Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Review buku) Signature Jalanan & Empayar 2 oleh Teme Abdullah


(Review) Signature Jalanan & Empayar 2 oleh Teme Abdullah | Teme Abdullah (Teme), nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada ramai pembaca (muda terutamanya). Bukunya pernah memenangi anugerah buku dan pernah tersenarai di antara buku-buku yang mencapai tahap jualan best seller di kedai-kedai buku terkemuka. Baginya itu adalah hadiah dan pencapaian untuk semua pembacanya yang setia. Teme memang sangat menghargai para peminat tulisan-tulisan beliau.

Baiklah, jika sebelum ini saya ada menulis review tentang buku siri Jalanan Teme yang lain seperti  Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan dan Impian Jalanan serta Empayar (Hikayat Putera Tanpa Nama) di sini: Buku Empayar Teme Abdullah dan siri 'Jalanan' | Siapa Teme?

Jika adik-adik rasa nak mula berkenalan dengan penulisan Teme, sesuai beli Signature Jalanan. Setakat ini, latar cerita dia paling 'muda' dalam banyak-banyak siri Jalanan Teme. Cerita zaman sekolah 'Ben' , kawan-kawan, hobi dan sokongan orang di sekeliling.

"Dalam masa yang sama.... Aku tetap percaya yang ada orang memang dikurniakan kelebihan daripada Allah out of newhere. Boleh jadi itu kelebihan yang mendekatkan dia dengan Allah...Boleh jadi itu kelebihan yang jauhkan dia dengan Allah." - Curahan Hati, ms 173.
"Tadi kau kata ada satu benda yang kita boleh kawalkan? Apa?" Joe ingin tahu.
"Mentaliti.. kita boleh kawal mentaliti kita sendiri. Adakah kita nak terus merungut, fikir negatif, dan meratap..., atau terima hakikat yang perkara tu ketentuan dan fikir cara nak hidup dengan benda tu. Dengan mentaliti yang betul, kita bukan saja boleh survive. Tapi kita boleh pergi jauh dari orang lain." jawab Ben. - Curahan hari, muka surat 181.
Harapnya dengan keputusan ini, Joe tidak lagi merasakan dirinya dilahirkan bodoh berbanding orang lain. Semua orang boleh berjaya dengan usaha. Tiada manusia yang lahir-lahir terus menguasai segala ilmu. - Curang, muka surat 222
Ben berkata lagi, "Tak semestinya rezeki Allah tu datang dalam bentuk result saja. Allah Maha Melihat. Allah Maha Adil. Boleh jadi Allah balas usaha dan pengorbanan dengan kesihatan, keluarga yang bahagia, maybe isteri yang solehah juga one day... anak-anak yang soleh dan solehah ... or even better, Allah rezekikan kau dengan syurga,

Faman ya'mal mitsqaala dzaratin khairay yarah*... Allah dah kata, 'Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya."- Keputusan, muka surat 293
*(Surah al-Zalzalah, surah ke-99, ayat ketujuh).


Manakala Empayar 2 (Hikayat mukjizat daripada iblis) pula memaparkan sisi kematangan Teme dalam penulisan novel berlatarkan sejarah. Masih menyelitkan kritikan sosial, jalan ceritanya makin baik dan padat berbanding yang pertama. Bab yang menarik perhatian saya adalah Kubu dan bab Nikah. Ada disentuh juga tentang ajaran sesat, pembelotan dan penunggang agama.

Melalui novel Empayar 2 ini juga kita diajar untuk tidak terlalu taksub dalam menyokong atau mempercayai seseorang. Perlu bersederhana dan sentiasa meminta pertolongan-Nya. Malahan jangan pula terlalu cepat menilai dan berprasangka, namun tetap perlu hati-hati. Ini mampu menyelamatkan kita dalam banyak hal. Watak Bachok Andika serta yang lain-lain digambarkan dengan begitu baik oeh Teme. Hujung jalan ceritanya novel ini sangat menarik dan kita ternanti juga sambungannya!

Semoga terus kongsi yang baik-baik, saudara Teme.

- Ini pautan (link) untuk dapatkan buku-buku tulisan Teme Abdullah: https://www.imanshoppe.com/collections/teme-abdullah 


*** Sumber gambar utama: Instagram @itsteme (Teme Abdullah)

1 yang menasihati

  1. As a blogger. we must always learn and reading quality post. like this one advertorial blogger isn't?

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top