Lirik lagu 7 Nasihat - Siti Nurhaliza ft Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik lagu Tujuh Nasihat - Siti Nurhaliza ft Kmy Kmo & Luca Sickta | 20 Februari 2020, penyanyi nombor satu negara; Siti Nurhaliza muncul dengan lagu baru berjudul Tujuh Nasihat (7 Nasihat). Lagu itu ciptaan ‘rapper’, komposer dan penerbit yang semakin meningkat naik iaitu pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta (turut popular dengan lagu Gong Nekara, Nekad & Zuhud - ft M.Nasir) yang turut membuat penampilan istimewa dalam lagu ini.


Kmy Kmo dan Luca Sickta yang memperjuangkan muzik hip hop berkonsepkan ritma atas puisi cukup dikenali dengan karya ciptaan yang sarat dengan tradisi kemelayuan dari segi bunyi dan bahasanya.

Bertunjangkan konsep sama, 7 Nasihat berpaksikan kepada elemen muzik kemelayuan dan bait-bait lirik turut melambangkan kesantunan orang Melayu dalam memberi kritikan sosial menggunakan bahasa kiasan.
Menurut Kak Rozi, 7 nasihat itu terdiri daripada 3 Nasihat daripada Luca Sickta + 3 Nasihat daripada Kmy Kmo + 1 Nasihat daripada Siti Nurhaliza sendiri.
Single ini juga bertujuan untuk mengubat kerinduan peminat Siti sebelum muncul dengan album penuh pada April depan. 7 Nasihat adalah terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini.



Lirik lagu 7 Nasihat - Siti Nurhaliza ft Kmy Kmo & Luca Sickta

(Pre Chorus) (Dato' Siti Nurhaliza)  

Anak pipit jangan tak dihirau,
Gusar esok ke sarang si rimau,
Anak didik harusnya dirisau,
Gusar esok engkau yang dipisau.

(Chorus) 
(Doto' Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta) 

Dulu tunggu diturut balik,
(Dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik,
(Dulu diam sekarang celik)

Dulu tahu waktu balik,
(Dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik.
(Dulu diam sekarang cerdik).

Verse 1 (Dato' Siti Nurhaliza)
Nak dilenturnya buluh biar dari rebungnya,
Kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya,
Nak dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya,
Susun atur mereka sebelum kenal dunia,

Habis main di tanah,
Sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
Bawa pulang masalah,

Tak endah yang sekarang,
Cakap jangan sebarang,
Elok awal dilarang,
Untuk kau jadi orang.

(Chorus) 
(Doto' Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta) 

Dulu tunggu diturut balik,
(Dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik,
(Dulu diam sekarang celik)

Dulu tahu waktu balik,
(Dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik.
(Dulu diam sekarang cerdik).

Verse 2 (Rap Luca Sickta + Kmy Kmo)
Satu,
Hendak berjaya, mendada jangan,
Pastikan, jika malu bertanya sesat jalan,
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun,
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun,

Ke-2 semua nasihat cam petua,
Ketua perlu jua,
Nak sihat sampai tua,
Masuk semua benua,
Pelusuk dalam luar,
Hormat tanpa bersua,
Walau darjah sempoa,

Tiga,
Lain liga lain cara,
Elak geliga dalam rasa media masa,
Dahulu kerna lidah badankan binasa,
Sekarang kerna mata, jemari berbicara,

Cara bicara yang ke 4 semua telinga harus peka,
Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka,
Terlena, dibuai mimpi dek dunia cereka,
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka,

Lima,
Usah dikira kanan kiri,
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri,
Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam,
Lupakan kisah silam, Nilam usah disiram,

Ku siram yang ke-6 biar mekar dalam hati,
Ingati putus urat dan tenaga urat besi,
Korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari,
Bajakan jasa jasa mereka dengan budi budi.

(Pre Chorus) (Dato' Siti Nurhaliza)  

Anak pipit jangan tak dihirau,
Gusar esok ke sarang si rimau,
Anak didik harusnya dirisau,
Gusar esok engkau yang dipisau.

(Chorus) 
(Doto' Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta) 

Dulu tunggu diturut balik,
(Dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik,
(Dulu diam sekarang celik)

Dulu tahu waktu balik,
(Dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik.
(Dulu diam sekarang cerdik).
Kmy Kmo (kiri) dan Luca Sickta
Instagram: Kmy Kmo | Luca Sickta
Berita: 7 Nasihat sarat kemelayuan
Sumber lirik: Khairul Hakimin Muhammad



Lagu: Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top