Showing posts with label PMX. Show all posts
Showing posts with label PMX. Show all posts

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat beberapa pengumuman khusus buat rakyat menjelang perayaan Aidilfitri.




• Cuti tambahan pada Jumaat atau Isnin, tertakluk kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri.


- Jika raya jatuh pada Jumaat (20 Mac 2026) , cuti tambahan diberikan pada Isnin, 23 Mac 2026

- Jika raya jatuh pada Sabtu (21 Mac 2026) , cuti tambahan diberikan pada Jumaat, 20 Mac 2026




• Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri berkuat kuasa 14 hingga 28 Mac 2026.



Sumber:

https://www.threads.com/@anwaribrahim_my/post/DV5R8C0AOH3

https://ecentral.my/cuti-tambahan-hari-raya-aidilfitri-20-23-mac-2026/#google_vignette









Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (16 Disember 2025) mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra di sini.

Pelantikan itu adalah langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

Rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Berikut senarai kemaskini terbaru menteri dan semua porfolio kerajaan Madani.





Apa itu SSPA?

SSPA adalah singkatan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, menangani isu produktiviti yang rendah dan pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup.

Melalui SSPA, kerajaan akan menaikkan gaji, membuat pelarasan elaun.

Penjawat awam naik gaji lagi? Sebenarnya tidaklah naik berkali-kali pun. Kali terakhir pelarasan gaji golongan itu disemak, adalah 12 tahun dahulu. 

SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) 

Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

PELARASAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

Pelaksanaan pelarasan gaji penjawat dilakukan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 (Fasa 1) dan pada 1 Januari 2026 (Fasa 2). 

Pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.


Simulasi (contoh) kenaikan gaji penjawat awam:



Kalkulator gaji SSPA untuk buat anggaran kira-kira kenaikan gaji anda:





Pelaksanaan Pelarasan Gaji
Hanya terpakai kepada pegawai yang menerima opsyen SSPA sahaja

Tarikh pelaksanaan
Fasa 1 (1 DISEMBER 2024) dan Fasa 2 (JANUARI 2026)

Pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (PNP)
Fasa 1 (8%) dan Fasa 2 (7%)
Kumpulan pengurusan tertinggi (KPT)
Fasa 1 (4%) dan Fasa 2 (3%)

Julat peningkatan pendapatan yang diterima oleh penjawat awam adalah antara 16.8% hingga 42.7%, mengambil kira faedah berganda (compounding effect)











Pelarasan pencen





UCAPAN PENUH AMANAT YB PMX KITA



Nota: Buat pecahan 2 Fasa itu, selain daripada mengelakkan perbelanjaan negara yang mendadak, memastikan negara ada duit yang cukup dalam menguruskan kewangan juga mengelakkan kenaikan inflasi mendadak supaya dapat mengawal kenaikan harga barang. 



Pejam celik, pejam celik setahun dah kerajaan perpaduan. 

Alhamdulillah. 

Selamat ulang tahun pertama kerajaan perpaduan. 

Setahun kemudi pentadbiran Malaysia, Kerajaan Perpaduan telah menyelesaikan pelbagai masalah asas rakyat. 


📌 Kerajaan Perpaduan akan mulakan corak lebih tegas dan pantas untuk kemudi negara pada tahun kedua pentadbiran

📌 Mulai 2024, mutu penguasaan bahasa Inggeris murid perlu ditingkatkan namun bahasa Melayu perlu dikuasai tanpa tolak ansur




https://twitter.com/bernamadotcom/status/1727679111831892013?t=5ozGcTP3f_etNIs75XR7yw&s=19


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1031993/setahun-pm-anwar-perangi-rasuah-tahap-maksimum-payung-rahmah-legakan-rakyat



Lirik lagu Keranamu - MK, YonnyBoii, Sufian Suhaimi, Meerfly, Dani Kurama (Lagu untuk PMX) 


Selagi ku bernyawa ku perjuangkan segalanya

Keranamu

Keranamu

Selagi kubernyawa kupertahankan segalanya

Keranamu 

Keranamu


Keranamu


Rap:

(Loop)

selagi nyawa di kandung jasad

ku pertahankan

sedaya upaya demi

jaminan masa depan

bertaruh raga bebaskan

akal juga fikiran

bagikan satu semangat

selamat kan sejutan insna

keranamu

Kepadamu

ku menaruh untuk

membina mimpi baru

meluntur buluh biarlah

dari rebungnya

tiba masa dituai

benih tertanam dijiwa


Rap:

(Loop)

dari amanat orang lama

dan juga semangatnya kita

keranamu atas nama yang

aku julang Malaysia kita

keranamu aku tak merasa 

apa itu erti susah

demi hidup selesa atas

tanah merah darahmu tumpah

semua bersatu

menjadi satu menghias jalur

genggam bara api

ke puncak bak pembakar obor

makmur berbilang agama

suci luhurnya cita

bukti dalam satu ikrar erti juangnya

perwira


aku lagukan ini keranamu


selagi ku bernyawa

ku perjuangkan segalanya

keranamu

keranamu


selagi ku bernyawa

ku pertahankan segalanya

keranamu

keranamu


Rap:

(Loop)

apa yang telah terjadi

bersepah tipu helah

takkan ku dengar cerita lama

sampai bumi terbelah

berapa ramai jatuh

tersungkur dan kena kifarah

sila simpan jari kelingking

boleh buang luar jendela

apa yang boleh ku lakukan

ku cuma tukang cerita

merah biru putih

kuning darah ku bukan

bendera

bands a make a dance

let catch a dirty hand

and i stack a couple grand

had to leave beloved land


aku lagukan ini keranamu


selagi ku bernyawa

ku perjuangkan segalanya

keranamu

keranamu


Rap:

(Loop)

berilah peluang kerajaan

untuk membina

mana cukup waktu buat satu satu

jadi kena maju

beri masa give a chance

bring the changes

beri masa PMX buktikan semua



Sumber: https://www.malaykord.com/2023/08/mk-yonnyboii-sufian-suhaimi-meerfly.html?m=1










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top