2019: Jumpa sahabat alam maya, sahabat yang lama tak jumpa serta dapat souvenir pelbagai negara!


Maaf untuk tajuk yang panjang untu penutup 2019 ini! Ini adalah penulisan yang sedikit (mungkin banyak) yang terlewatkan. Pertemuan-pertemuan manis dengan sahabat belajar yang kita sayang, sahabat internet (buat pertama kali), kedatangan sahabat yang 11 tahun lalu kali terakhir bertemunya dan mendapat cenderahati percutian daripada sahabat-sahabat manis tersayang (ya! Sahabat alam maya sayalah).

Sahabat alam maya
Ainul Mardhiyyah - Ini sebenarnya perancangan spontan. Ketika dalam satu perjalanan bersama emak, adik, ayah DD dan wan uda. Tiba-tiba ayah DD kata dia mahu ke Galeri Ilmu. Dan kami tiba pun waktu itu lunch hour. Jadi melihatkan di dinding pejabat, tertera nama dan gambar sahabat seorang ini, jadi saya cuba tanya jika dia ada. Ya! Dia tak keluar lagi ya. Nervousnya saya. Dia antara manusia yang saya kagum dan penulis kegemaran juga, okay! 

Orangnya sangat manis (lebih daripada yang kita lihat di internet!), peramah dan sangat baik. Untuk pertama kali jumpa, dia berjaya buat saya selesa. Moga kita berezeki dipertemukan lagi, ya Ainul!

Yang sudi datang jauh-jauh


Sebenarnya saya sedang tak percaya, apabila Nad dan Fik suarakan hajat yang mereka nak singgah rumah dalam Syawal tempoh hari. Saya tahu betapa Bagan Datuk tidaklah begitu dekat dengan lokasi keberadaan mereka. Namun persinggahan manis dan di luar jangka ini meninggalkan kenangan yang cukup kuat buat kami sekeluarga. Datang berempat bersama dua anak mereka, Fik dan Nad yang merupakan sahabat USM kami,begitu ikhlas berbual dan menyantuni kami (terutama adik saya, Hafiz). Terima kasih banyak, moga baik-baik selalu untuk Nad dan Fik sekeluarga. 

Bertemu sahabat lama di hari raya



Nana - sahabat sejak tadika
Oh ya, kedatangan kami ke rumah mertua sahabat sejak tadika, Roszana pada hari raya lalu, disantuni dengan baik sekali. Dia yang baru kehilangan kakak tersayang (al-fatihah buat Rosliza Kasim), begitu tenang melayani kami. Dengan mee dan kuih-muih yang sedap, Nana tetap melemparkan senyuman manisnya. Hero-heroinnya sangat menghiburkan kami. uat NANA, moga terus kuat dan baik-baik selalu ya. Terima kasih sudi terima kami.

Imani - sahabat sekolah menengah
Imani saya dapat jumpanya sekejap namun tetap manis. Dia tetap Iman yang saya kenal dulu. Cantiknya, keramahannya serta tenangnya. Sudah mempunyai tiga orang anak, rumah Iman ini hampir kami terlepas sebenarnya. Alhamdulillah berezeki bertemu juga. Terima kasih sudi luangkan masa walaupun dia perlu bergegas mengambil anaknya selepas itu. Maaf ya, Man.

Tiara - adik PLKN saya
Yang ni jauh sedikit namun seronok. Kebetulan hari sama kami berusaha menjejak rumah sahabat sekerja mak satu ketika dahulu. Dengan beberapa pertanyaan dan pencarian di kampung Sungai Serdang, akhirnya kami jumpa juga rumah sahabat mak, Acik Nadiah itu. Paling menarik, dia telah berpindah di kawasan berdekatan rumah Tiara, Banting! Menarik bukan? Alhamduillah. Allah sebaik-baik perancang. Terima kasih Tiara sekeluarga yang sudi menyantuni kami semua termasuk ayah DD dan Wan Uda. Pandai betul awak masak. Semoga berjaya dunia akhirat juga buat Tiara western di Melaka itu, dik.

Hadiah/kemenangan/percuma: THANK YOU SEMUA!


  • PeriFixiMerdeka (bagi 3 buku percuma Fixi!)
  • Pusat Cermin Mata Intan (mereka bagi contact lenses!)
  • Giveaway Senjalawa EgyAzira (dapat plated shawl).
  •  
    Terima kasih semua.
Hadiah, souvenir (fridge magnet) & sokongan

Terima kasih untuk kesudian/kejutan serta tanda mata:

Hadiah hari jadi daripada Nadzrah
  • Adik baby comel kita! Thank you Nisa Afina bagi kita 2 helai tudung labuh yang cantik. Kita suka! Juga kesudian berkongsi cerita.
  • Ain (Rizqiana), terima kasih untuk buah tangan Dari Korea dan peringatan serta perkongsian yang baik-baik.
  • Terima kasih Jazlina selalu tegur kita dan bagi kad raya.
  • Fridge magnet dari Kashmir, terima kasih banyak Ziera Ramli. Adik seorang ni tak pernah tak manis. Cikgu yang suka senyum!
  • Yiyin; perkenalan dengan sahabat manis seorang di ni secara tiba-tiba di internet. Kami masing-masing ada artis kegemaran. Seorang yang sangat manis apabila tersenyum, Yiyin sangat pemurah dengan memberi banyak tanda mata kepada saya. Dia ni, bukan wajah saja manis, perangai pun sama!
  • Nabillah Misran, gadis manis baik hati ni sudi bagi beg tangan percuma. Mak kita suka! Terima kasih.
  • Nadiah Rafie - seorang yang sangat tenang dan manis, Nadiah sudi belikan fridge magnet kita kirim dari Santorini. Terima kasih, awak.
  • Terima kasih juga buat Lulip, sudi belanja famili kita kfc, walaupun dari jarak jauh! Awak comel! Terima kasih untuk perkenalan kita dan toleransi awak.
  • Buat Cik Langit saya, Farhah comel, terima kasih sudi belanja kami egg pop corn yang sedap. Allah, awak tahu tak awak ni penuh dengan kejutan yang manis? Terima kasih tau, untuk semuanya.
  • Afiqah Omar, terima kasih untuk tanda mata dari Jepun itu. Terima kasih kerana sudi berkongsi perkara-perkara baik dan best di internet!
  • Tak lupa juga buat Cik Bintang saya, Nadzrah Rahim (untuk hadiah hari lahir yang unik dan comel), 
  • Buat Kak Fatimah Hamsi, Timah kawan Nadzrah, Yaya, terima kasih juga selalu tegur. Tak lupa juga buat Ann, yang ingat akak lagi.
  • Kak Cheryna (Sha) saya (yang selalu usik saya di twitter dengan lirik yang best), adik DJ saya; Iza Izureen, Farid, Izza Syafinaz serta Deen yang sentiasa ada, dan bertanya khabar. Juga buat EDL dan Eppy Eoshi. 
  • Geng Noname - Kak Iza, Eyin, Wos, Ma, Ayu dan Ani yang sentiasa menemani walaupun jauh.
  • Juga buat semua saudara-mara dan sahabat baik hati yang rajin respon post saya, terima kasih!
  • Last but not least -- Ashikin, thank you juga awak untuk semuanya! :)
Dan akhir sekali, untuk semua yang sudi baca, komen, kongsi serta mengikuti arnamee blogspot sepanjang tahun ini dan sebelum lagi. Moga jangan cepat jemu ya untuk terus baca. Maaf untuk kekurangan. Terima kasih banyak-banyak!

Haza min fadhli rabbi. Ini adalah artikel penghargaan. Ahamdulillah untuk semua rezeki daripada-Nya. Moga yang baik kita syukur dan kongsikan. Yang tidak, pada 2019 ini jadikan pengajaran. Terima kasih 2019. Selamat datang 2020!



2 yang menasihati

  1. Alhamdulillah pertemuan yang sangat bermakna semuanya. Semoga urusan Anem sentiasa dipermudahkan-Nya. Selamat tahun baru 2020, Anem. =)

    ReplyDelete
  2. sangat seronok bila berjumpa rakan-rakan.lebih-lebih lagi bila la tak jumpa.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top