Siapa yang tidak pernah dikutuk, diperli atau dihina dengan penampilan dan rupa mereka? Kebanyakan kita, pernah. Malahan sudah bertahun kita didedahkan dengan jenaka body shaming ini di pertandingan lawak di kaca tv dan perkara melibatkan fizikal dan penampilan ini juga sering menjadi modal pengacara popular (yang kebanyakan juga pelawak).
Kemuncak perkara ini terjadi apabila bermulanya satu usikan seorang juri (yang juga penyanyi) terhadap penampilan fizikal pengacara di kaca tv dalam rancangan realiti tv popular, sehingga viral dan diperkatakan netizen. Namun dapat diselesaikan dengan baik kedua belah pihak.
Kemudian perkara ini diperkatakan sekali netizen, apabila isu body shaming tak kelakar dan pengakuan mangsa buli keluar di rancangan televisyen (tetamu episod body shaming tersebut adalah model albino dan influencer; Azfar, seorang jejaka sado dan artis serba boleh, Zulin Aziz).
Tahukah kita bahawa body shaming itu satu jenayah?
Tahukah anda body shaming yang bermaksud perbuatan mengejek fizikal seseorang itu adalah merupakan satu kesalahan jenayah? Apatah lagi jika anda memuat naik di media sosial atau social network.
Tahukah anda body shaming yang bermaksud perbuatan mengejek fizikal seseorang itu adalah merupakan satu kesalahan jenayah? Apatah lagi jika anda memuat naik di media sosial atau social network.
Menerusi facebook Polis Diraja Malaysia, berkata: Mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1) (b), seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang membuat kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mangsa boleh terus membuat laporan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus membuat laporan di SKMM untuk tindakan selanjutnya.Kumpulkan semua bukti dan jangan takut mempertahankan hak sendri.
Perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada mangsa antaranya stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan serta perbuatan membunuh diri.
Ayuh jauhi budaya ‘body shaming' dan sentiasa peka dengan sensitiviti rakan atau orang di sekeliling kita. Jangan jadi kak buli dan hati-hatilah dengan kata-kata kata dan perbuatan kita sendiri.
*Sumber gambar: facebook PDRM
*Jangan mudah menghina, kita tak tahu sudahnya kita bagaimana. Nah, sebagai selingan, tonton drama keinsafan yang viral ini: Insan Terpilih.
.
2 yang menasihati
kaaaannnn.. biar consider satu jenayah bagus !! by the way tak faham why you have to cakap buruk pasal orang. duduk jela diam2 kan..
ReplyDeleteTerima Kasih atas perkongsian yang diberi, sewajarnya body shamming adalah satu jenayah
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.