Showing posts with label Inteam. Show all posts
Showing posts with label Inteam. Show all posts

 




(AMIN)

Muharam Safar Rabiul Awal

Rabiul Akhir Jamadil Awal

Jamadil Akhir Rejab Syaaban Ramadan 

Syawal Zulkaedah Zulhijjah


(RAMAI)

Muharam Safar Rabiul Awal

Rabiul Akhir Jamadil Awal

Jamadil Akhir Rejab Syaaban Ramadan 

Syawal Zulkaedah Zulhijjah


(SYAH)

Allahumma Solli Ala Muhammad 

Ya Rabbi Solli Alaihi Wa Sallim


(RAHIM)

Muharam Safar Rabiul Awal

Rabiul Akhir Jamadil Awal

Jamadil Akhir Rejab Syaaban Ramadan 

Syawal Zulkaedah Zulhijjah


(RAMAI) 

Muharam Safar Rabiul Awal

Rabiul Akhir Jamadil Awal

Jamadil Akhir Rejab Syaaban Ramadan 

Syawal Zulkaedah Zulhijjah


(HISYAM)

Allahumma Solli Ala Muhammad 

Ya Rabbi Solli Alaihi Wa Sallim


(RAMAI)

Muharam Safar Rabiul Awal

Rabiul Akhir Jamadil Awal

Jamadil Akhir Rejab Syaaban Ramadan


(AMIN)

Syawal Zulkaedah Zulhijjah

 




تَفْصِيلُ خَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ لَزِمْ

كُلَّ مُكَلَّفٍ فَحَقِّقْ وَاغْتَنِمْ

هُمْ آدَمُ اِدْرِيسُ نُوحٌ هُودُ مَعْ

صَالِحْ وَإِبْرَاهِيمُ كُلٌّ مُتَّبَعْ

لُوطٌ وَإِسْمَاعِيلُ اِسْحَاقٌ كَذَا

يَعْقُوبُ يُوسُفٌ وَأَيُّوبُ احْتَذَى

شُعَيْبُ هَارُونُ وَمُوسَى وَالْيَسَعْ

ذُوالْكِفْلِ دَاوُدُ سُلَيْمَانُ اتَّبَعْ

إِلْيَاسُ يُونُسُ زَكَرِيَّا يَحْيَى

عِيسَى وَمُحَمَّد خَاتِمُ الْأَنْبِيَاءِ

صَلَّى اللَّهُ رَبُّنَا عَلَى النُّورِ الْمُبِين

أَحْمَدَ الْمُصْطَفَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Dua puluh lima rasul yang utama

Wajib bagi kita semua kenalinya

Dari Adam, Idris, Nuh, Hud di awalnya

Soleh dan Ibrahim bertauhid Yang Esa

Disusuli Lut, Ismail juga Ishak

Ya’qub, Yusuf dan Ayyub yang mulia

Nabi Syu’aib, Harun, Musa dan Ilyasa’

Zulkifli, Daud, Sulaiman yang bertahta

Juga Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya

Isa dan Muhammad penutup anbiya’

صَلَّى اللَّهُ رَبُّنَا عَلَى النُّورِ الْمُبِين

أَحْمَدَ الْمُصْطَفَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ


#RahimInteam #AsmaulAnbiya

 



Salam cinta, salam rindu buatmu

Ya Rasulullah


Kau masih tersenyum mengubat lara

Melindung derita yang kau rasa

Senyummu manis yang menenteramkan

Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketika nyawa

Diangkat ruh bertemu Yang Esa


Air dicelup di bejana air

Kau sapu di muka

Mengurangkan pedih beralun zikir

Menutur kasih pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertemu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu


Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya


Tak terlafaz kata mendedah hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walau pun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Dan tibalah waktu ajal bertemu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia kan mati akhirnya

Ya Rasulullah kau tinggalkan kami

Warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya kami

Merinduimu

 




Bertemu kita pada detik terindah 

Tersimpul kata pada janji sakinah 

Di bahuku tempat kau gantungkan harapan 

Di hatimu ku semat puspa kesetiaan 


Citra kasih kisah perjuangan cinta 

Penuh suka duka tangis dan tertawa 

Tak kan ku rela melukai hatimu 

Tak sanggup terluka hilangmu 


Kau Fatimah pemilik jiwa yang tabah 

Diuji payah imanmu tak pernah goyah 

Akulah Ali tempat kau melepas lelah 

Dalam bersujud mengadu pada-Nya 


Di sebalik takdir ku temui qudwah 

Pada setiap ujian tersingkap hikmah 

Engkau penenang di samudera nan gelisah 

Berseri mahligai di teduh rahmah 


Ku serahkan segala 

Pada rahmat kasih-Nya 

Bahagia 

di dunia dan di syurga 

 




Hatta sehelai daun pun yang gugur 

Di dalam pengetahuan-Nya semua 

Sebutir benih jatuh di kegelapan malam 

Basah kering 

Tertulis dalam kitab-Nya yang nyata 


Ooo syukur pada-Mu Ilahi 

Kerana Engkau Maha Mengetahui 

Takkan mampu ku bersujud tanpa kasih-Mu 

Akulah hamba-Mu 

Ku pasrahkan rasa kasih sayang pada-Mu 

Redhai aku 


Biar sulit atau getir 

Senyum melerai kepedihan 

Itu semua anugerah 

Dari keadilan kasih dan sayang 

Buat hamba yang sentiasa 

Diuji tahap keimanannya 


Kau yang ku puja dan Kau yang ku sembah 

Hidup matiku semua kerana-Mu 

Dan itu matlamatku dengan takdir yang tertulis 

Di Luh Mahfuz 

Di hamparan kasih ku bersujud 

 



𝗟𝗶𝗿𝗶𝗸 𝗟𝗮𝗴𝘂:

Tersenyum riang

Bila terdengarkan pengumuman

Orang di dapur mula sibuk bekerja overtime

Nak menyambut tiba hari raya


Langsir baru dipasang

Rumah nampak cantik indah dan meriah

Di halaman dah berkumpul budak-budak

Siap nak bertempur bunyi mercun bau belerang


Selamat selamat hari raya untuk semua

Mohon maaf zahir batin dipinta

Lupa lupakanlah sengketa yg lama

Kita jalinkan kasih semula


Bridge


Di jalan raya

Sesak dengan kereta sini sana

Jalan kampung masuk lorong susur kebun

Semuanya pakat nak mencari jalan keluar


Pagi bawa ke malam

Tak henti-henti rumah dikunjung orang

Cerita zaman dulu-dulu anak dara bujang

Segan silu semua nak dikenang


Selamat selamat hari raya untuk semua

Mohon maaf zahir batin dipinta

Lupa lupakanlah sengketa yg lama

Kita jalinkan kasih semula


Moga panjang umur

Murah rezeki

Tahun depan jumpa lagi

Tambah cantik tambah seri







Suatu bulan bernama Ramadan 

Dipenuhi rahmat juga kemuliaan 

Padanya Al-Quran telah diturunkan 

Wahyu pertama telah disampaikan 


Lailatul Qadar di bulan Ramadan 

Para malaikat sebarkan ganjaran 

Lebih baik daripada seribu bulan 

Tingkatkan ibadah lebihkan amalan 


Madrasah Ramadan mendidik hati 

Menyuluh jiwa yang gelap sunyi 

Awalnya rahmat menyapa nurani 

Tunduk berserah kepada Ilahi 


Pertengahannya bak embun pagi 

Menyuci dosa yang lama berdaki 

Gerbang maghfirah luas terbentang 

Menanti insan kembali pulang 


Lailatul Qadar di bulan Ramadan 

Para malaikat sebarkan ganjaran 

Lebih baik daripada seribu bulan 

Tingkatkan ibadah lebihkan amalan 


Di penghujungnya haruman syurga 

Menyambut insan yang telah berjaya 

Terlepas dari azab neraka 

Kerana taqwa mekar di jiwa 


Ramadan medan tarbiah diri 

Melentur nafsu menyemai budi 

Usah biarkan Ramadan pergi 

Tanpa mendapat ampunan Ilahi




Ramadhan satu nasib tak serupa

Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang

Mukmin berjasa diawal zaman


Ramadhan kami malam terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu

Kami gembira dengan pemergian mu


Malam mereka meriah disimbah nur al quran

Tapi malam kami muram bertemukan mu

Mereka berlumba mengejar makrifat

Tapi kami lesu diburu nafsu


Hati mereka bercahaya digilap takwa

Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan ramadhan


Takbir kami lesu tak bermaya

Tanda kalah lemah tak berdaya


Puasa sekadar lapar dan dahaga




sumber:  https://pemudattbc.blogspot.com/2022/04/the-zikr-ramadhan-2-zaman.html










Deraian air mata
Kau simpan sendirian
Kerana ingin kita bahagia 

Biarpun mendung lara
Kau tetap bercahaya
Jangan kau sayang berahsia lagi

Tuhan
Satukan kami di syurga
Andai terpisah di dunia
Bersamamu selamanya
Menggenggam janji

Indah
Jadi apapun kau indah
Bidadariku anugerah
Semangatku ada dalam hatimu

Ku patrikan oh namamu

Sejernih wajah mulus
Ku temu kekuatan
Semakin ku rasakan cinta

Tuhan
Satukan kami di syurga
Andai terpisah di dunia
Bersamamu selamanya
Menggenggam janji

Indah
Jadi apapun kau indah
Bidadariku anugerah
Semangatku ada dalam hatimu




Percaya kata janji-Mu

Kerna ku yakin apa di genggam-Mu

Keharuman setanggi syurga

Bukan kilauan sebilah belati


Oh tersiksa jiwa merindu

Bagai terkurung dibasah tengkujuh

Kewangian aroma bunga

Tak menggugat keteguhan iman


Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur

Pada redup renung mata yang menipu

Tuntas ku mendaki

Puncak cinta teragung oh


Izinkan aku melafazkan kata

Bicara hati yang mudah diterjemah

Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung

Karna awan itu rapuh


Wo-ho

Bahagia buat mereka

Yang bertemu cinta yang teragung

Ho

Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi


Dendam tak marak menyala dan membakar

Oleh putih salju yang berguguran

Kerna dosa itu (kerna dosa itu)

Lebih hitam dan kelam


Izinkan aku melafazkan kata

Bicara hati yang mudah diterjemah

Betapa aku gerun pada teduh tuk bernaung


Ku anyam rindu menjadi hamparan

Kerna ku pasti adanya pertemuan

Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan

Tak bertemu pengucapan


Percaya kata janji-Mu

Kerna ku yakin apa di genggam-Mu

Keharuman setanggi syurga

Bukan kilauan sebilah belati






intro


Tak perlu aku ragui


Sucinya cinta yang kau beri


Kita saling kasih mengasihi


Dengan setulus hati


verse


Ayah ibu merestui


Menyarung cincin di jari


Dengan rahmat dari Ilahi


Cinta kita pun bersemi


Sebelum diijabkabulkan


Syariat tetap membataskan


Pelajari ilmu rumahtangga


Agar kita lebih bersedia


Menuju hari yang bahgia


chorus


Kau tahu ku merinduimu


Ku tahu kau menyintaiku oh kasih


Bersabarlah sayang


Saat indah kan menjelma jua


Kita akan disatukan


Dengan ikatan pernikahan oh kasih


Di sana kita bina


Tugu cinta mahligai bahgia


verse


Semoga cinta kita


Di dalam redha Ilahi


Berdoalah selalu


Moga jodoh berpanjangan


Sebelum diijabkabulkan


Syariat tetap membataskan


Pelajari ilmu rumahtangga


Agar kita lebih bersedia


Menuju hari yang bahgia


chorus


Kau tahu ku merinduimu


Ku tahu kau menyintaiku oh kasih


Bersabarlah sayang


Saat indah kan menjelma jua


Kita akan disatukan


Dengan ikatan pernikahan oh kasih


Di sana kita bina


Tugu cinta mahligai bahgia


verse


Semoga cinta kita


Di dalam redha Ilahi


Berdoalah selalu


Moga jodoh berpanjangan


outro


Kau tahu ku merinduimu


Ku tahu kau menyintaiku oh kasih


Bersabarlah sayang


Saat indah kan menjelma jua



 RASMI








Minaz mempersembahkan dengan anjuran bersama Inteam Records dan Aplikasi Khair 


Jualan tiket SESI KEDUA Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun 14hb Jun 2025 hari Sabtu ini jam 12 Tengahari.


Layari laman rasmi Kasihkekasih.com untuk pembelian Tiket dan Merchandise Eksklusif Inteam x Minaz. Jangan sampai terlepas!!


OFFICIAL MERCHANDISE MINAZ X INTEAM




Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai Merchandise EKSKLUSIF Minaz x Inteam sempena Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun. Pre-Order dibuka 14 Jun - 30 Jun 2025 ini serta berpeluang membawa pulang hadiah2 menarik daripada @minaz.my


Pre-Order hanya kasihkekasih.com


Yang comel2, yang cute2, yang cantik2 hanya di Minaz x Inteam. Jumpa di Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun 28hb September 2025 ini di Idealive Arena PJ!!!










Sumber berita: Facebook Rasmi Kumpulan Inteam






Bagaikan permata di celahan kaca

Kedipnya sukar untuk dibezakan

Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan

Moga tak tersalah pilihan


Nur Kasih Mu mendamai di kalbu

Jernih setulus tadahan doaku

Rahmati daku dan permintaanku

Untuk bertemu di dalam restu


Kurniakan daku serikandi

Penyejuk di mata penawar di hati

Di dunia dialah penyeri

Di syurga menanti... dia bidadari


Kekasih sejati teman yang berbudi

Kasihnya bukan ketepaksaan

Bukan jua kerana keduniaan

Mekar hidup disiram Nur Kasih


Ya Allah...

Kurniakanlah kami

Isteri dan zuriat yang soleh

Sebagai penyejuk mata


Kurniakan daku serikandi

Penyejuk di mata penawar di hati

Di dunia dialah penyeri

Di syuga menanti... dia bidadari


Kekasih sejati teman yang berbudi

Kasihnya bukan keterpaksaan

Bukan jua kerana dunia

Mekar hidup ini disirami Nur Kasih


Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian

Penentu jodoh pertemuan

Seandai dirinya tercipta untukku

Relaku menjadi miliknya...


Kurniakan daku serikandi

Penyejuk di mata penawar di hati

Di dunia dialah penyeri

Di syurga menanti... dia bidadari


Kekasih sejati teman yang berbudi

Kasihnya bukan keterpaksaan

Bukan jua kerana dunia

Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Mekar disiram Nur Kasih




 



Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 


Alhamdulillah tanda kesyukuran 

Dipertemukan hari yang mulia 

Berkat usia dalam ketaatan 

Kita hamba-Nya 


Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 


Takbir bergema hari kebesaran 

Rai bersama erat persaudaraan 

Saling ziarah menjamu hidangan 

Alangkah indahnya 


Hei Hari Raya 

Bergembira janganlah leka sampai terlupa 

Yang tiada, yang jauh di mata 

Dekat di hati memori terindah 

Tetap bersama walau di mana 

Kenang dalam doa 


Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya







Allah bersamamu ya Palestin

Bumi anbiya’ dan mujahidin

Dia hanya menguji dan menanamkan yakin

Akhir zaman ini jalan syahid


Mereka tak pinta air mata

Buat merungkai duka derita

Cukup untuk mereka doa-doa yang kudus

Yang lahir dari hati yang tulus


Terima kasih dunia yang pedulikan Gaza

Hingga bebas dan merdeka

Pasti suatu ketika kita sujud bersama

Aman di Masjidil Aqsa


اللهم إنا نجعلك في نحور اعداءنا

Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami

ونعوذ بك من شرورهم

dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka

اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka dan pecahkan pakatan mereka

وشتت کلمتهم وزلزل أقدامهم

Leburkan pendirian mereka dan musnahkan langkah mereka

وسلط عليهم کلبا من کلابك

Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka

يا قهار يا جبار يا منتقم يا الله

Wahai yang Maha Memaksa, yang Maha Perkasa, yang Maha Membalas, Ya Allah


Terima kasih dunia yang pedulikan Gaza

Hingga bebas dan merdeka

Pasti suatu ketika kita sujud bersama

Aman di Masjidil Aqsa


Terus bermunajat dan berdoa

Carilah ibrah dan hikmahnya

Ada antara kita yang paling istiqamah

Al-Mujib menjawab doanya







Terungkap bahagia

Inilah detiknya hari kita

Berlimpah cahaya

Sempurna menerangi di persada


Bergemuruh anak bangsa

Sumpah setia menjulang cita, ho-oh

Meski susah atau senang

Selamanya kan bersama


Ya Rabbana (ya Rabbana)

Anugerahkan watan kami

Kedamaian, kemakmuran, iltizam suci


Kemuncak segalanya menuju ke gapura

Mardhatillah

Berpalu wawasannya seganding, seirama

Saf yang sama


Berwasilah menyulam rasa, oh-oh

Dalam restu-Nya


Bergemuruh anak bangsa

Sumpah setia menjulang cita, oh


Meski susah atau senang

Selamanya kan bersama

Kemuncak segalanya menuju ke gapura

Mardhatillah

Berpalu wawasannya seganding, seirama


(Di antara kita semua)

Melangkah seyakinnya menuju ke gapura

Mardhatillah


Semesta menyaksikan terjalinnya ikatan

Di antara kita semua






Sempena sambutan Maulidur Rasul, kumpulan nasyid popular, Inteam tampil dengan album dedikasi khas buat Rasulullah SAW diberi judul Qasidah Qalbu Untuk Yang Dirindu.

Album istimewa itu mengandungi 10 lagu qasidah yang dinyanyikan Inteam bersama rakan penyanyi lain seperti Lah Ahmad, Pot Innuendo, Azan Ruffedge, Amer Yusoff, Zaf VE dan Ustaz Kyrel Al-Gayauwi.

Berikut adalah lagu-lagu Qasidah yang ada dalam album Qasidah Qalbu ini:

Muhammaddun

(In-team, Lah Ahmad, Pot Amir, Azan Addin, Amer Bin Yusoff, Zaf VE, Ustaz Kyrel Al-Gayauwi) 


Nasab Nabi

(In-Team)


Busyra Lana

(Amer BinYusoff) 


Solatun

(In-team)


Alfa Sollallah

(Zaf VE)


Nur Munajat

(In-team)


Ya Taybah

(Pot Amir, Azan Addin)


Qad Kafani

(Lah Ahmad)


Qamarun

(In-team)

Selawat Adnani

(Nur Ahli Badar)

Nasab Nabi (Acapella) 

(In-team)


Selamat mendengar. Banyakkan berzikir dan berselawat. Moga semua diberkati Allah. 


Spotify: Dengar album Qasidah Qalbu di Spotify

Youtube: Playlist Qasidah Qalbu


Sumber berita: https://www.bharian.com.my/









Lirik:

Engkau bermula dengan sengsara

Dalam mencari bahagia

Terasa bagai bayang-bayang

Gelap walau disuluh cahaya


Pepasir pantai pun berubah

Pabila hakikat melanda

Ketenangan yang kau cari

Terpancar di lorong sufi


Kau hiasi rumah kasih abadi

Serik menghiasi singgahsanamu

Kau berjaya merubah segala

Kasih semalam menjadi esok


Kelunakan tangisan kasihmu

Dalam simpuhan ketaatan

Bagi mengharapkan keredhaan

Dari-Mu Tuhan pencipta alam


Rabiatul Adawiyah

Serikandi yang tercipta

Sungguh agung pengabdianmu

Kau berjaya menjadi iktibar


Namamu menjadi sanjungan

Ikutan ummah sepanjang zaman

Ayuh bersama kita susuri

Perjalanan kekasih Allah


Rabiatul Adawiyah

Serikandi yang tercipta

Sungguh agung pengabdianmu

Kau berjaya menjadi iktibar


Asmaramu di hampar suci

Pintalan dari awanan putih

Membuahkan titisan rahmat

Menyuburkan mawar yang layu


Rabiatul Adawiyah







Hasbunallah wa ni'mal wakil


Tiupan musim dingin mencengkam

Hamparanmu salju kedukaan

Tangisan dari tabir yang usang

Ada wajah gusar kehampaan


Semua ini berulang bagai tak pernah berubah

Pelarian masih menderita

Menggigillah mereka mengharapkan ihsan

Bimbang esok tiada bernyawa


Oh di mana insan dunia

Saat nafas kesesakan

Medan ini bak penjara

Kering sudah air mata

Sampaikanlah selimut yang mendamaikan


Semua ini ujian

Umat tak akan biarkan

Ihsan demi insan sedunia

Tunggu kami di sana dengan jiwa mulia

Bersaudara sehingga ke syurga



Tahniah Inteam kerana memenangi Juara Carta (Lagu Terbaik) Anugerah Carta 114 TV AlHijrah baru-baru ini menerusi lagu Selimut Kasih. Alhamdulillah. 



HARUM SETANGKAI DOA


Sebak menyusuri perjalanan duka

Sepi bertamu jadi teman bisu paling setia

Derap kenangan yang diukir bersama

Mewangi di laman persaudaraan kita


Sunyi dibatasi alam yang berbeza

Angin bertasbih di antara nisan di pusara

Takdir dan ketentuan pun berbicara

Memisahkan, mengasingkan jasad dan nyawa


Tiada lagi derai tawa

Tiada lagi teman bersenda

Pemergianmu tiada terduga

Menghadap-Nya Tuhan Maha Pencipta


Begitulah kehidupan

Kan bertemu pengakhiran

Perjalananmu mengharap redha

Diiringi harum setangkai doa


Kelahiran, kematian

Diserta dengan tangisan

Hujung hayatnya seorang insan

Berakhir di suatu persinggahan



Al-Fatihah buat Allahyarham Suhaimi Saad dan semua yang telah pergi meninggalkan kita. Moga mereka diampunkan Tuhan dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top