Jangan panik, Influenza berlaku sepanjang tahun di negara kita. Walaupun berlaku peningkatan kes, namun tiada sebarang kelainan atau perubahan/mutasi pada virus Influenza. Influenza di negara kita sama spt dilaporkan WHO berlaku di negara-negara tropika lain.
Gejala Influenza |
Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.
Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya
Jika anda ada selsema, pakai penutup hidung/mulut (mask) supaya tak berjangkit dgn org lain. Rehat secukupnya. Selepas batuk dan bersin. Anda juga kena basuh tangan selepas sentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, telinga, hidung dan lain-lain anggota badan.
Bagaimana anda boleh elak jangkitan Influenza daripada merebak?
- Jika anda bersin atau batuk, anda perlu:
- Tutup mulut dan hidung dgn tisu atau sapu tangan.
-. Buang tisu itu dlm tong sampah.
- tutup mulut ketika bersin dan batuk
- Jangan kongsi sapu tangan yg sudah anda gunakan itu.
- Basuh tangan dengan sabun (kerap)
- Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital
- Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah
- Jika tidak sihat, kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH.
Jauhi risiko influenza:
1. Jauhi tempat sesak (seperti pusat beli belah jika anda dijangkiti Influenza)
2. Pakai penutup muka dan hidung (mask).
3. Sentiasa basuh tangan dgn sabun
4. Minum air secukupnya
5. Rehat secukupnya
6. Elakkan stress
Jika anda mengalami gejala-gejala ini:
1. Demam✔️
2. Selesema✔️
3. Batuk✔️
4. Sakit tekak✔️
5. Sakit kepala✔️
6. Sakit badan✔️
Antara simptom-symptom Influenza A adalah
- demam dan menggigil
- demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
- sakit kepala dan otot
- sakit tekak dan batuk
- selsema
Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.
Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom:
- SESAK NAFAS
- NAFAS LAJU
- DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN
- KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN
- KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA)
Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah:
- SAKIT DADA
- SESAK NAFAS
- KEBINGUNGAN
- MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN
- SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA
Segera berjumpa doktor jika gejala ini bertambah teruk.
Anda mungkin dijangkiti INFLUENZA. Elak tempat tumpuan ramai, elak virus daripada merebak.
Rawatan bagi Influenza A adalah:
- rehat di rumah
- kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
- makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
- ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor
Ubat antiviral dan vaksin Influenza adalah ubat terkawal dan tidak boleh dibeli secara dalam talian atau online.
1. Siapakah yang disyorkan ambil vaksin influenza?
a. Wanita yang hamil pada setiap peringkat kehamilan
b. Kanak-kanak dari umur 6 bulan
c. Orang tua >65 tahun
d. Individu dengan masalah kesihatan kronik (asthma, masalah paru-paru kronik, masalah jantung
e. Kakitangan kesihatan
Orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin Influenza boleh mendapatkan suntikan tersebut di fasiliti kesihatan swasta.
Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi sepert:
- Bayi
- Kanak-kanak kecil
- Warga emas
- Wanita hamil
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan
Sumber : 1) https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu
- https://twitter.com/KKMPutrajaya
- https://twitter.com/ctsarahaishah/status/1215252023479717889
- https://twitter.com/azrin_omar/status/1217991749013913600https://mypositiveparenting.org/ms/2016/03/24/panduan-mengenai-influenza-untuk-ibu-bapa/
- http://www.astroawani.com/berita-malaysia/satu-daripada-empat-kanak-kanak-dijangkiti-influenza-pakar-runding-pediatrik-192221
- https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/posts/1615758365181322
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.