Selepas Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu memasuki era yang kelihatan aman tetapi reputnya adalah dari dalam. Kejahatan tidak lagi bersembunyi di lorong gelap - ia dilindungi oleh birokrasi, oleh hierarki dan oleh wang.
Meor Abdul Rahman berkhidmat sebagai pegawai CID dalam Pasukan Polis British. Dari dalam pasukan itu, dia membongkar rangkaian rasuah yang diketuai oleh Malcom, seorang pegawai polis berpangkat tinggi yang memanipulasi undang-undang untuk kepentingan peribadi. Di jalanan, kuasa dijalankan oleh Lee Khoon, seorang ketua samseng yang mendominasi perjudian, keganasan dan penyeludupan candu dengan perlindungan polis.
Kepada komer yang masih tanya bila FIlem Libang Libu nak keluor panggung ? 😤
Ate! ini dia Poster Rasmi Pertama filem “Libang Libu” 🫡
Separuh pelakon Malaysia dalam satu filem chor!
Nantikan Siri Poster Rasmi Libang Libu nanti!
Ramai chor! 🤣
Moh kita nengok di pawagam 23 April 2026!
Apabila sebuah produksi filem memilih sebuah kampung sebagai lokasi penggambaran, seluruh penduduk jadi kecoh; dari imam, ketua penanggah, bakal pengantin, hinggalah pelakon popular yang rupanya menyimpan konflik identiti sendiri.
Di sebalik kemeriahan itu, dua beradik, Alid seorang “abang long” kampung dan Man Pilem yang diburu hutang akibat ketagihan judi berdepan krisis besar apabila tanah pusaka arwah opah tergadai. Luka lama, rasa dikhianati dan ego memisahkan mereka, namun ancaman luar memaksa mereka bersatu demi maruah keluarga.
Dengan kepelbagaian karakter yang penuh warna - pengarah filem yang tegas, hero filem yang mahu jadi diri sendiri, orang kampung yang kuat adat dan cepat menghukum, kampung kecil itu menjadi pentas sebenar tentang penerimaan, kasih sayang dan erti keluarga.
Filem ini ialah drama komedi komersial yang menggabungkan konflik adik-beradik, pertembungan budaya dan humor satira dalam sebuah kisah yang lucu, emosional dan sangat dekat dengan realiti masyarakat kita
Jom tag geng korang ramai-ramai serbu panggung wayang nanti!
Dalam perjalanan kehidupan Isyak membesarkan anak perempuannya, Maya, pelbagai rintangan dan dugaan telah dihadapi, daripada kehilangan pekerjaan, jatuh sakit sehinggalah kehilangan pendengaran. Namun, ikatan kasih sayang dalam keluarga terus kekal untuk melalui masa-masa sukar.
As Isyak and his daughter Maya face the ups and downs of life, from losing a job to battling illness and the loss of hearing, their strong bond reveals the enduring power of love and family to carry them through the toughest times.
Pengarah: Mohd Shah Faizul
Skrip: Wan Rafiq Fadzly
Pelakon: Qi Razali, Sweet Qismina, Cristina Suzanne, Adam Lee dan Kis Aisha.
Pelakon: Nini Razali, Amir Masdi, Loke Keng Sun, Dinda Dania
Sinopsis Filem Dongeng Sang Kancil
Diadaptasi daripada cerita rakyat tradisional kanak-kanak Melayu, 'Dongeng Sang Kancil' mengisahkan seekor kancil, Sang Kancil, bertubuh kecil tetapi licik dan bijak. Dengan kecerdasannya, Sang Kancil sering melarikan diri dari bahaya dan kadangkala membantu haiwan lain yang memerlukan bantuan.
#LayarNostalgiaKL ~ Hujung minggu hadapan! Tayangan percuma 8 filem dari tahun 1970an ke 1990an yang bertempat di Kuala Lumpur. Projek usahasama Kuman Pictures dan SIAR, untuk festival Kreatif KL anjuran Think City.
Lokasi ialah Semua House (betul-betul di tangga Semua Stairs depan pintu utama) dan masuk adalah percuma.
Kami juga bawakan beberapa artis dan tenaga kerja filem berkaitan untuk sesi suai mesra.
Sebelum ini, peminat bola sepak tanah air pernah dihidangkan dengan filem “Ola Bola” yang memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.
Terkini Afdlin Shauki mengarahkan filem baharu ‘Harimau Malaya’ yang diilhamkan daripada kelayakan Piala Asia AFC pasukan kebangsaan.
Diilhamkan daripada 'true events', Harimau Malaya: The Untold Journey akan tertumpu kepada pasukan bola sepak negara dan perjalanan untuk layak ke Final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas 42 tahun.
Harimau Malaya kali terakhir melayakkan diri pada edisi 2007 sebagai salah satu daripada empat negara tuan rumah.
Menurut Afdlin, filem itu akan diceritakan dari empat perspektif — peminat tegar tempatan dikenali sebagai Ultras Malaya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain serta jurulatih.
Filem itu, dengan bajet RM5 juta, akan memulakan sesi penggambaran utama pada akhir bulan ini selepas dua bulan berada dalam pra-produksi dan dijangka ditayangkan di pawagam menjelang April tahun depan.
Filem itu akan memfokuskan kepada peristiwa yang berlaku di sebalik tabir dalam FAM berikutan peletakan jawatan bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe pada Januari 2022, yang kemudiannya digantikan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Keempat-empat perspektif itu akan berakhir semasa perlawanan akhir kelayakan Piala AFC di mana Harimau Malaya berjaya memastikan kemenangan menentang Bangladesh untuk layak ke final Piala AFC.
Filem ini menampilkan barisan bintang tempatan yang hebat seperti Tony Eusoff, Namron, Kavin Jay, Syafiq Kyle, Vanidah Imran dan Sophia Albarakbah.
Filem 'Pendekar Awang - Darah Indera Gajah' adalah kesinambungan kepada Mat Kilau dan merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah benar. Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd ini menelan kos sebanyak RM12 juta diarahkan bersama oleh dua orang pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza. Filem Pendekar Awang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 11 Januari 2024.
Berkisar tentang peristiwa selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.
Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran.
Pendekar Awang (Darah Indera Gajah) ini juga adalah sebuah filem yang mengangkat tema memperkasa wanita dengan mengetengahkan perjuangan isteri Awang dalam menentang penaklukan British di Tanah Melayu. Filem ini juga mengupas tentang perjuangan isteri Awang yang bersama-sama menentang penjajahan.
Setiap zaman…di tanah berdaulat ini ada pahlawannya.
Bukan sahaja diiktiraf di peringkat global, filem ‘Abang Adik’ juga telah memecahkan rekod apabila berjaya mengumpul NT$40mil (RM6.5 juta) dalam masa 10 hari tayangan di Taiwan.
Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia Jin Ong yang bertajuk ‘Abang Adik’ telah menarik perhatian komuniti penerbit filem di peringkat global..
‘Abang Adik’ mula menarik perhatian orang ramai sejak bulan Mac tahun ini apabila telah mendominasi enam kategori di Festival Filem Antarabangsa Fribourg di Switzerland, termasuklah kategori hadiah utama, hadiah juri khas, hadiah juri belia, dan hadiah kritik.
Bukan itu sahaja, filem berkenaan turut memenangi Anugerah Juri Ekumenikal dan Anugerah Penonton.
Kalau anda nak tahu, filem ‘Abang Adik’ merupakan usaha kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang berjaya meraih pelbagai anugerah sejak termasuk di Festival Filem Asia Timur ke-25 di Udine, Itali, Festival Filem Asia New York ke-22, Festival Filem Seratus Bunga Emas di China dan Festival Filem Antarabangsa QCinema – The Next Asian Wave di Filipina.
Filem bergenre drama dan keluarga itu juga mendapat pengiktirafan di Anugerah Golden Horse ke-60 di Taipei apabila dicalonkan dalam tujuh kategori.
Kategori tersebut ialah Pelakon Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Taiwan Wu Kang Ren, Pelakon Pembantu Terbaik, Pengarah Baru Terbaik, Pelakon Baru Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Filem Asli Terbaik, dan Solekan serta Reka Busana Terbaik.
Baru-baru ini, ‘Abang Adik’ mencatat sejarah di Taiwan apabila mencipta rekod pecah panggung dengan kutipan RM2.2 juta selepas hanya tiga hari ditayangkan.
Malah filem karya pengarah kelahiran Taiping, Perak itu juga berjaya menarik tumpuan orang ramai apabila telah mencipta kejayaan dengan rekod kutipan sebanyak NT$40mil (RM6.5 juta).
Tidak sangka dengan khabar berita mengejutkan tersebut, Ong mengakui telah mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak penayangan filem di Taiwan.
“Saya menangis kerana tiga hari pertama tayangan filem ini pun kami berjaya meraih RM2.2 juta. Semasa di Taiwan saya juga menangis selepas mendapat berita itu. Semua filem Malaysia yang pernah ditayangkan di Taiwan terdahulu masih tiada rekod ini.
“Sebenarnya saya juga takut untuk tayangkan Abang Adik di Taiwan kerana ia mungkin jadi seperti filem-filem lain sebelum ini. Tapi sejak ditayangkan, ia sering diperkatakan penonton di sana,” katanya ketika sesi tayangan filem berkenaan.
Sinopsis Filem Abang Adik
‘Abang Adik’ menceritakan kisah dua orang lelaki tanpa dokumen mengharungi kehidupan miskin di Malaysia. Filem tersebut juga menggambarkan realiti kehidupan di sebuah sudut tersembunyi di ibu kota, Kuala Lumpur.
Kedua-dua watak anak yatim dilakonkan oleh Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren itu tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu sebuah kawasan yang terkenal dengan pasar basah.
Mereka berdua turut dibesarkan tanpa keluarga di bawah jagaan jiran mereka, Kakak Money (Tan Kim Wang), yang menganggap mereka sebagai anak kandung bagi memastikan kelangsungan kehidupan dua anak yatim tersebut.
Kepada kaki filem, jangan lepaskan peluang untuk menonton ‘Abang Adik’ yang akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 14 Disember ini.
Filem Ketika Berhenti Di sini mengisahkan kehidupan pereka grafik, Anindita Semesta. Dita secara tidak sengaja bertemu dengan seorang arkitek bernama Edison Kartasasmita dan memulakan hubungan dengannya.
Pada mulanya mereka terlibat dalam perselisihan faham tetapi berakhir dengan perbualan hangat yang membuatkan mereka berdua tidak mahu melepaskan satu sama lain.
Kisah cinta mereka berlarutan selama 4 tahun sehingga akhirnya Dita merasakan perhubungan itu entah ke mana dan timbul pula perasaan menuntut. Pertengkaran berlaku tetapi siapa sangka, Ed mengalami kemalangan kereta dan meninggal dunia.
Atas kejadian ini, rasa bersalah terus menyelubungi Dita dan membawa kesedihan yang mendalam di hatinya. Dua tahun kemudian, Ifan Randuwana yang merupakan kawan Dita sejak kecil menjadi kekasih Dita dan bersama-sama cuba menjalani kehidupan baru.
Para pelakon:
Prilly Latuconsina sebagai Anindita Semesta (Dita)
Malbatt: Misi Bakara menampilkan pelakon seperti menampilkan Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah and Theebaan G.
NANTIKAN 24 OGOS 2023 - MALBATT - BAKARA
Filem genre aksi ketenteraan ini akan menceritakan tentang peristiwa Black Hawk Down versi Malaysia NANTIKAN 24 OGOS 2023 - MALBATT - BAKARA
Filem genre aksi ketenteraan ini akan menceritakan tentang peristiwa Black Hawk Down versi Malaysia.
Dengan kos pembikinan mencecah RM20 juta, MALBATT: Misi Bakara menjadi filem tempatan paling mahal dengan menggunakan kos tertinggi dalam sejarah.
Menurut pengarah filem aksi tersebut, Andrian Teh, daripada RM20 juta 70 peratus kos digunakan untuk produksi selain menggunakan khidmat barisan pelakon terkenal.
Selain penggambaran di Turki selama tujuh minggu yang memakan kos yang tinggi, faktor mahu menceritakan kisah sebenar antara penyebab ia menelan belanja yang tinggi.
Malbatt Misi Bakara dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.
Sinopsis filem Malbatt: Misi Bakara
Filem ini adalah kisah benar mengenai operasi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam perang saudara di Somalia. Cerita ini pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu Black Hawk Down.
Filem ini juga akan membawa penonton menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.
Filem arahan Areel Abu Bakar (Geran) itu menampilkan barisan pelakon seperti Megat Sharizal, Puteri Qaseh (Roh) dan bintang dari filem Geran, Namron, Fad Anuar dan Taiyuddin Bakar.
Filem Walid ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 September 2023.
Kini sedang tayang di pawagam Amerika.
Menurut pelakon utamanya, Megat Sharizal Yusoff, pemilihan filem itu adalah berdasarkan keunikannya yang menampilkan budaya silat selain isu kritikal menjadi fokus utamanya.
Walid mengetengahkan isu pemerdagangan kanak-kanak. Di sebalik isu itu, sebagai filem ia menjual aksi dan 100 peratus yang berlakon ada asas silat.
Senarai ini telah dikongsikan oleh Sabrina Shuhaimi menerusi twitter beliau @SabrinaShuhaim1(boleh klik untuk tweet asal) serta ramai rakan twitter yang lain. Beliau juga merupakan orang kuat untuk FeverGlam. Okay, kita lihat senarai filem Egllish dan Korea berkaitan virus, bencana & wabak.
2019 mencatatkan kenangan manis tersendiri kepada industri perfileman Malaysia apabila filem-filem animasi tempatan yang ditayangkan mendapat sambutan yang begitu meriah dan luar biasa! Filem animasi kita membuktikan mereka berada di dalam kelas tersendiri apabila penghasilannya bertaraf antarabangsa dan diminati ramai. Jom kita lihat filem-filem animasi berjaya yang ditayangkan 2019 ini!
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
- Dengan kos sebanyak RM 20 juta, filem yang dihasilkan Les' Copaque Production ini berjaya mencatat sebanyak RM 26.19 juta.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal adalah filem pengembaraan animasi Malaysia 2019. Filem ini mengikuti pengembaraan kembar dan kawan mereka di kerajaan Inderaloka yang fantastik, di mana mereka harus menyelamatkan kerajaan daripada raja jahat.
Ia adalah filem ciri ketiga berdasarkan siri TV animasi Upin & Ipin oleh Les 'Copaque Production, selepas Geng: Pngembaraan Bermula pada tahun 2009 dan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! pada tahun 2016. Dengan bajet RM20 juta, ia adalah filem Malaysia paling mahal yang pernah dibuat.
Versi Bahasa Melayu asalnya dikeluarkan pada 21 Mac 2019 di Malaysia, Brunei dan Singapura. Filem ini telah meraup kira-kira RM26 juta di Malaysia, menjadikan filem animasi tempatan paling tinggi kedua di pawagam Malaysia.
Filem ini memenangi Filem Ciri Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa Montreal 2019 dan Filem ini dikemukakan untuk pertimbangan dalam kategori Filem Animasi Terbaik di 2020 Academy Awards.
- Dengan kos sebanyak RM 7 juta, filem yang dihasilkan Animonsta Studios ini berjaya mencatat sebanyak RM 29.60 juta.
BoBoiBoy Movie 2 adalah filem komedi superhero komputer animasi Malaysia yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini mengikuti BoBoiBoy dan rakan-rakan kerana mereka harus melawan penjahat kuno bernama Retak'ka yang mahu mengambil alih kuasa-kuasa elemental BoBoiBoy.
Ia adalah filem kedua yang akan dihasilkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie (2016). Ia merupakan sekuel yang berdiri sendiri untuk musim pertama BoBoiBoy Galaxy. Ia ditulis bersama oleh Nizam sendiri dan Anas Abdul Aziz. Ini adalah filem pertama yang menggunakan tetapan dan watak dari BoBoiBoy Galaxy.
Ia dikeluarkan secara serentak di 4 negara, termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura pada 8 Ogos 2019. Versi dub Vietnam itu dikeluarkan di Vietnam pada 30 Ogos 2019.
BoBoiBoy dan kawan-kawan Yaya, Ying, Gopal, dan Fang adalah remaja berusia 14 tahun yang semuanya mempunyai kuasa besar unik yang berbeza. BoBoiBoy mempunyai tujuh kuasa asas: Api, Air, Kilat, Angin, Daun, Bumi dan Cahaya. Spheres Power adalah robot yang mengandungi kuasa dan pelindung galaksi. Bersama-sama mereka melancarkan dunia galaksi dalam angkasa untuk menyelamatkan Spheres Daya yang dikendalikan oleh kejahatan.
- Dengan kos sebanyak 6.5 juta, filem yang dihasilkan WAU Animation ini berjaya mencatat sebanyak 25 juta (dan sewaktu artikel ini ditulis filem ini masih lagi ditayangkan).
Ejen Ali: Filem ini adalah filem aksi filem pengintip animasi komputer tahun 2019 di Malaysia. Filem ini mengikuti ejen remaja pengintip Ali kerana dia perlu mendedahkan misteri yang mengancam bandar Cyberaya dan mempertaruhkan kesetiaan kepada agensi rahsia MATAnya.
Ejen Ali memegang peranannya sebagai perisik MATA dan satu-satunya tuan IRIS sekarang. Tetapi tidak diketahui Ali, MATA sedang membangunkan versi baru IRIS, IRIS Neo. Apabila IRIS Neo mula digunakan untuk semua ejen, Ali mula mempersoalkan kegunaannya kepada MATA. Dia didatangi oleh seorang misteri yang bernama Niki yang mendakwa mengetahui tentang keberadaan ibu bapa yang hilang. Meningkatkan kesetiaannya kepada MATA, Ejen Ali kini akan mengejar mengejar mendesak untuk membongkar pautan misteri itu
Lirik Semak - Simfoni Dalam Poket (OST Busker The Movie) | Kumpulan Simfoni Dalam Poket terdiri daripada Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Bulan. Mereka adalah band muzik yang diilhamkan dalam filem Busker ini merupakan di bawah bimbingan penyanyi dan pemuzik terkenal iaitu Monoloque yang juga merupakan penata muzik bagi filem Busker.
“Jibam” merupakan tajuk sebuah novel yang ditulis oleh Ibrahim Anon (terkenal dengan nama pena “Ujang”) dan diterbitkan oleh Creative Enterprise sekitar tahun 1992. Pelakon utama untuk filem Jibam ini adalah adik Mohd Ariff yang melakonkan watak Buntat dalam drama 7 Hari Mencintaiku.
Jibam – nama sebenarnya Ashraf -- anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun, mempunyai keistimewaan yang tersembunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri. Novel ini juga mengetengahkan watak seperti Tok Ngah Sudin yang pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap pembaca kepada watak ini kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan dan permusuhannya dengan Jibam sehingga sanggup untuk menamatkan riwayat anak kecil ini. Selalu benar Tok Ngah Sudin memperdajalnya. Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yang membencikan, malah watak Fakir juga amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang pada nama. Jibam juga dibenci Usin Singai. Watak seperti watak Kadir, abang kedua Jibam, dan Piah, ibu Jibam, menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yang banyak membela Jibam walau caranya agak kasar.
Jibam versi 2008
“Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.”
-- Ujang, “Jibam” (1992).
JIBAM THE MOVIE 2017
Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.
Tombiruo adalah novel misteri popular (bestseller) tulisan Ramlee Awang Murshid atau lebih kenali sebagai RAM di kalangan para peminatnya (Ramians). Beliau sangat terkenal sebagai penulis novel genre thriller di Malaysia. Bakal mula ditayangkan pada 12 Oktober, filem ini bukan saja dinantikan mereka yang berminat dengan karya beliau, namun juga peminat filem adaptasi dan filem aksi di Malaysia. Di bawah ini pula saya kongsikan sinopsis dan salah satu lirik lagu yang menjadi lagu tema (OST) untuk Tombiruo berjudul Ribut Hati.
Tombiruo bermaksud hantu dalam bahasa Kadazan Dusun.
Lirik Ribut Hati - Aina Abdul (OST Tombiruo The Movie)
Takkan ada yang memahami
Kegelapan yang menyelubungi
Menutupi sinar matahari
Menjagaku
Lindungiku
Namunkan tiba di suatu masa
Terpaksaku meninggalkan semua
Kegelapan yang sedia ada
Menjagamu
Lindungimu
Dengar bisikan kasih di hati
Ribut dan hujan takkan abadi
Tenanglah sayangku
Agar hatimu berpandukan cinta
Semua yang jadi ada hikmahnya
Hatiku resah dan tak bermaya
Ketakutan tanpa tujuan
Kau beriku kekuatan
Dengar bisikan kasih di hati
Ribut dan hujan takkan abadi
Tenanglah sayangku
Agar hatimu berpandukan cinta
Ke mana jua kita berada
Impian yang dikecapi
Apapun jua yangkan terjadi
Kita bersama berpandukan kasih
Tenanglah sayangku
Agar hatimu berpandukan cinta
Agar hatimu berpandukan cinta
*****
Sinopsis Tombiruo: Penunggu Rimba
Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila dia kehilangan ayahnya, Pondolou, itu menimbulkan kemarahan Tombiruo. Dia mula memburu pembunuhnya. Tanpa disedari, rupanya Amiruddin juga memburu Tombiruo kerana percaya Tombiruo yang menyebabkan dia kehilangan Tan Sri Berham dan Salina. Pergelutan di antara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Sementara itu samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.
Trailer
Para pelakon:
Zul Ariffin - Ejim
Faizal Hussein - Pondolou
Nabila Huda - Wan Suraya
Farid Kamil - Amiruddin
Hasnul Rahmat - Juslan
M.Nasir - Tan Sri Berham
Marlia Musa - Bonda
Faye Kusairi - Salina
Akim and The Majistret muncul dengan lagu baru berjudul Lygophobia. Lagu yang ditulis oleh Hang Nadim dan lirik oleh Laq ini telah menjadi lagu tema (OST) untuk sebuah filem bertema kasih sayang dan kekeluargaan yang berjudul Bisik Pada Langit.
Lygophobiayang bermaksud ketakutan berada dalam tempat gelap atau kegelapan. Perkataan lygo adalah perkataan latin yang bermakna bayang-bayang yang hampir kepada gelap.
Sinopsis Bisik Pada Langit:
Keluarga Rosli dikejutkan dengan berita kemalangan anaknya yang belajar di luar negara dan menjadi terdesak untuk melawatnya di sana. Namun, niat si ayah itu menimbulkan tentangan dan ketegangan dalam kalangan ahli keluarga kerana mereka tidak mempunyai simpanan wang yang mencukupi. Tanpa disangka, niat si ayah juga menjadi punca kepada pergaduhan mereka sekeluarga. Sejauh manakah kasih seorang ayah terhadap anak-anaknya?
*Oh ya difahamkan filem ini juga telah diterbitkan dalam bentuk novel. Menarik bukan? Malahan banyak review menyatakan filem arahan Kabir Bhatia ini bagus dan menyentuh perasaan menerusi sinematografi, lakonan, skrip serta jalan ceritanya. Penuh penghayataan. Antara review menarik yang saya baca ada di sini: lunastory.com & siqahiqa.com.