Usai membaca zine Dua Rahsia Berjabat, tulisan Qurratul 'Ain. Prosanya jujur dan kadangkala mengundang debar dan sabar. Namun manis beliau tak tinggal. Zine ini tidak berat (seperti saya bayangkan), malah sangat dekat sebenarnya (seperti judulnya).
Jujur awalnya, saya takut untuk membaca lanjut tulisan adinda manis seorang ini ketika awal-awal saya berjumpa patah katanya di laman sosial. Mungkin pembacaan saya sebelum ini kebanyakan berbentuk lurus dan dalam kawasan pemikiran dan persekitaran saya sahaja. Namun kini saya berterima kasih kepada diri kerana membenarkan saya untuk cuba dan suka. Sehinggakan saya selesa dan biasa.
Catatan yang saya suka dalam zine ini: Ketiga, Kesembilan, Ketigabelas, Ketujuhbelas, Kesembilanbelas.
Saya suka melihat caranya berfikir. Bayangkan, dengan perkara kecil pun boleh menjadi catatan manis (mungkin kadangkala sedikit tidak). Ya, beliau boleh membentuk satu negara dalam kepala.
Petkan/Quotes kegemaran saya:
"Sebenarnya kekasihku, kisah Kita telah terakam sebelum masing-masing berbenih di rahim Ibu. Kau percaya kan, jenaka Tuhan tidak pernah memperlekehkan kita, cuma mahu mencaturkan langkah-langkah hingga kau dan aku, perlahan-lahan mengimani kebetulan."
Perna dulu di suatu hari, beliau menulis tentang kalau-kalau dia berhenti menulis, dari situ saya mula pula risau hilang kebiasaan. Sehingga tercetusnya sebuah puisi yang saya nukilkan khas buat Ain tahun lepas (untuk simpanan sendiri -*malu).
Alhamdulillah-- beliau tetap terus, kemudian itu, saya dapat tahu beliau ada zine sendiri (2019) - ya, tentang inilah artikel ini ditulis, dan kini (2020), beliau sudah ada buku puisi sendiri bertajuk Momen! (tahniah Ain!).
Moga Dinda masih berani menulis untuk beribu tahun lagi!
-- Untuk mendapatkan Zine Dua Rahsia Berjabat boleh ke twitter: @bilikpenyair
-- Bagi Buku Puisi Momen pula boleh rujuk Instagram: @katapilarbooks
Media sosial Qurratul 'Ain:
Twitter: https://twitter.com/qurratulain95
Instagram: https://instagram.com/qrrtlain
Blog: http://qurrtlain.blogspot.com/
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.