Danish's Red Kitchen
BISKUT SUJI DALAM DEBU
(SEMOLINA COOKIES)
INSTAGRAM: @danish.harraz
BAHAN-BAHANNYA:-
(Untuk 1 adunan Danish dapat 4 trays
diatas)
250 grams Minyak Sapi 400 grams Tepung Gandum 140 grams Tepung Suji 150 grams Gula Aising
50 grams Susu Tepung 1 sudu teh Garam Halus
OPTIONAL: Almond Nibs yang dipanggang sebentar (Danish recommend letak)
UNTUK COATING BISKUT:
4 sudu besar Gula Aising 6 sudu besar Susu Tepung
(Boleh lebihkan gula jika suka manis)
Pastikan semua bahan dalam suhu bilik. Adunan memang agak lembik, biarkan, jangan tambah tepung atau apa-apa. Jangan uli lama-lama. Nanti biskut keras.
Danish buat manis biskut just nice tapi boleh tambah 10-20 grams gula aising lagi sewaktu sediakan adunan jika suka lebih manis.
Jangan skip part rehatkan doh jika mahu hasil cookies yang sedap.
Danish timbang setiap doh seberat 8 grams untuk dapat saiz yang sama dan tidak terlalu besar.
PENTING:
Jangan bakar biskut hingga perang, jangan overbake, nanti biskut tak gebu dan akan jadi keras. Danish bakar 15 minit dengan suhu 150°C, api atas bawah dan jangan guna fan. Ini bergantung juga pada saiz biskut juga suhu oven masing2.
Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Biskut akan kelihatan putih diatasnya dan sedikit kuning dibawahnya. Terus keluarkan dari oven. Biarkan dalam baking tray hingga biskut setengah sejuk sebelum kita salut dengan gula aising dan susu tepung.
Simpan dalam bekas kedap udara.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.