Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Transfer duit guna ATM CDM Tanpa Kad (Cash Deposit Machine)


Di bawah ini saya kongsikan koleksi tutorial video buat pindahan / transfer duit tanpa kad guna mesin CDM. Saya terangkan dahulu, di bank akan beberapa jenis mesin, antaranya:

- ATM, ini guna kad (keluarkan duit macam biasa)
- CDM (Cash Deposit Machine, untuk bayar / masuk duit) 
- dan satu lagi mesin untuk cek.

Baiklah, jika anda jumpa mesin ATM yang guna kad dan ada logo MEPS, dengan mesin itu anda boleh guna kad mana-mana bank untuk pindahkan / transfer duit ke mana-mana bank lain, dalam arahan mesin tu nanti akan ada cakap pasal bank lain nanti boleh pilih. Itu mesin ATM dan guna kad. Ya ATM. Contoh, anda bank BSN, bawa kad ke bank CIMB dan pindah ke bank MAYBANK, boleh! Pastikan ada logo MEPS pada mesin ATM itu. Baiklah, itu guna kad. Yang guna kad ni hujung sekali artikel ini saya ada kongsi videonya.
Artikel lain berkaitan:  Cara transfer duit ke bank lain melalui mesin ATM BSN (IBFT)
Tapi artikel ini kita cerita yang transfer tanpa kad pula. Manakala mesin CDM pula (yang tulis Cash Deposit Machine), yang memang khas untuk masukkan duit dan tak perlu kad tu, boleh bayar ke bank yang sama dengan di mana mesin itu berada (CIMB unuk CIMB, MAYBANK untuk MAYBANK misalnya), yang penting bawa jumlah wang yang cukup dan bersedia dengan nombor akaun penerima. Mesin apa tadi yang tak guna kad itu? Ya, mesin CDM. Pindahan duit masuk pada hari yang sama.

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM MAYBANK)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
3. Pilih ya
4. Pilih deposit tunai
5. Masukkan nombor akaun
6. Tekan ya
7. Semak nama dan nombor akaun
8. Masukkan duit di ruang duit
9. Sahkan jika betul klik ya, ambil reset dan selesai!

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM CIMB)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
3. Pilih akaun bank / kad kredit
4. Masukkan nombor akaun
5. Tekan ya
6. Semak nama dan nombor akaun
7. Masukkan duit di ruang duit
8. Sahkan jika (Jika betul klik terima, jika mahu tambah klik tambah)
9. Ambil resit dan selesai!

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM BSN)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
4. Tekan ya
3. Pilih deposit tunai
5. Pilih Akaun BSN
4. Masukkan nombor akaun penerima
5. Tekan ya
6. Semak nama dan nombor akaun
7. Masukkan duit di ruang duit
8. Semak jika betul
9. Ambil resit dan selesai!

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM BANK ISLAM)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
3. Tekan Bank Islam Deposit Wang
4. Masukkan nombor akaun penerima
5. Tekan ya
6. Semak nama dan nombor akaun, teruskan
7. Masukkan duit di ruang duit
8. Semak jika betul pastikan
9. Ambil resit dan selesai!

Transfer duit guna ATM tanpa kad (CDM PUBLIC BANK)



1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
4. Tekan ya
3. Pilih transfer / interbank payment or transfer
5. Pilih IBG (hari sama tapi tempoh lain) / MEPS (cepat terima)
4. Masukkan amaun
5.Pilih bank mana nak
6. Masukkan nama dan nombor akaun, dan duit
7. Masukkan nombor rujukan (yang boleh jadi rujukan seperti nombor invoice misalnya)
8. Semak jika betul
9. Ambil resit dan selesai!

Baiklah, video bawah ini jika guna kad (di CDM).
Perlu pergi ke mesin ATM yang ada guna kad dan berlogo MEPS.

Transfer duit guna ATM KE bank lain dari bank lain (guna kad)



 1. Tekan enter / mana-mana butang di keypad mesin CDM tersebut
2. Pilih bahasa
3. Masukkan nombor pin, kuning jika salah, hijau untuk teruskan
4. Pilih pindahan antara bank (ada cas dikenakan)
5. Sah untuk teruskan
6. Pilih simpanan atau semasa
7. Pilih bank sendiri atau bank lain sebagaipenerima
8. Masukkan kod bank anda nak masukkan  dan sahkan
6. Masukkan nama dan nombor akaun, sahkan jika betul
7. Masukkan jumlah duit dan sahkan
8. Semak jika betul pastikan, sahkan.

Moga bermanfaat, jika terdapat sebarang keraguan, boleh rujuk laman web asal bank terlibat dan jika sampai di bank, anda tidak tahu, itu boleh bertanya dan merujuk Jaga atau orang yang bekerja di bank tersebut. Insya-Allah.


15 yang menasihati

  1. Anonymous7:22 PM

    Askumm..sy nk mintak tolg, boleh x kalau sy nk kluar kan duit tanpa kad atm.. Sy punya kad tercicir so online pulak kena block aduhh nak urusan dah mlm so macam mana sy nak buat ya... Sy pakai b. Rakyaat

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:40 PM

    Salam. Kalau ada akaun maybank boleh keluar tanpa kad. Tapi sebab ni bank rakyat, saya tidak tahu. Boleh call 1-300-80-5454 untuk tanya. Maaf ya.

    - admin.

    ReplyDelete
  3. Boleh ke nk bank in duit manual memalui cdm bank islam ke maybank?

    ReplyDelete
  4. Berapa limit yg boleh ditransfer melalui cdm maybank,klau campur duit singgit,5 ringgit,10.20.50 mesin boleh detect tak?

    ReplyDelete
  5. Maximum transfer cash deposit Maybank berapa cik?? RM10K terima Tak?

    ReplyDelete
  6. Kalau dari atm bsn hantar ke bank cimb guna atm bsn deposet boleh ke?

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:38 AM

    Lusiah, boleh. Pernah buat. :)
    - admin

    ReplyDelete
  8. Terima kasih..membantu🥰

    ReplyDelete
  9. Boleh tak Klw sye nak transfer duit (cdm) guna agro bank ke ambank tanpa menggunakan kad..

    ReplyDelete
  10. Kalau bank in duit manual dr bsn ke ambank boleh kaa

    ReplyDelete
  11. Sya nak tranfer duit ke bsn tmpat sya cuma ada mesin cdm mybank berapa hari ya duit masuk..?

    ReplyDelete
  12. Boleh x saya transfer duit Bsn tnpa kad ke bank lain guna CDM😅

    ReplyDelete
  13. Boleh ke nk keluarkan duit pakai kad pengenalaln . Public bank

    ReplyDelete
  14. Salam
    .. Ic ada yg sementara.. Kad hilang.. Password lupa plak.. Mcmane nk kuar kn duit ye...bleh bgtau caranye x?? Bank cimb

    ReplyDelete
  15. Area tempat sy ada cdm Bank Rakyat, boleh ke CDM dr BSN (guna card) ke BIMB??

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.









Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top