Sinopsis Filem Harimau Malaya: The Untold Journey

Sebelum ini, peminat bola sepak tanah air pernah dihidangkan dengan filem “Ola Bola” yang memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.



Terkini Afdlin Shauki mengarahkan filem baharu ‘Harimau Malaya’ yang diilhamkan daripada kelayakan Piala Asia AFC pasukan kebangsaan.

Diilhamkan daripada 'true events', Harimau Malaya: The Untold Journey akan tertumpu kepada pasukan bola sepak negara dan perjalanan untuk layak ke Final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas 42 tahun.

Harimau Malaya kali terakhir melayakkan diri pada edisi 2007 sebagai salah satu daripada empat negara tuan rumah.

Menurut Afdlin, filem itu akan diceritakan dari empat perspektif — peminat tegar tempatan dikenali sebagai Ultras Malaya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain serta jurulatih.

Filem itu, dengan bajet RM5 juta, akan memulakan sesi penggambaran utama pada akhir bulan ini selepas dua bulan berada dalam pra-produksi dan dijangka ditayangkan di pawagam menjelang April tahun depan.

Filem itu akan memfokuskan kepada peristiwa yang berlaku di sebalik tabir dalam FAM berikutan peletakan jawatan bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe pada Januari 2022, yang kemudiannya digantikan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Keempat-empat perspektif itu akan berakhir semasa perlawanan akhir kelayakan Piala AFC di mana Harimau Malaya berjaya memastikan kemenangan menentang Bangladesh untuk layak ke final Piala AFC.

Filem ini menampilkan barisan bintang tempatan yang hebat seperti Tony Eusoff, Namron, Kavin Jay, Syafiq Kyle, Vanidah Imran dan Sophia Albarakbah.


Sumber:

https://www.malaymail.com/news/showbiz/2023/10/13/afdlin-shauki-to-direct-new-harimau-malaya-film-inspired-by-national-teams-afc-asian-cup-qualification/95975









0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top