Showing posts with label Zine. Show all posts
Showing posts with label Zine. Show all posts

 Join us for the ultimate celebration of creativity at Zine X DIY Fest! 




Get ready to immerse yourself in a world of art, passion, and community as we gather to champion and uplift young, talented artists and creatives on their creative journeys.


๐Ÿ—“️ Date: 9th September, 2023

๐Ÿ•™ Time: 10:00am till late

๐Ÿ›️ Venue: Art Depot, National Art Gallery


๐ŸŒŸ What to expect:

✨ Creative Workshops: Dive into zine-making, craft techniques, and artistic expression.

✨ Talks: Explore contemporary art issues through engaging dialogues.

✨ Open Mics: A platform for 10 creatives to share their poetry and music, fostering community.

✨ Art Jams: Witness live art sessions with talented artists and be part of the creative process.

✨ Open Studio: Explore YAE! participants' studios and purchase their incredible art.

✨ Live Band Performances: Groove to musical magic in our artistic atmosphere



Join us for a day filled with creativity, expression, and community at Balai Seni Negara.






Usai membaca zine Dua Rahsia Berjabat, tulisan Qurratul 'Ain. Prosanya jujur dan kadangkala mengundang debar dan sabar. Namun manis beliau tak tinggal. Zine ini tidak berat (seperti saya bayangkan), malah sangat dekat sebenarnya (seperti judulnya). 

Jujur awalnya, saya takut untuk membaca lanjut tulisan adinda manis seorang ini ketika awal-awal saya berjumpa patah katanya di laman sosial. Mungkin pembacaan saya sebelum ini kebanyakan berbentuk lurus dan dalam kawasan pemikiran dan persekitaran saya sahaja. Namun kini saya berterima kasih kepada diri kerana membenarkan saya untuk cuba dan suka. Sehinggakan saya selesa dan biasa.


Catatan yang saya suka dalam zine ini: Ketiga, Kesembilan, Ketigabelas, Ketujuhbelas, Kesembilanbelas. 

Saya suka melihat caranya berfikir. Bayangkan, dengan perkara kecil pun boleh menjadi catatan manis (mungkin kadangkala sedikit tidak). Ya, beliau boleh membentuk satu negara dalam kepala. 

Petkan/Quotes kegemaran saya:
"Sebenarnya kekasihku, kisah Kita telah terakam sebelum masing-masing berbenih di rahim Ibu. Kau percaya kan, jenaka Tuhan tidak pernah memperlekehkan kita, cuma mahu mencaturkan langkah-langkah hingga kau dan aku, perlahan-lahan mengimani kebetulan."
Perna dulu di suatu hari, beliau menulis tentang kalau-kalau dia berhenti menulis, dari situ saya mula pula risau hilang kebiasaan. Sehingga tercetusnya sebuah puisi yang saya nukilkan khas buat Ain tahun lepas (untuk simpanan sendiri -*malu). 

Alhamdulillah-- beliau tetap terus, kemudian itu, saya dapat tahu beliau ada zine sendiri (2019) - ya, tentang inilah artikel ini ditulis, dan kini (2020), beliau sudah ada buku puisi sendiri bertajuk Momen! (tahniah Ain!).


Moga Dinda masih berani menulis untuk beribu tahun lagi!

-- Untuk mendapatkan Zine Dua Rahsia Berjabat boleh ke twitter: @bilikpenyair
-- Bagi Buku Puisi Momen pula boleh rujuk Instagram: @katapilarbooks

Media sosial  Qurratul 'Ain:
Twitter: https://twitter.com/qurratulain95
Instagram: https://instagram.com/qrrtlain
Blog: http://qurrtlain.blogspot.com/

Seperti kanak-kanak memasuki taman permainan, begitulah perasaannya menelusuri bahan bacaan kegemaran saya, iaitu buku / zine puisi.

Zine Tukang Puisi 1: Ballet De Cour 

Kebanyakan puisi dalam zine sulung Tukang Puisi berjudul Ballet De Cour ini agak mudah difahami dan dekat dengan sebahagian kita. Malahan sisipan wawancara dengan Jack Malik juga begitu menarik.
"Puisi bagi aku adalah, kita mengungkapkan ketidakterungkapan dengan menggunakan ungkapan." - Jack Malik
Antara karya pilihan:
  • Ballet De Cour - Wardah Puteh (juga menjadi tajuk kepada zine ini, sebuah puisi yang terperinci, sedikit surreal dan sangat visual).
  • Sifat Sedih Hujan - Iman Danial Hakim (Sangat berkias dan dekat dengan ramai).
  • Adik Lapar - Shafiq Said (Selain dramatik dan sayu, puisi ini juga sangat realistik).

"Kaki-kaki mancis bergeser
menyalakan sumbu matahari
aku melipat tiket mimpi
menyisip perlahan ke dalam dada."
--- Ballet De Cour - Wardah Puteh

*****

Zine Tukang Puisi 2: Gincu Merah Api

Zine ini telah menang apabila berjaya menangkap perhatian saya dengan meletakkan muka depannya dengan wajah T. Alias Taib (serta di dalamnya turut disisipkan Fasal-fasal Puisi oleh T. Alias Taib). Puisi-puisi untuk Gincu Merah Api kali ini juga mengujakan saya.
"Setiap kali saya menulis puisi, saya berharap puisi itu akan menjadi pengalaman menarik, satu pengalaman baru dan ada kejutan kepada pembaca" - T. Alias Taib
Antara karya pilihan:
  • Sekeping Kertas - Fakhrul Halim (Seperti sebuah pesanan, nadanya agak sedikit tegas)
  • Kubawa Lidah Bonda Ke Sekolah - Siti Alimah (Puisi pesanan yang sederhana ini sangat dekat dan mesra, bagi saya)
  • Cerita Sesudah Subuh - Arif Zulkifli (Simbolisme dalam puisi ini mengingatkan saya pada karya M. Aan Mansyur)
  • Ingatan - Faisal Mat Zawi (Puisi yang manis dan mengambil sedikit bait Gibran "Ingatan adalah pertemuan" - Rememberance is a form a meeting)
  • Sepanjang Hanukkah di Apartmentmu - Qurratul 'Ain (selalu menyentuh subjek yang saya sendri tak berani nak sentuh, Qurratul 'Ain [yang juga disebut sebagi penyair religius dalam ulasan zine ini] sentiasa menarik perhatian saya dengan keberanian dan ketelitiannya dalam perkataan yang lembut)

"Kau tak salah, tapi kau tak (sepenuhnya) betul." - Sekeping Kertas - Fakhrul Halim

"Jarak dan waktu hanyalah angka untuk kita sayang, ingatan ialah pertemuan."
--- Ingatan - Faisal Mat Zawi


Zine Bicara Sama Angin yang saya beli dalam bentuk pdf tulisan Faarihin Talip ini benar-benar memberi satu harapan kepada seseorang yang hendak atau suka menulis. Walaupun personaliti Faarihin adalah seorang yang rendah diri namun dia tetap cuba dan memupuk sifat yakin untuk menulis lagi dan lagi.
Saya suka bagaimana dia membahagikan setiap ideanya kepada beberapa bab. Penulisannya banyak lebih kepada luahan dan curahan hati ini, namun tetap cuba bermain dengan ritma dan cara tersendiri.

Dalam zine ini ada 4 bahagian.
  • Bahagian 1: Sajak-sajak Luahan Hati Yang Sering Aku Pendamkan
Lihat sahaja catatan nombor #4 dan #11 ini, bagaimana jelas beliau pemalu namun hasil penulisannya tetap sesuatu.

#4 (muka surat 7)
memang benar aku ini bukan pujangga.
yang bahasanya tidaklah berbunga-bunga.
apatah lagi mahu adanya hiperbola dan
metafora.
memang setiap kata-kata itu terlalu lurus sahaja.
kerana itulah aku.
yang masih bertatih menyulam kata-kata.

#11 (muka surat 14)
bukan mudah nak bermadah pujangga.
lebih-lebih lagi, bila aku ini bukan orang yang
berjiwa-jiwa.
bukan mudah nak meluahkan segala kata.
lebih-lebih lagi, bila aku ini pemalu orangnya.
  • Bahagian 2 - Bicara Sama Angin
Bijak. Pemilihan tajuk zine mungkin diambil melalui bab ini. Saya suka kreativiti beliau menggunakan elemen angin.

Pilihan saya:
#3 (muka surat 29)
ternyata kenangan itu masih ada.
benar, masih ada.
dan teringin sekali aku membuangnya.
pada angin yang sentiasa membawa awan itu
pergi.

Manakala catatan nombor #16 di muka surat 19 telah memerangkap saya, pandai juga Faarihin ini bercanda dalam karyanya. Comel dan romantik!
  • Bahagian 3 - Maksud Puisi Bagiku
Faarihin begitu tulus menampilkan rasa dan hubungannya dengan puisi melalui bab ini.

Pilihan saya:
#2 (muka surat 37)
puisi itu adalah bunyi.
yang iramanya tidak pernah sunyi.
yang lagunya tidak pernah mati.
yang akhirnya buat aku berkelana dalam
duniaku sendiri
  • Bahagian 4 - Pesan Emak dan Ayah
Bahagian nukilan ini saya hampir suka semua. Namun saya kongsikan dengan semua pembaca di sini (muka surat 44).

  • Bahagian 5: (Sebahagian) Manuskrip novel.
Manuskrip untuk novel pada muka surat 48 ini pula kira kejutan kepada pembeli zine termasuk saya. Terus ya menulis sambung kisah Fattah dan Aliya Syakirah ini? Nak tahu juga bagaimana kesudahan persaingan dan persahabatan kisah dua manusia acah kerek ini! Haha.
Buat Faarihin, jangan berhenti berlari ke langit. Terus kejar dan genggam cita-cita awak! Jangan takut kalah, tau.
*Boleh rujuk terus kepada Faarihin jika mahu membeli serta mendapatkan zine yang menarik ini (dalam bentuk pdf).



Alhamdulillah. Selesai sudah saya membaca zines (/ziหn/ ZEEN; short for magazine or fanzine) kawan-kawan yang saya suka (dibeli menerusi Penerbitan Langit) ini. Zines tersebut terdiri daripada Masyarakat TV (Sue Emoqwin), Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak (Finn Anuar), Kaca Mencari Ikan (Noraliff Awan), Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang (SederhanaIndah) dan Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (Enol M). Di bawah ini saya kongsikan ulasan ringkas dan pautan karya lain penulis. Moga bermanfaat!

Masyarakat TV (Sue Emoqwin)

Gambar: goodreads.com
Banyak kritikan sosial, jujur dan kadangkala agak kontradiksi dalam Masyarakat TV ini. Penulis cerita yang sangat kreatif, dan di luar kotak. Plot twist dalam cerita-cerita Sue Emoqwin ini benar-benar mengikat saya. Membaca karya sedap begini rasanya jauh lagi saya nak jadi penulis prosa / cerpen yang baik. Sungguh, beliau bebas dan sangat menjadi diri sendiri dalam setiap cerita.

Karya pilihan:
- Memori Untuk Dijual (bayangkan jika ada kenangan yang kita tak nak dan kita boleh jual?)
- Perutku Balang Kaca Berisi Ikan Emas (Saya melihatnya tentang self-love & kasih sayang ayah)
- Antihero

Wattpad Sue Emoqwin: @emoqwin

Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak (Finn Anuar)

Gambar: goodreads.com
Finn memang seorang yang puitis. Patah perkataan dalam Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak yang dipilih kelihatan begitu berhati-hati dan romantis. Seolah terikat juga dengan kenangan, kita dapat berjalan bersama rasa yang wujud dalam puisi-puisi beliau.

Karya pilihan:
- Sajak Tidak Bertuan (Sajak sedap ini menyentuh tentang pilihan)
- Ada Doa Syurga Tumbuh Dari Rahimku (manis betul Finn buat catatan ni, untuk anak beliau)
- 9 11 2014 01309

Wattpad Finn Anuar: @FinnAnuar

Kaca Mencari Ikan (Noraliff Awan)

Gambar: goodreads.com
Penulisannya agak rebel dan kadangkala begitu berani dan jujur. Seolah begitu banyak yang terpempan dalam dadanya. Jiwa mudanya seakan tidak boleh lagi ditahan-tahan.

Masih banyak yang boleh dicantikkan lagi dalam Kaca Mencari Ikan ini namun tetap masih banyak yang menarik. Berbanding puisi, saya lebih suka beliau menulis cerita / prosa. Sedap! Teruskan menulis, Aliff apa pun!

Karya pilihan:
- Gadis dan Bulan (Menarik jalan ceritanya, Aliff ni benar-benar banyak idea dan kreatif)
- Awan Menelan Namaku (Ini tentang perjuangan; suka saya kalau awan terus suka apa dia suka)
- Teks di Lapangan

Wattpad Aliff Awan: @penaip_awan

Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (Enol M.)


Menelusuri zine Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (*KYKK) ini sahaja kita dapat melihat ketegasan dan sifat kelakar penulis (orangnya juga manis!). Tidak hanya berkongsi kisah lalu yang sedih, beliau juga menyelitkan beberapa kritikan (seperti  Tuhan di Arasy Twitter misalnya). Seorang yang sangat jujur dalam karya beliau, membawa saya sama mengingati beberapa kenangan diri sendiri.

Karya pilihan:
- Aku Akrab Denganmu Setelah Melihat Kau Menangis (pandangan pertama yang berjaya; sebab ini puisi pertama dalam zine ini, terus menangkap perhatian saya - untuk habiskan baca)
- Cuma Dahan (Terasa benar jiwa saya membacanya. Adakah saya seorang yang sendu?)
- Syaitan Yang Membeli Neraca

Wattpad Enol Ma: @enol_ma

(KEMASKINI: Zine Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan sudah ada di goodreads: https://www.goodreads.com/book/show/43729520-ketiadaan-yang-kunamakan-kebiasaan. Selain itu ada beberapa ulasan tentang zine ini melalui hasil carian di google dan twitter, juga pautan di google books). 

Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang (SederhanaIndah)

Gambar: goodreads.com
Seorang yang dikenali sebagai penulis sentimental yang positif dan berjiwa romantik, patah kata beliau membawa kita untuk sama mengimbau, namun banyak karya dalam Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang  ini mengingatkan kita untuk menerima dan move on. Penulisan beliau tenang dan begitu bersahaja.

Karya pilihan:
- Sesudah Tak Sehaluan (Santai tapi sampai, bahasanya tenang tapi rasanya ada)
- Pada Akhirnya (Mesejnya jelas tentang redha. Biar larut, jangan hanyut.)
- Usah KauDatang

Blog SederhanaIndah: https://anatomijiwa.blogspot.com/

*****

Sekian perkongsian. Jika mahu mendapatkan zine yang menarik seperti di atas ini boleh terus kunjungi sendiri profil Penerbitan Langit:

Facebook: Terbitan LANGIT
Instagram: @terbitanlangit
Twitter: @langitofficial



Menerbitkan zine & buku | Menyediakan perkhidmatan untuk mencetak zine & buku | Mengendalikan bengkel & acara.


PROGRAM BUKU AKAN DATANG (2019):

- Pesta Buku Selangor di Pusat Konvesyen Shah Alam pada 28 Februari - 10 Mac 2019 bermula jam 10 pagi - 9 malam (Sabtu dan Ahad berakhir 10.30 malam.)

- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Mac - 7 April 2019 bermula 10 pagi hingga 9 malam.


"Membaca bukan hobi tapi keperluan!" - Anem Arnamee



Penulisan ini adalah untuk memudahkan sesiapa di Malaysia terutamanya jika mahu beli buku online (Bahasa Melayu, Inggeris mahupun Indonesia). Laman web dan akaun yang saya kongsikan (secara peribadi) ini dipercayai dan harganya juga berpatutan. Kebetulan, sewaktu saya sedang menulis ini, sedang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC yang selalunya diadakan pada bulan April setiap tahun.

Beli buku agama

Bookjannah.com: baru menjadi kegemaran. Buku baru pun pantas ada stok dan penghantarannya cepat.


Buku islamik & motivasi https://www.bookjannah.com/

Beli buku Travelog online:


Banyak penerbitan buat buku travelog dan kembara begini, antara salah satu yang aktif adalah PTS.


Beli buku Bahasa Inggeris online:

Debookrooom.com: teruja dengan laman web ini. Selain ada pelbagai pilihan dan buku baru, buku pre-loved pun ada. Harga pun sangat berpatutan. Saya suka!

Buku englishDebookroom.com

Beli buku Indonesia dengan mudah:


Antara akaun instagram kegemaran. Beli buku Indonesia, namun dipos dari Malaysia (harganya). Malah yang tiada di katalog pun boleh dipesan jika kita mahu. Seronok bukan? Sungguh menarik.

I Love Buku - Instagram @ilovebuku

Beli buku puisi Malaysia / beli zine:


Ada beberapa orang pernah bertanya saya tentang zine di Malaysia. Serta buku puisi di Malaysia ini syarikat mana jual, banyak sebenarnya! Namun antara yang menerbitkan adalah Penerbitan Langit. Syarikat yang aktif dan sangat bersemangat!


Buku Zine & Puisi – Terbitan Langit 

Twitter: @terbitanLANGIT Instagram: @terbitanlangit

Nama penerbitan buku lain yang wujud di Malaysia: Facebook Kualalumpurbookfair

*Banyak lagi sebenarnya jika cari. Pelbagai penerbitan yang wujud di Malaysia bagi memenuhi selera pembaca dalam pelbagai genre.


*****

Jika mahu lebih mudah untuk membeli secara atas talian pergi sahaja ke laman web bookcafe untuk memilih genre buku yang anda semua minati. Mudah bukan? Siapkan saja kosnya, klik, kita akan dapat memiliki buku idaman dengan segera. Kebetulan kini sedang buat juga promosi seiring dengan pesta buku.

Apapun gerakkan budaya membaca! Ilmu adalah hak milik kita semua. Maka, carilah selagi bernyawa.

P/S: Ini maklumat tentang penulisan saya.





Saya sendiri kadangkala terperangkap dengan puisi dan catatan. Apabila saya menaip catatan, saya selalu sangka ia adalah sebuah puisi yang cukup (perasan). Sedangkan terlalu jauh sebenarnya.
Puisi: Karangan yang berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan se­suatu dalam bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dalam bentuk puisi: pelbagai kisah yang dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dengan puisi, yang menunjuk­kan ciri-ciri dalam puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yang berkaitan dengn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yang kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yang mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. - Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tajuk:" Yang Sebenar. "

Sepi masih setia jadi nyanyi
Angin terus berhembusan
dan kita masih bersandingan
dengan perasaan yang tiada penghabisan
Dalam rahsia-rahsia sendiri
Kita meratap perjalanan hati
kisah hidup yang berbaki
dan doa-doa yang tidak terisi
dalam getar yang mengalir
kini aku teringat jejak
yang memisahkan perjalanan
membawa aku ke sebuah penemuan
Lewat istighfar
Syukurku bergementar
atas dasar sedar
yang sebenar
Tuhan itu rindu;
suaraku yang bergetar.


Salah satu catatan dalam Zine Warkah Si Pari-Pari (bersama Grez dan Qyranna).


Tidak akan dibencikan pada kenangan yang pernah memberinya keriangan pada saat dia tersepikan dek persekitaran yang tidak menyebelahkan.

Tidak akan disedihkan pada pemergian seorang yang pernah memberinya rasa aman kerana ketentuan ditetapkan ianya hanya pinjaman; bakal diambil semula Dia bila-bila.

Tidak akan dikesalkan pada sebuah kisah yang membuat dia kuat dan rasa jitu pada diri sendiri untuk hari kemudian.

Tidak akan didiamkan; janji untuk terus mendoakan, dan tidak akan disepikan.
Maka; syukurlah kerana pernah; bukannya tidak akan.

***

Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair. Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi. Boleh merujuk laman: DBP. Terima kasih.

Jom terus menulis idea-idea baru! :)









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top