Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts

HARIMAU MALAYA





Hey kau si gadis berkebaya, Apa yang membuat kau menjeling?

Ketat! Singkat !

Tinggal semalaman dunia aktres, Kembali hidangkan ku tat susu,

Comel! Gedik!


Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah hancur hati, otaknya bersepai,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah hancur, hati Melayu kan layu?

Harimau Malaya, Hero si gadis Melayu, bukan!


Hey kau si cantik berkebaya, Apa yang membuat hati cair?

Ketat! Singkat !

Tinggal harian dunia kaku, Kembali ajar kami etika gadis,

Comel! Gedik!


Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah hancur hati Melayu yang layu,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah hancur hati Melayu yang layu.


'Kebaya, fesyen lama gadis Melayu, kegilaan dunia glamor kabaret, petunjuk ketulenan gadis Melayu, budaya pakai yang dimamah usia berzaman, hanya dijumpai di semua majlis-majlis kuno gadis Melayu'


Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah hancur hati Melayu yang layu,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah ucap hello, pergi kau melambai,

Harimau, harimau, harimau, harimau Malaya

Tak pernah hancur hati Melayu yang layu.

Harimau Malaya, Hero si gadis Melayu, bukan!  





Artist: MARIONEXXES

Digital Release Date: 9th September 2009


KEMAS KINI: Jadual Baharu Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024


Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan ke tempat lawan menentang Kemboja dan Thailand manakala aksi di gelanggang sendiri bertemu Timor-Leste/Brunei dan Singapura.







Keputusan Undian Piala Asia B-23 2024

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido telah diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait bagi saingan yang akan berlangsung di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei 2024. 


Jadual Kumpulan D, Piala Asia B-23 2024 Di Qatar

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido akan berdepan Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

▶️ Dua pasukan teratas layak ke suku akhir bertemu juara/naib juara Kumpulan C pada 26 April 2024


Rujukan:

https://twitter.com/vocketfc/

https://twitter.com/FAM_Malaysia/

https://twitter.com/afcasiancup/







Skuad Harimau Malaya memastikan mereka berada di puncak Kumpulan D saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 susulan kekalahan Oman kepada Kyrgyzstan 1-0. 

Senarai 25 pemain pilihan Kim Pan Gon untuk perlawanan pertama dan kedua Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026.


Round 2, Kelayakan Piala Dunia 2026 (Zon Asia)


Jadual untuk Malaysia 🇲🇾

16 Nov: 🏠🆚 🇰🇬 Kyrgyzstan

21 Nov: 🛫🆚 Chinese Taipei

21 Mac: 🛫🆚 🇴🇲 Oman

26 Mac: 🏠🆚 🇴🇲 Oman

6 Jun: 🛫🆚 🇰🇬 Kyrgyzstan

11 Jun: 🏠🆚 Chinese Taipei



FT: 🇲🇾 Malaysia 4-3 Kyrgyzstan 🇰🇬

✅ 3 mata penting
✅ Comeback
✅ +15.494 mata FIFA
Next: Chinese Taipei (Selasa, 21 November)




FT: Chinese Taipei 0-1 Malaysia 🇲🇾


✅ 3 mata

✅ Clean sheet

✅ +10.65 mata FIFA

Next: Friendly (3 Januari 2024), Piala Asia (16 Januari 2024)



Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 130 dunia, berjaya naik 7 anak tangga berbanding 137 pada kemas kini terdahulu, 26 Oktober 2023.

* Kemas kini seterusnya 21 Disember 2023



Sumber:

https://twitter.com/FAM_Malaysia/

https://twitter.com/BBST15/

https://twitter.com/ultrasmalaya07/

https://twitter.com/vocketfc

https://www.stadiumastro.com/











Sebelum ini, peminat bola sepak tanah air pernah dihidangkan dengan filem “Ola Bola” yang memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.



Terkini Afdlin Shauki mengarahkan filem baharu ‘Harimau Malaya’ yang diilhamkan daripada kelayakan Piala Asia AFC pasukan kebangsaan.

Diilhamkan daripada 'true events', Harimau Malaya: The Untold Journey akan tertumpu kepada pasukan bola sepak negara dan perjalanan untuk layak ke Final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas 42 tahun.

Harimau Malaya kali terakhir melayakkan diri pada edisi 2007 sebagai salah satu daripada empat negara tuan rumah.

Menurut Afdlin, filem itu akan diceritakan dari empat perspektif — peminat tegar tempatan dikenali sebagai Ultras Malaya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain serta jurulatih.

Filem itu, dengan bajet RM5 juta, akan memulakan sesi penggambaran utama pada akhir bulan ini selepas dua bulan berada dalam pra-produksi dan dijangka ditayangkan di pawagam menjelang April tahun depan.

Filem itu akan memfokuskan kepada peristiwa yang berlaku di sebalik tabir dalam FAM berikutan peletakan jawatan bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe pada Januari 2022, yang kemudiannya digantikan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Keempat-empat perspektif itu akan berakhir semasa perlawanan akhir kelayakan Piala AFC di mana Harimau Malaya berjaya memastikan kemenangan menentang Bangladesh untuk layak ke final Piala AFC.

Filem ini menampilkan barisan bintang tempatan yang hebat seperti Tony Eusoff, Namron, Kavin Jay, Syafiq Kyle, Vanidah Imran dan Sophia Albarakbah.


Sumber:

https://www.malaymail.com/news/showbiz/2023/10/13/afdlin-shauki-to-direct-new-harimau-malaya-film-inspired-by-national-teams-afc-asian-cup-qualification/95975









 



Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada 2024 ini. Alhamdulillah. Tahniah! 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah. 

Semoga Maju Jaya, Harimau Malaya! Malaysia boleh. 


- Klik untuk senarai tayangan skrin besar seluruh Malaysia untuk Piala Asia Qatar 

















Twitter:









Jadual Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan berdepan Oman, Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei/Timor-Leste dalam saingan Kumpulan D.

2 pasukan teratas setiap kumpulan (18 pasukan) akan layak ke Piala Asia 2027 Arab Saudi dan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2026.

Saingan bermula 16 November 2023 hingga 11 Jun 2024.


Selamat Maju Jaya buat Harimau Malaya. Malaysia Boleh! 🇲🇾


Sumber:

https://twitter.com/FAM_Malaysia/status/1684491107617615872?t=mCDaQVK3Dgf_y221EcNaaw&s=19

https://twitter.com/afcasiancup/status/1684486410022305793?t=EGDygYTaFN1UaFFyw4dkKg&s=19


Tahniah untuk pasukan Malaysia yang berjaya ke pusingan kedua dalam Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Jadi, mari kita seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya.

Hanya juara kumpulan dan 4 pasukan naib juara yang terbaik (12 pasukan) akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2023.

Manakala baki pasukan yang tidak berjaya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 akan beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 dimana 24 pasukan akan dibahagikan dalam 6 kumpulan.

Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan namun hanya dua pasukan teratas kumpulan sahaja dapat tiket beraksi di Piala Asia 2023

Kumpulan G
  • UAE
  • Vietnam
  • Thailand
  • Malaysia
  • Indonesia
Jadual pusingan ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

05/09/19: 3-2 🇮🇩 Indonesia
10/09/19: 1-2 🇦🇪 UAE
10/10/19: 🇻🇳 Vietnam ✈️
14/11/19: 🇹🇭 Thailand 🏠
19/11/19: 🇮🇩 Indonesia 🏠
26/03/20: 🇦🇪 UAE ✈️
31/03/20: 🇻🇳 Vietnam 🏠
09/06/20: 🇹🇭 Thailand ✈️

Gambar dan berita bola sepak tempatan boleh didapati di twitter:
Berita Bola Sepak 🇲🇾 @BBST15
Selamat berjuang,  Harimau Malaya. Malaysia boleh!

Pautan lain: 
- Undian Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023 Bermula Hari Ini
- Keputusan Undian Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Dan Piala Asia China 2023

- Laman web FAM Malaysia 
- Twitter FAM Malaysia
- Facebook FAM Malaysia

*Klik gambar untuk lebih jelas.



KL 2017 kembali lagi dengan sukan Para Asean ke-9! Pada Sukan Sea ke-29 baru-baru ini kita telah menjadi juara keseluruhan dengan memperolehi 145 pingat emas melebihi sasaran sebanyak 111 emas. Untuk Sukan Para Asean kali ini, kontinjen kita mensasarkan 103 jumlah pingat emas. Moga berjaya! Insya-Allah.


*Untuk mengetahui mana nak dapatkan maskot Rimau yang comel: adalah di sini: tmshop.tm.com.my. Dan jika mahu boleh beli cenderahati barangan sukan lain (seperti T-shirt, keychain, alat tulis, payung dan pelbagai lagi) di sini - http://www.fmstore.com.my . Dan jika mahu beli terus ada di jual di stesen Mesra Petronas yang terpilih.

*Jika nak tahu lanjut mengapa pemenang pingat dihadiahkan pokok: boleh baca di awani


Aplikasi KL 2017 untuk telefonKL 2017 - 9th Para Asean
Oh ya! Tiada penjualan tiket untuk kesemua acara Sukan Para Asean ini. Jemput  datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada mereka beramai-ramai! Jom!
Nah di bawah ini Jadual untuk Sukan Para Asean KL 2017:





Akses ke tempat pertandingan:
(Klik pada gambar untuk lebih jelas)







Facebook rasmi: Kuala Lumpur2017
Twitter / Instagram KL 2017:  @KL2017 |  @ kualalumpur2017

Twitter Team Malaysia: @myTeamMAS

Antara Lagu Tema Sukan Sea 2017: Tangan-tangan Yang Menjulang - Asmidar



Jom imbas semula aksi comel maskot Rimau. Comel!






Semoga maju jaya untuk team Malaysia kali ini! Kontinjen yang menggunakan tagline Kami Luar Biasa, semangat mereka memang benar-benar luar biasa! Selamat maju jaya semuanya! Jom Bangkit Bersama dan Malaysia Boleh!  🇲🇾



Selain lagu SELAMANYA oleh ultras malaya ft altimet, joe flizzow &carledd khaza untuk harimau-malaya , lagu bangun harimau bangun ini juga cepat mencuri tumpuan dan sering kedengaran . Nah, anem kongsikan di sini liriknya . Jom layan :)



Lirik lagu Bangun Harimau Bangun ( Malique )

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Sfera pun berpusing, musim demi musim
Di padang bertuah ini ku masih bermukim
Bumi yang ku huni ini baktinya teramat
Sakti dan keramat, ku pastikan selamat
Di sinilah duniaku tempat berhabitat
Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
Hubungan diikat, minat ligat dipergiat
Tempat belajar memikat dan tendangan lipat

Harimau sekawan aku chill tidak porak
Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak
Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat
Budak flat juga mampu tuk berjasa pada rakyat
Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian
Kapitan bisikkan titipan unit perisikan
Asah kuku taring kerna sikit lepas isyak
Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak
(bangun harimau bangun)

Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
Datang tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya
Ini padang kami tiada siapa boleh ambik
Yang mencabar sedia tuk dicakar dan dicarik
Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta
Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur
(bangun harimau bangun)

Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Yang di hadapan pastikan terus maju
Yang di belakang pastikan terus kukuh
Mereka datang macam tamu, kita jamu
Mereka datang macam musuh kita

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Download mp3 bangun harimau bangun (malique ) : sini

Kongsikan semangat dan sokongan untuk Pasukan Harimau Malaya (Malaysia ) :
 AFF Suzuki Cup facebook , AFF Suzuki Cup Twitter , AFF suzuki Cup Official website :-)

Malaysia Boleh ! #HarimauMalaya

sumber gambar : bharian









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top