SSPA: Kenaikan gaji 2024 penjawat awam (pelarasan)

Apa itu SSPA?

SSPA adalah singkatan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, menangani isu produktiviti yang rendah dan pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup.

Melalui SSPA, kerajaan akan menaikkan gaji, membuat pelarasan elaun.

Penjawat awam naik gaji lagi? Sebenarnya tidaklah naik berkali-kali pun. Kali terakhir pelarasan gaji golongan itu disemak, adalah 12 tahun dahulu. 

SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) 

Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

PELARASAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

Pelaksanaan pelarasan gaji penjawat dilakukan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 (Fasa 1) dan pada 1 Januari 2026 (Fasa 2). 

Pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.


Simulasi (contoh) kenaikan gaji penjawat awam:



Kalkulator gaji SSPA untuk buat anggaran kira-kira kenaikan gaji anda:





Pelaksanaan Pelarasan Gaji
Hanya terpakai kepada pegawai yang menerima opsyen SSPA sahaja

Tarikh pelaksanaan
Fasa 1 (1 DISEMBER 2024) dan Fasa 2 (JANUARI 2026)

Pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (PNP)
Fasa 1 (8%) dan Fasa 2 (7%)
Kumpulan pengurusan tertinggi (KPT)
Fasa 1 (4%) dan Fasa 2 (3%)

Julat peningkatan pendapatan yang diterima oleh penjawat awam adalah antara 16.8% hingga 42.7%, mengambil kira faedah berganda (compounding effect)











Pelarasan pencen





UCAPAN PENUH AMANAT YB PMX KITA



Nota: Buat pecahan 2 Fasa itu, selain daripada mengelakkan perbelanjaan negara yang mendadak, memastikan negara ada duit yang cukup dalam menguruskan kewangan juga mengelakkan kenaikan inflasi mendadak supaya dapat mengawal kenaikan harga barang. 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top