Cara mengatasi insomnia (susah tidur malam)

Baru-baru, Doktor Nimelesh Balanthiren ada berkongsi tentang insomnia di laman twitter beliau: @HausofHilton, jadi dengan keizinan beliau (terima kasih), saya kongsikan semula perkongsian tersebut di sini. Moga bermanfaat.


Pertama kali persoalannya apa itu Insomnia? Insomnia bermaksud  Insomnia adalah perasaan subjektif di mana seseorang itu merasakan bahawa beliau kekurangan tidur atau rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya. Masalah tidur adalah berasaskan kepada keluhan seseorang itu mengenai ketidakcukupan tidur atau terdapat mengganggu kepada fungsi harian mereka.
Tanda tidur yang mencukupi adalah apabila seseorang itu bangun dari tidur dengan merasa bertenaga dan puas.
Fisiologi tidur berubah dengan peningkatan umur. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah jumlah jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu dapat merehatkan diri dari segi fizikal dan minda.

Tanda-tanda dan gejala insomnia

-Sukar untuk mula tidur (jumlah masa yang diambil daripada masa melelapkan mata sehingga masa mulanya tidur)
-Bertambahnya masa tidur yang tidak nyenyak
-Kerap terjaga lebih awal daripada masa bangun biasa
-Merasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari

Insomnia mempunyai banyak sebab nya, tapi antara salah satu cara untuk mengatasi insomnia adalah dengan "sleep hygiene"

Cara-cara mengatasi insomnia (susah tidur malam):

1. Anda kena lihat apa yang akan menolong anda tidur, Contoh mandi air panas sebelum tidur/ dengar musik
2. Sediakan rutin sebelum tidur. Tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan ( Weekend juga )
3. Bersenam setiap hari. Tapi jangan buat senaman berat sebelum masa nak tidur.
4. Elakkan tidur waktu petang
5. Jangan ambil alkohol/kafein pada waktu petang terutamanya sebelum tidur
6. Jangan makan berat 3 jam sebelum tidur
7. Jangan merokok terutamanya waktu malam
8. Jangan ada binatang peliharaan dalam bilik
9. Guna mattress dan pillow yang sesuai dan selesa
10. Pastikan bilik anda gelap dan sunyi. Elakkan benda seperti jam bercahaya dalam bilik
11. Cuba minum susu hangat sebelum tidur
12. Bertanya kepada doktor anda tentang relaxation theraphy, cognitive behavior theraphy etc
13. Berkaitan ubat tidur - ia tidak harus menjadi pilihan pertama sebagai rawatan.

Ubat tidur mempunyai kesan sampingan dan kita boleh ketagih kepada ubat itu. Sekiranya ia dimulakan, sebaiknya ia tidak diambil melebihi 2 minggu.

Pastikan anda buat diary tidur juga. Untuk membantu Doktor anda membuat penilaian tentang masalah anda.

Untuk Medical Students
Most Common Cause of Insomnia
- Drugs
- Anxiety, Stress
- Inappropriate sleep hygiene
- Delirium/Dementia
- Biorhythm disruption (orang yang kerja shift/travel)
- Restless leg syndrome
- Pain (eg Carpal Tunnel Syndrome)
- Physical Disorder (CCF etc)
- Bed Wetting
- Reflux Disease
- Thyroid disorder
- Menopausal symptoms
-Snoring partner
- Lower Urinary tract symptoms with nocturia

Perkongsian rakan twitter lain. Terima kasih.

Semoga dipermudahkan dalam semua urusan kalian, insya-Allah!

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top