Dalam perkembangan isu virus Covid-19 ini, ada beberapa persoalan yang timbul. 3 ini antara dua persoalan yang popular. Kesemuanya di jawab oleh menteri di jabatan perdana menteri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
1. Apa hukum solat pakai face mask?
Rey Canotona bertanya boleh kah jika saya mengerjakan solat di masjid menggunakan topeng muka (mask)? Kerana struktur mask tu dalam keadaan boleh menghalang hidung bersentuhan ketika sujud?
Jawapan ustaz Mufti:
Secara asasnya, makruh di sisi mazhab Syafie utk solat dgn memakai face mask. Boleh jika ada keperluan sebagaimana dinukilkan oleh Ibn al Qudamah dlm al-Mughni. Namun, jika saudara ada simptom tersebut, dinasihatkan untuk solat di rumah.
Rujuk artikel: HUKUM SOLAT DENGAN MEMAKAI PENUTUP MUKA (FACE MASK)
Merujuk artikel: AL-KAFI #1657: HUKUM SOLAT JUMAAT DALAM SUASANA COVID-19
Berdasarkan kepada nas dan pandangan ulama’, kami bahagikan isu ini kepada dua keadaan:
Pertama: Dalam keadaan wabak COVID-19 masih terkawal menurut Kementerian Kesihatan Malaysia
Dalam keadaan ini, solat Jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat seperti:
- Khutbah dipendekkan
- Orang ramai berwuduk di rumah
- Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit
- Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan
Kedua: Dalam keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM)
Dalam keadaan ini, solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Dalam hal ini, terdapat beberapa dawabit:
- Larangan tersebut dengan nasihat pihak yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.
- Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin
Lain-lain: COVID-19: FATWA-FATWA TERKINI BERKAITAN PENANGGUHAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT BERJEMAAH
3. Apakah hukum pakai sanitizer beralkohol ketika solat?
Nurr_ bertanya batalkah wuduk jika guna hand sanitizers 70% alcohol ? Sedikit konfius.
Jawapan ustaz Mufti: Tidak batal.
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
- HUKUM SOLAT JAMAK BAGI PETUGAS COVID-19
- PENAMBAHAN LAFAZ AZAN KETIKA ARAHAN SOLAT DI RUMAH
- HUKUM HAKAM LAIN BERKAITAN COVID-1
- HUKUM SOLAT JAMAK BAGI PETUGAS COVID-19
- PENAMBAHAN LAFAZ AZAN KETIKA ARAHAN SOLAT DI RUMAH
- HUKUM HAKAM LAIN BERKAITAN COVID-1
Jaga diri dan jaga semuanya, baik-baik. Moga diberi kesembuhan, kekuatan dan jalan keluar untuk setiap permasalahan. Insya-Allah. Kita doakan untuk sama-sama, untuk semua.
ANTARA DOA YANG BOLEH DIAMALKAN. |
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.