Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Fakta dan Penerangan Tentang Kes Nik Elin


ISLAM TERANCAM?

Tak betul. Sedikit pun tidak. 

Hari ini kita digemparkan dengan keputusan Kes Nik Elin & Tengku Yasmin melawan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kenapa dia nak lawan? Apa yang dia lawan? Bila dia mula lawan?

Tak payah pening. Jom baca kemudian kongsi 🧵


Kerajaan Negeri berkuasa untuk menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah. DUN Kelantan telah melakukan kesilapan dimana penggubalan itu bercanggah dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri berkuasa untuk menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah. DUN Kelantan telah melakukan kesilapan dimana penggubalan itu bercanggah dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.


Walaupun 16 seksyen dibatalkan, majoriti seksyen masih dikekalkan. Kenyataan mengatakan Mahkamah Syariah Kelantan hilang ‘taring’ adalah mitos.

16 seksyen yang dibatalkan itu, sudah terdapat dalam Kanun Keseksaan dan pesalah masih boleh didakwa. Cuma ia akan dibawa ke Mahkamah Sivil.

Tidak timbul isu bahawa 16 kesalahan itu kini boleh dilakukan di Kelantan. 


Jadi kenapa Mahkamah Persekutuan batalkan? Sebab berlaku pertindihan. 

Rujuk kes Iki Putra Mubarak VS Kerajaan Negeri Selangor. Bila pesalah mencabar keabsahan Badan Perundangan Negeri di bawah Perkara4(3) dan Perkara 128(1) di Mahkamah Persekutuan, ia akan berpihak pada pesalah. 

Undang-undang yang dibuat dengan tidak kompeten boleh dibatalkan di bawah Perkara 4(1).

Hukuman peruntukan Kanun Keseksaan lebih setimpal dan lebih adil kepada keluarga mangsa. 

Ketika RUU355 ingin dibahaskan, tujuannya adalah untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah, tapi ianya tidak sempat dilakukan walaupun mempunyai niat untuk digubal.


Sebenarnya Nik Elin & Tengku Yasmin dah failkan notis usul ini sejak 25 Mei 2022 lagi.

Pada 30 September 2022 notis usul  cabaran ini telah dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan. 

Kemudian pada 13 Oktober 2022, Nik Elin juga terus memfailkan petisyen untuk dibicarakan.

Kenyataan yang kata Kerajaan sekarang ini nak kurangkan kuasa Mahkamah Syariah tak berasas.

Sebenarnya Nik Elin memastikan kes seperti Iki Putra Mubarak tidak akan berulang dimana pesalah mencabar keabsahan undang-undang Negeri.

Nik Elin memastikan enakmen syariah Negeri Kelantan tidak bertindih dengan enakmen Kanun Keseksaan. Jadinya kes mencabar keabsahan undang2 negeri tak dapat dilakukan. 



https://twitter.com/asratmalaysia/


Kemaskini:

📌Keputusan kes Nik Elin: Kedudukan Mahkamah Syariah kekal utuh, terjamin dalam Perlembagaan 

📌Keperluan pindaan atau reformasi undang-undang bagi memperkasa Mahkamah Syariah akan segera dilakukan 


- Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

(JABATAN PERDANA MENTERI HAL EHWAL AGAMA) 






0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top