Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Boleh ke kalau kita tak nak maafkan orang?


"Salahkah kita tak memaafkan orang lain, dan menuntut keadilan di akhirat?" - Baru-baru ini, penulis novel dan buku islamik, Saudara Hilal Asyraf telah menjawab soalan salah seorang pengguna twitter iaitu Saudari Mira. 

Beliau mulakan dengan mengisahkan tentang perbuatan Sahabat. Saad bin Abi Waqqas RA pernah dianiaya dengan fitnah teruk. Maka membalas fitnah tersebut, Saad bin Abi Waqqas telah mendoakan pemfitnah dengan doa yang berat. Jom kita selusuri perkongsian beliau.

Kisah Saad bin Abi Waqqas RA

"Demi Allah, aku akan berdoa dengan tiga perkara:

Ya Allah, jika hamba-Mu ini pendusta, melakukan semua ini kerana mahu menunjuk-nunjuk, panjangkanlah umurnya, panjangkan kefakirannya, dan timpakan fitnah ke atas dirinya."

Doa ini akhirnya mustajab dan pemfitnah sengsara.

Peristiwa ini diriwayatkan di dalam Sohih Bukhari.
 
 Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib

Rasulullah SAW sendiri bila Wahsyi, pembunuh Hamzah Abdul Muttalib ketika peperangan Uhud, datang bertemu dengannya untuk memeluk Islam, baginda tidak mahu melihat lagi wajahnya.

"Ketika baginda melihat aku, baginda bertanya: Engkau Wahsyi? Aku menjawab: Ya. Baginda bertanya lagi: Engkau yang telah membunuh Hamzah? Aku menjawab: Apa yang berlaku ialah sebagaimana berita yang sampai kepadamu. 

Baginda bersabda:

Bolehkah jika engkau jangan muncul di hadapanku?

Wahsyi berkata: Lalu saya keluar...."

Ini juga diriwayatkan dari hadith sohih Bukhari.

Dalam situasi Wahsyi, sudah pastilah Wahsyi itu diampunkan kerana beliau telah memeluk agama Islam. Pun begitu, dapat dilihat, sehebat-hebat Rasulullah SAW pun, tak dapat memadamkan kepedihan hati baginda atas tragedi yang ditimpakan orang.

Dalam situasi Saad bin Abi Waqqas jelas Saad bin Abi Waqqas tidak memaafkan kesalahan pemfitnah tersebut dan mendoakannya sesuatu yang perlu ditanggung sepanjang hayat.

Ini contoh-contoh di mana kita tak mesti perlu memaafkan orang yang bersalah ke atas kita. Apatah lagi melupakan, menerima dengan senang hati.

Allah SWT sendiri berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 148:

"Allah tak suka kepada perkataan-perkataan buruk yg dikatakan dengan berterus-terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Jelas di sini, ada kelonggaran terhadap orang-orang yang dizalimi, disakiti, dianiayai, untuk melepaskan kalimah-kalimah buruk ke atas orang-orang yang menzaliminya.

Kenapa Allah tak suruh maafkan sahaja terus?

Sebab Allah faham duka dan emosi jiwa manusia.

Tak dinafikan, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Tetapi tak memaafkan salahkah? Menuntut keadilan di akhirat salahkah? TAK SALAH.

Bayangkan, apakah kita nak paksa mangsa rogol, lapang dada dan tenang dengan pemangsa yang merogolnya?

Bayangkan, apakah kita nak paksa keluarga mangsa bunuh, untuk sekadar lapang dada, terima sahaja dengan hati terbuka, pemangsa yang membunuh ahli keluarganya?

Islam tidak zalim sedemikian.

Kerana itu di sisi Islam, ada hukuman qisas. Bunuh balas bunuh. Meraikan fitrah insan.

Jadi konklusi, tak salah untuk seseorang tak memaafkan orang yang telah menzaliminya, melakukan kerosakan ke atas dirinya & keluarganya.

Allah Maha Adil.

Jika tiada manusia tidak mahu mengadilimu, tuntutlah keadilan Allah SWT.

Itu hak kamu.

Allah tidak akan sesekali zalim!

Tetapi, jika kita kuat nak mengejar tingkatan yang lebih tinggi, sudah semestinyalah, MEMAAFKAN ITU LEBIH BAIK.

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." Surah An-Nisa' ayat 149.
 



Ingat, Allah Maha Adil. 


Di dalam Islam, setakat saya belajarlah, benda paling busuk sekali ialah kezaliman.

Sebab Allah sendiri melarang diri-Nya berbuat zalim (rujukan hadith Qudsi).

Kemudian boleh lihat hadith muflis, besarnya balasan Allah ke atas penganiaya di akhirat kelak.

Sebab memang lumrah, orang teraniaya ni susah dapat pengadilan, simpan hati.

Tapi Allah Maha Adil.

"Dan akan disempurnakan segala urusan kamu di hari akhirat." Surah Ali-Imran ayat 185.

Entah apa yang susahnya.
Kita dizalimi, kita pula akan disusahkan Allah SWT?

Maha Suci Allah SWT dari sifat zalim.

"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kalian." Hadith Riwayat Muslim.
 

Bukankah lebih baik jika memaafkan?

 

Memang ya, beliau ulang, MEMAAFKAN ITU YANG TERBAIK. Ganjarannya pun besar. Keampunan Allah tu bukan kecil ya rakan-rakan.

Tapi tak mampu memaafkan bukan satu kehinaan dan kesalahan. Cuma bukanlah posisi yang TERBAIK.

Sebab cerita Saad Abi Waqqas ni, dia mendoakan pemfitnah, yang telah memfitnah dia bermasalah sebagai gabenor.

Rakyat telah buat fitnah politik ke atas Saad.

Penganiayaan dia ke atas kita, Allah akan adili. Taubat dia selepas itu, Allah juga akan adili. Dia nak minta maaf kepada kita pun, kita dah mati.

Satu benda kena percaya, tidak akan ada sesiapa dizalimi di hadapan Allah SWT.

Di syurga nanti sengsara tika di dunia adalah kecil.

Dosa zalim dan aniaya orang di dalam Islam sangat besar sampai kat akhirat nanti diancam dengan kemuflisan.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab para sahabat: “Orang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam ummatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, dalam masa yang sama dia memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.

Lalu akan diberikanlah kepada orang ini dan itu(mangsa-mangsa) pahalanya. Jika pahala2nya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa mereka(mangsa-mangsa) dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka.” Hadith Riwayat Muslim.
Jadi, janganlah kita aniaya orang, zalimi orang.

Banyak mana pun kita beribadah, Allah tak nak pandang ibadah kita kalau kita kaki zalim ke orang. Allah ambil ibadah kita, pahalanya diberikan pula pada orang yang kita zalimi.

Tak cukup? Allah lempar pula dosa dia ke kita. Sekian. Wallahua'lam.
 
 
 
*****
Saudara Hilal Asyraf adalah seorang penulis dan penerbit (Hilal Asyraf Resources) semenjak 2016.
 
Facebook rasmi saudara Hilal Asyraf: HilalAsyrafOfficial
Buku beliau boleh didapati di: https://shopee.com.my/hilalasyrafresources


6 yang menasihati

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.









Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top