Laluan WCE (Banting-Taiping)

Laluan Banting-Taiping WCE dibuka awal 2024 secara berperingkat. 

Antara Jajaran Yang Dibuka:
Beruas - Lekir
Teluk Intan - Hutan Melintang
Assam Jawa (LATAR) - Kapar
Kapar - Bukit Raja

WCE sepanjang 233 kilometer (km) mula dibina pada 25 Ogos 2014 dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.044 bilion. Daripada jumlah itu, RM3.122 bilion adalah kos bagi pakej pembinaan di Selangor manakala RM1.922 bilion lagi membabitkan pakej pembinaan di Perak. 

Pengguna dapat mengelakkan kesesakan di Tapah dan Ipoh dengan menggunakan laluan ini.

Hal ini kerana, WCE bersambung dengan Jalan Negeri Selangor FT31 daripada Banting dan berakhir pada plaza tol Changkat Jering di bawah selian pihak PLUS.

Untuk meningkatkan kebolehcapaian, lebuhraya ini direka dengan menghubungkan beberapa lebuhraya sedia ada bagi memberikan kebolehcapaian pada tahap maksimum ketika perjalanan. Antaranya. Lebuhraya PLUS, SKVE, NKVE, NNKSB, LATAR, KESAS dan sebagainya. 

Tujuh pakej di negeri ini meliputi laluan Banting ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sepanjang 11 kilometer (km), SKVE ke Lebuhraya Shah Alam (SAE) (7.2km) dan SAE ke Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)/Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) sejauh 10.1 km.

KEMASKINI:

Pada 31 Mei 2019, Seksyen 8 dari persimpangan Hutan Melintang ke Teluk Intan sepanjang 19.1 km dibuka secara rasmi.

PADA 24 September 2019, Seksyen 9 dan 10 dari persimpangan Kampung Lekir ke Beruas, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dibuka kepada pengguna. 

November 2023 - 

Plaza Tol WCE Assam Jawa Lebuhraya WCE seksyen 6 persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang akan dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa (Ijok) yang akan mengambil masa hanya 15 minit berbanding 45 minit dengan melalui laluan sedia ada ketika di Kuala Selangor. 
Januari 2024 - 

 Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sejauh 35.5 kilometer yang menghubungkan Beruas ke Taiping Selatan dijangka dibuka menjelang Hari Raya Aidilfitri, April ini.


Mac 2024

Untuk pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), anda boleh masuk ke Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan, WCE menerusi Persimpanan Changkat Jering. 




0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top