Hasbunallah wa ni'mal wakil
Tiupan musim dingin mencengkam
Hamparanmu salju kedukaan
Tangisan dari tabir yang usang
Ada wajah gusar kehampaan
Semua ini berulang bagai tak pernah berubah
Pelarian masih menderita
Menggigillah mereka mengharapkan ihsan
Bimbang esok tiada bernyawa
Oh di mana insan dunia
Saat nafas kesesakan
Medan ini bak penjara
Kering sudah air mata
Sampaikanlah selimut yang mendamaikan
Semua ini ujian
Umat tak akan biarkan
Ihsan demi insan sedunia
Tunggu kami di sana dengan jiwa mulia
Bersaudara sehingga ke syurga
Tahniah Inteam kerana memenangi Juara Carta (Lagu Terbaik) Anugerah Carta 114 TV AlHijrah baru-baru ini menerusi lagu Selimut Kasih. Alhamdulillah.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.