Caj perkhidmatan penumpang (PSC terkini)


Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengumumkan bahawa bermula 1 Jun, semua pelepasan antarabangsa dari Terminal 1 KLIA akan dikenakan caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM73, dan RM50 untuk KLIA 2. 

Ini tanpa mengira sama ada penumpang tersebut mengembara dalam atau di luar Asean.

Caj PSC untuk pelepasan domestik akan kekal tidak berubah pada RM11. 

Kadar ini juga termasuk caj PSC pindahan yang baru diperkenalkan untuk penumpang yang berpindah melalui lapangan terbang Malaysia.

Penumpang domestik akan dikenakan caj sebanyak RM7 untuk berpindah melalui mana-mana lapangan terbang Malaysia.

Manakala penumlang antarabangsa akan dikenakan caj RM42 untuk berpindah melalui KLIA 1 dan RM29 melalui KLIA 2 atau lapangan terbang lain

Rumusan dari kenaikan cukai lapangan terbang (airport tax) yang diumum semalam:

1. Penerbangan dari Malaysia ke negara ASEAN: naik dari RM35 ke RM73

2. Penerbangan domestik bagi Lapangan Terbang Senai: naik dari RM11 ke RM16

3. Transit (pindah pesawat) domestik: naik dari RM0 ke RM7

4. Transit domestik (Senai sahaja): naik dari RM0 ke RM10

5. Transit penerbangan antarabangsa (KLIA1): naik dari RM0 ke RM42

6. Transit penerbangan antarabangsa (KLIA2): naik dari RM0 ke RM29

7. Penerbangan antarabangsa (KLIA2): TURUN dari RM73 ke RM50

Berikut senarai kadar terkini dan pindaan bermula 1 Jun 2024, untuk semua lapangan terbang di Malaysia.




Sumber:

https://twitter.com/pmbrutiketmurah/status/1767508068500431310?t=OSIc0vdttDKITh7nNPXFKQ&s=19






0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top