MAKLUMAT BERKENAAN SINDROM POST COVID (LONG COVID)
Pada 18 Disember 2020, The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai Long COVID atau dikenali sebagai Sindrom Post Covid.
Sindrom ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu @ lebih dan gejala² tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.
Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post COVID. Menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit ini mengalami Sindrom Post COVID.
Antara lima (5) simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit COVID-19 adalah kelesuan (fatigue), kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam (insomnia), batuk (cough) dan kegelisahan (anxiety).
Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit (symptomatic relief) dan fungsi tubuh yang terlibat. Rujukan kepada bidang kepakaran yang berkaitan akan dilakukan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan klinikal yang optimum.
Kajian klinikal akan terus dijalankan bagi memahami dan mengenalpasti kesan Sindrom Post COVID dan ianya akan dimaklumkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.
Oleh itu, pesakit-pesakit COVID-19 yang didiscaj dari hospital akan diberikan temujanji rawatan susulan dan mereka diingatkan untuk hadir mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Manakala bagi bekas pesakit COVID-19 masih mempunyai gejala, dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan & rawatan di klinik @ hospital berhampiran. Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pada tahap terbaik & mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang.
Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga diri kita dan ahli keluarga kita supaya kekal terlindung daripada bahaya COVID 19 dan mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit COVID-19 yang serius.
Ini kerana kesannya boleh berpanjangan & mengurangkan kualiti hidup serta produktiviti seseorang. Harus diingatkan bahawa golongan muda adalah merupakan kumpulan utama warga kerja bagi pelbagai sektor di negara kita. Golongan muda sihat adalah kunci kepada produktiviti negara.
Perhatian, selepas disahkan posif c-19 & telah tamat kuarantin anda TIDAK perlu mengulang melakukan sample swab semula.
Jangan buang masa dan duit anda. Virus mungkin masih ada, tetapi ia TIDAK lagi boleh membiak dan tidak lagi menyebabkan penularan.
Gejala yang masih ada seperti batuk, selsema dan badan lesu selepas tamat tempoh kuarantin biasa berlaku. Memang orang akan pandang apabila anda batuk batuk dalam pejabat, tetapi anda tidak lagi menyebabkan penularan jangkitan.
Jangan buang masa dan duit anda. Virus mungkin masih ada, tetapi ia TIDAK lagi boleh membiak dan tidak lagi menyebabkan penularan.
Gejala yang masih ada seperti batuk, selsema dan badan lesu selepas tamat tempoh kuarantin biasa berlaku. Memang orang akan pandang apabila anda batuk batuk dalam pejabat, tetapi anda tidak lagi menyebabkan penularan jangkitan.
Selepas
dijangkiti C-19, ramai yang mengaku berasa penat dan cepat letih. Ini
adalah kerana kesan parut yang ditinggalkan oleh jangkitan.
Lakukan senaman ini untuk kembalikan fungsi dan kapasiti paru paru ke tahap optimum. Ia juga mampu membuat anda lebih tenang dan membantu untuk mengurangkan gejala anxiety.
Lakukan senaman ini untuk kembalikan fungsi dan kapasiti paru paru ke tahap optimum. Ia juga mampu membuat anda lebih tenang dan membantu untuk mengurangkan gejala anxiety.
Moga kalian dan kita semua terus dipermudahkan, sihat, kuat, jaga diri dan pemakanan. Insya-Allah.
-------
Sumber:
1 yang menasihati
semoga semua yang dijangkiti sembuh sepenuhnya
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.