Kisah ibu gajah dan nilai kasih sayang

Tragedi di Gerik, Perak pada 11 Mei 2025 telah menganggu emosi seluruh negara yang menangis di Hari Ibu. Seekor anak gajah mati dilanggar lori, manakala ibunya enggan berganjak, setia menunggu di lokasi kejadian sehingga lebih lima jam.



Gajah bukan sahaja haiwan pintar, malah penuh empati. Induk dan anak gajah hidup dalam kumpulan matriaki rapat dan saling menjaga, membantu yang lemah serta menunjukkan kesedihan apabila kehilangan. 






Haiwan mungkin tidak memahami kematian sama seperti manusia tetapi gajah secara spesifik sering memperlihatkan apa yang tampak bagi manusia sebagai gejala kesedihan dan duka apabila berhadapan dengan kematian.

Insiden tragis seperti ini bukan yang pertama dan mungkin bukan yang terakhir. Mari kenali serba sedikit sifat mamalia daratan terbesar di Asia ini. Semoga penyelesaian dalam mengurangi konflik antara manusia dan haiwan dapat segera kita capai.







1 yang menasihati

  1. sedih juga bila tengok keadaan Mak Gajah tersebut.... Nilai kasih sayang Ibu kepada anaknya. Salam kenal dari New Follower..jemput singgah di teratak yang tidak seberapa.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top