Sharif & Syaiful Zero - Juara Famili Duo 3 (2023)


Bagai dijangka, pasangan adik-beradik, Syaiful dan Sharif muncul sebagai juara Famili Duo musim ketiga (FD3). 

Kemenangan tersebut melayakkan kumpulan lawak Zero itu membawa pulang ganjaran lumayan berupa wang tunai berjumlah RM100,000. 

Pasangan duo terbabit menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan 81 peratus meninggalkan jauh dua lagi finalis yang turut menunjukkan persaingan sengit.

Mereka menyampaikan lagu Kong Kali Kong untuk tema pusingan pertama iaitu Tema Berkumpulan/Duet Popular disusuli lagu Medley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah bagi segmen kedua bertemakan Bebas yang mendapat pujian melambung juri. 

Terdahulu, enam pasangan dipilih untuk bertanding dalam program realiti kekeluargaan selama lapan minggu, namun tiga daripada duo terbabit tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Berkonsepkan kalah mati bersaing hingga minggu ketujuh iaitu peringkat separuh akhir, peserta yang tersingkir ialah duo suami isteri Tom dan Fuad Rahman, duo adik beradik, Rayyan Bakery dan Adam serta Shila Amzah dan Syahir.

Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian di Tonton membabitkan 30 peratus.

Persaingan FD3 yang bersiaran sejak 15 Oktober lalu menyaksikan Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap, manakala Janna Nick bersama Izzue Islam bertindak selaku hos



Lagu persembahan akhir FD3:


Duo Adik-Beradik 

Tempat kedua - Adira dan Emma Suhaimi

Bawakan lagu Pelesit Kota (Search) dan Bang Bang (Ariana Grande, Jessie J & Nicki Minaj. 


Duo Sepupu

Tempat ketiga - Haqiem Rusli & Ariff Bahran

Ada Gajah Di Balik Batu (Wali Band) dan Beribu Sesalan (Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura). 



Sumber:

https://www.kosmo.com.my/2023/12/03/tepati-ramalan-sharif-syaiful-juara-famili-duo-3/



0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top