Cara buat Dalgona Coffee | Kopi Viral (달고나커피)

Gambar: @malayfoodlicious
Dalgona Coffee - Air berasal dari Korea Selatan dan dipopularkan menerusi tiktok ini sedang hangat diperkatakannya. Resepi yang boleh diubahsuai menjadi lebih manis atau kurang manis ikut citarasa kita ini, tiba-tiba menjadi viral di Malaysia. Terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini. Di bawah ini saya sertakan resepi cara membuat Dalgona Coffee oleh Shariffah Sarrah (dengan kebenaran) yang telah dikongsikan beliau di page facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Anda mungkin pernah mendengar Dalgona sebelum ini - ia juga dikenali sebagai ppopgi (뽑기), gula tradisional Korea yang lazimnya dilihat di jalan-jalan Korea.

RESEPI DALGONA COFFEE 

Berikut adalah perkongsian Shariffah Sarrah:

Bahan bahan :-
  • Serbuk kopi/Nescafe
  • Susu segar
  • Gula
  • Air panas
  • Ais (pilihan)
Cara: (A)
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.
*Ada juga yang berkongsi tips, jika tiada mixer/whisk utensil, anda boleh bancuhkan campuran A tadi di dalam botol (yang bukan plastik, misalnya) dan goncangkannya sehingga pekat.
Cara: (B)
Ambil gelas besar. Buh ais kalau taknak ais buh terus susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba makcik, pakcik semua

Tips kurang manis: Pakai gelas besar biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.



Posted by Shariffah Sarrah on Wednesday, 18 March 2020

(Resepi sukatan diubah sedikit dari original untuk rasa yang lebih sedap! Saya kenal resipi ini dari korean, bukan dari artis terima kasih.)



Nampak menarik bukan? Terima kasih Shariffah Sarrah untuk perkongsian! Selamat mencuba semua!

*****

    PERINGATAN:  
     Jika anda mengalami tiga simptom ini, anda tidak digalakkan mencuba air viral ini:
    - Migrain
    - Anxiety
    - Lactose intolerance (alahan disebabkan gula dalam susu atau produk tenusu)
    Selebihnya, atas tanggungjawab anda sendiri.

    Boleh lihat juga perkongsian resepi oleh @Ashril_92, melalui instagram beliau @malayfoodlicious:

    0 yang menasihati:

    Post a Comment

    Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








    Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



    click to te top