ADHD dan kusyuk solat


Saya mula kenal ADHD melalui kajian fiqh autisme, semasa menjawat jawatan Mufti dahulu. ADHD tidak berada pada spektrum autisme tetapi berkongsi beberapa persamaan simptom. 

Saya yakin ramai yang disahkan ADHD, berhadapan dengan kesukaran untuk khusyuk dalam solat. Ada cabaran tersendiri yang mungkin sukar difahami oleh yang tidak menghadapinya. 

Ada beberapa saranan saya kepada mereka yang ada ADHD untuk khusyuk dalam solat:

1. Terima ia dengan penuh redha. Allah SWT mencipta manusia dalam bentuk yg paling baik (ahsani taqwim). Ada kelebihan ADHDers berbanding yang lain.

2. Sebahagian ADHDers mudah lupa rakaat, surah dll kerana ada gangguan short-term & long-term memory. Malah, terlupa tunaikan solat. Ada yang menghabiskan masa yang amat lama untuk menyelesaikan solat. Saya sarankan guna alat bantu visual semasa solat.

3. Jika dengan menutup mata boleh membantu khusyu’, lebih afdhal menutup mata kerana ia lebih hampir kepada maqasid solat. Ada ADHDers yang “teruja” dengan corak dan warna-warni sejadah sampai lupa rakaat, bacaan solat dll.

[Kalau lupa al-Fatihah, lekatkan kertas/kad manila bertulisan surah al-Fatihah di hadapan. Kalau lupa rakaat, setiap kali selesai 1 rakaat, tanda di kertas dan letak di sebelah. Jika lupa solat, letak reminder di handphone. Itu contoh2nya] 

4. Anda tidak keseorangan. Cari rakan yang boleh sentiasa membantu anda. 

5. Tenang, berusaha sekadar mampu tetapi jangan berhenti berusaha. Jangan memaksa diri sehingga tertekan. Allah sentiasa melihat kesungguhan hamba-Nya.


Rahmat Allah itu luas.


[ADHD disahkan melalui diagnosis pakar. Bukan diagnosis sendiri. Mungkin ada yang sebenarnya berpenyakit waswas, pelupa, atau lebih teruk, pemalas. Itu tidak menjadikan sesorang itu ADHD.] 




Perkongsian 

https://twitter.com/drzul_albakri/





0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top