaikan berpuasa untuk pesakit diabetes:
  • Menurunkan BMI
  • Meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Menambahbaik kawalan gula utk pesakit diabetes
  • Menurunkan tekanan darah/BP semasa berpuas
Namun ada risiko berpuasa untuk pesakit diabetes:  Iaitu Hypoglycemia / Hipoglisemia (Rujuk gambar)

- Antibiotik (UbatOhUbat)
- Medical Mythbusters Malaysia


Sumber gambar: Mufti Wilayah Persekutuan (Facebook | Laman web)

Hukum berkumur guna cecair pembersih mulut

Hukum pengsan dibius ketika bulan puasa

Hukum guna inhaler ketika berpuasa

Hukum derma darah dan berbekam ketika bulan puasa

Hukum cabut gigi di sing hari bulan puasa / Ramadan

Hukum guna eye-mo kettika berpuasa

Hukum suntikan melalui urat ketika berpuasa

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top