Showing posts with label SSPA. Show all posts
Showing posts with label SSPA. Show all posts


YAB Perdana Menteri dalam ucapan semasa Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Tahun 2023 pada 1 Mei 2023 menekankan mengenai keperluan untuk menambah baik Sistem Saraan Perkhidmatan AWAM (SPPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Hal ini selaras dengan RMKe-12 di bawah Bab 13 – Bidang Keutamaan A “Membangunkan Perkhidmatan Awam Yang Berprestasi Tinggi”.

Berkuat kuasa 1 Disember 2024, Kerajaan akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pegawai Awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari mulai 21 Oktober sehingga 30 November 2024.

Jadi, bagi penjawat awam yang memilih SSPA, ada banyak kelebihannya. Kenapa?

- Pencen Kekal untuk Pegawai Awam berstatus Tetap;

- ⁠Peluang kerjaya yang lebih baik; dan

- ⁠Pelarasan gaji hanya untuk Pegawai Awam yang memilih opsyen SSPA sahaja



Dengan terlaksananya SSPA ini, Kerajaan menerusi YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berharap agar aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam akan terus diperkasakan dengan menyemai sikap taat setia di kalangan Pegawai Awam serta mampu memberikan khidmat yang terbaik dalam memacu kesejahteraan Negara dan rakyat secara keseluruhannya. 

Laman Web untuk muat turun pekeliling:- https://sspa.jpa.gov.my/index.php/pekeliling


π—¦π—œπ—”π—₯𝗔𝗑 π— π—˜π——π—œπ—”


π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 π—•π—˜π—₯𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 π—§π—˜π—§π—”π—£ 𝗗𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯π—£π—˜π—‘π—–π—˜π—‘ π—¬π—”π—‘π—š π— π—˜π— π—œπ—Ÿπ—œπ—› π—¦π—œπ—¦π—§π—˜π—  𝗦𝗔π—₯𝗔𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§π—”π—‘ 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 (𝗦𝗦𝗣𝗔) π—”π—žπ—”π—‘ π— π—˜π—‘π——π—”π—£π—”π—§ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—₯𝗔𝗦𝗔𝗑 π—šπ—”π—π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—–π—˜π—‘ π—žπ—˜π—žπ—”π—Ÿ


πŸ“Œ Pegawai Awam Berstatus Tetap dan Berpencen yang memilih SSPA - Pencen kekal dan dapat pelarasan gaji


πŸ“Œ Pegawai Awam Berstatus Tetap dan Berpencen yang memilih SSM - Pencen kekal dan tidak dapat pelarasan gaji


πŸ“Œ Pegawai Awam berstatus Kontrak (π˜Ύπ™€π™£π™©π™§π™–π™˜π™© 𝙀𝙛 π™Žπ™šπ™§π™«π™žπ™˜π™š) dapat pelarasan gaji


πŸ“Œ Taklimat dengan Pihak Berkuasa Melantik; 17 September 2024


πŸ“Œ SLU dengan Pengurus Sumber Manusia Kementerian; 18 September 2024

πŸ“Œ SLU dengan Pengurus Sumber Manusia Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri; 19 September 2024










https://x.com/jpagov/status/1836283543959539923?s=19


Sumber berita:

https://ecentral.my/sspa/#google_vignette

https://x.com/jpagov/







Apa itu SSPA?

SSPA adalah singkatan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, menangani isu produktiviti yang rendah dan pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup.

Melalui SSPA, kerajaan akan menaikkan gaji, membuat pelarasan elaun.

Penjawat awam naik gaji lagi? Sebenarnya tidaklah naik berkali-kali pun. Kali terakhir pelarasan gaji golongan itu disemak, adalah 12 tahun dahulu. 

SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) 

Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

PELARASAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

Pelaksanaan pelarasan gaji penjawat dilakukan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 (Fasa 1) dan pada 1 Januari 2026 (Fasa 2). 

Pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.


Simulasi (contoh) kenaikan gaji penjawat awam:



Kalkulator gaji SSPA untuk buat anggaran kira-kira kenaikan gaji anda:





Pelaksanaan Pelarasan Gaji
Hanya terpakai kepada pegawai yang menerima opsyen SSPA sahaja

Tarikh pelaksanaan
Fasa 1 (1 DISEMBER 2024) dan Fasa 2 (JANUARI 2026)

Pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (PNP)
Fasa 1 (8%) dan Fasa 2 (7%)
Kumpulan pengurusan tertinggi (KPT)
Fasa 1 (4%) dan Fasa 2 (3%)

Julat peningkatan pendapatan yang diterima oleh penjawat awam adalah antara 16.8% hingga 42.7%, mengambil kira faedah berganda (compounding effect)











Pelarasan pencen





UCAPAN PENUH AMANAT YB PMX KITA



Nota: Buat pecahan 2 Fasa itu, selain daripada mengelakkan perbelanjaan negara yang mendadak, memastikan negara ada duit yang cukup dalam menguruskan kewangan juga mengelakkan kenaikan inflasi mendadak supaya dapat mengawal kenaikan harga barang. 







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top