Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Resepi Burger Posperity Khairul Aming


Resepi Burger Ala Posperity


Bahan-bahan:

- Roti Hotdog

- Daging Ramly/Oblong

- Bawang besar 1/2 potong dadu.

- Bawang holland hiris nipis

- Tepung gandum 2 sudu

- Air 1 gelas

- Lada hitam serbuk

- Butter 2 sudu besar

- Sos tiram 2 sudu besar

- Kicap manis 1 sudu besar

- Garam secukup rasa


Cara-cara buat Prosperity Burger:

- Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap

* Uli daging ramly dan bentukkan macam bentuk roti (refer gambar)

* Goreng daging dulu (cucuk-cucuk dengan garfu)



Cara buat sos:

- Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum, kacau smpai jadi gold

- Kemudian masukkan air 1 gelas & kacau

- Kemudian masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam masak sampai pekat mana korang nak.

* Celupkan daging yang dah goreng tadi, letak atas roti dan letak bawang yang dihiris tadi.




Siappppp



Sumber: https://twitter.com/khairulaming


Lain:

https://twitter.com/MalayFoodHunter/



Beli produk sambal dan dendeng Khairul Aming di sini - https://shope.ee/9A0Pd0VsFZ






0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top