NO-BAKE INSTANT CEREAL CHOCOLATE POD 3 BAHAN
Oleh @danish.harraz
Bahan-bahannya:-
- 140g (2 cawan) Instant Cereal (Nestum timbang boleh beli di baking store)
- 320g (2 cawan) Choc Compound, cairkan dengan double boil atau guna microwave (Danish campur 1 cawan milk choc + 1 cawan dark choc. Rasa nestum pod nya manis just nice.
- Boleh guna semua milk jika suka lebih manis ya)
- Hazelnut Spread secukupnya (boleh juga guna chocolate yang dicairkan, peanut butter atau apa-apa yang dirasakan sesuaie dngan selera)
- (OPTIONAL) Sedikit Almond Nibs atau apa kekacang kegemaran yg telah disangai/panggang sebagai topping
TIPS:
PENTING: Bila siap gaul terus scoop dan tekan sedikit untuk isi filling bagi mengelak adunan jadi kering kerana chocolate mula mengeras dan untuk elak bila kita tekan nanti tepi-tepi pod jadi tak smooth.
Jika tak mahu guna cupcake liner, boleh juga terus bulat-bulatkan dan susun dalam tray. Kemudian tekan sedikit ditengahnya supaya senang untuk pipe kan filling.
Simpan dalam chiller hingga Cereal Pod mengeras, dalam 15 minit atau lebih bergantung pada peti sejuk. Bila Pod sudah mengeras, keluarkan dan biarkan diluar sekejap supaya lembut sedikit sebelum dimakan.
Selepas siap Danish simpan dalam bekas dan biarkan diluar dalam suhu bilik. Jangan biarkan di tempat yang suhunya panas. Danish tak simpan dalam peti sejuk dan ianya kekal elok dan tak cair.
Cookies 3 Bahan tak perlukan oven. Senang dan sedap. Selamat mencuba!🫶🏻 pic.twitter.com/MgMGH93Tga
— Danish Harraz (@Danish_Harraz) March 22, 2024
Terima kasih kasih adik Danish sudi berkongsi resepi dengan semua.
#DanishsRedKitchen
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.