Showing posts with label 2017. Show all posts
Showing posts with label 2017. Show all posts


Terima kasih Tuhan untuk setahun yang telah banyak mengajar. Jatuh, bangun, perkara lalu dan perkara baru semuanya berkunjung dengan begitu berhikmah.

Kenangan manis 2017
- Terlibat dengan antologi bersama penulis hebat dan penulis kegemaran melalui buku Bianglala Melukis Syurga (puisi) dan Konfesi (cerpen). Ya, ada perkara yang kadangkala di luar jangkaan kita. Alhamdulillah.
- Berpeluang bersama-sama menulis dengan komuniti iluvislam yang bertahun dulu saya hanya mampu memerhatinya sahaja. Jika ada masa, jenguk laman web mereka, ada penulisan saya di situ.
- Bekerjasama (beriklan) dengan zalora dan traveloka di blogspot (mereka berbincang melalui e-mel).
- Berjumpa sahabat internet yang manis. Sanggup datang sekeluarga jauh jauh ke rumah untuk beraya. Terima kasih. Sewaktu saya menulis ini, tempat beliau sekeluarga sedang hujan, diharap agar semuanya akan baik-baik sahaja. Apapun dugaan, moga diberi kekuatan hendaknya. Insya-Allah.
- Berbaik dan berhubung semula dengan sebilangan teman lama. 

Kenangan pahit 2017
- Atuk tersayang meninggal dunia pada 25 Disember 2017. Secara rasminya saya sudah tak ada atuk dan nenek kandung dedua belah (belah mak mahupun abah). Yang tinggal adalah atuk dan nenek saudara sahaja. Moga sihat sentiasa semuanya.

Untuk tahun yang bakal datang, moga lebih baik dan bersinar. Kali ini, diharap rasa tenang dan sabar masih sudi memeluk. Insya-Allah.

Terima Kasih 2017 yang semua telah, masih dan akan ada. Alhamdulillah.

Jom, mulakan 2018 dengan Bismillah!



Saya mula mengenali terfaktab (TERas FAKulti TABloid) melalui blog mereka hampir enam tahun yang lalu. Cara mereka ini menulis tentang cinta dan kehidupan agak segar dan bersahaja. Seakan sedang mendengar seorang (atau sekumpulan) kawan bercerita. Sewaktu itu, apabila tahu mereka nak keluar kitab (buku) terfaktab, saya teruja dan memang saya mahu memilikinya.

Masa pun berlalu. Ramai di antara penulisnya yang saya ikuti juga di twitter dan juga blog peribadi. Malah saya pernah beberapa kali membeli buku melalui Terfaktab Media ini. Antara penulis yang saya gemar adalah Elena Reeney, Penulis Sahaja, Alexia Aqram, M.Faiz Syahmi, TheBentPencil, BraderLeplep, Bukan Penggoda, Shahirah Khairudin dan ya, boleh dikatakan hampir semuanya. Malahan, (melalui) syarikat mereka bermulanya saya membeli dan memiliki buku penulisan Cik Srikandi dan Hamka Kereta Mayat (yang sebelumnya perkongsian mereka hanya saya baca secara digital). Kemudian, saya lihat beberapa nama baru yang muncul dalam senarai buku terbitan Terfaktab Media. Ya, Terfaktab Media bukan saja menerbitkan buku berkaitan cinta, malah juga hal-hal dan isu ilmiah lain dengan santai dan lebih bersahaja.


Hakikatnya perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah diterima. Mengetahui Terfaktab Media akan berhenti menerbitkan buku pada November 2017 yang lalu (setelah 7 tahun), ia sesuatu yang menyedihkan. Lebih kepada terkejut sebenarnya. Namun dalam hidup ini, ada perkara yang terpaksa dilakukan.

Diharap agar semua warga Terfaktab akan terus berjaya dalam apa juga yang dilakukan. Terima kasih untuk setiap penulisan indah dan buku-buku yang telah diterbitkan.

Selamat tinggal Terfaktab.
"It's time to say goodbye, but I think goodbyes are sad and I'd much rather say hello. Hello to a new adventure." - Ernie Harwell



Salam. Banyak lagu-lagu baru sempena raya kali ini. Ada yang memang fresh; baru lagu dan liriknya, ada yang diubah lirik sahaja. Jadi setelah melakukan carian di youtube, ini dia yang ditemukan. Jika ada lain, anda boleh kongsikan! Terima kasih.


1.  Lebaran Terindah - Wany, Ernie, Wani, Shamim , Tajul & Haqiem



2. Raya Nusantara [Lebaran] - Rizky Febian, Fatin Shidqia, Siti Nordiana, Ismail Izzani, Sufi Rashid



3. Jom Balik Raya - Zahid, Syuhada, Wani Kayrie, Xpose, Putera Muhammad & Yoyo



4.  Sinar Syawal - Khai Bahar



5. Kasih Lebaran- Sufian Suhaimi



6. Lara Dalam Kerinduan - Aiman Tino



7. Seloka Di Malam Raya - Nur Amira Syahira



8. Syawal Dah Tiba - Dzecko



9. Sepuluh Jari - iamNEETA


10. Tokwan Bilang Esok Raya - Rassa Band


11. Syukur Syawal by BElagak Muzik Studio


12. - Salam Lebaran Sayang - Olik 

13. Aku Balik Kampung - Manbai, Amir Jahari, NSSN & Kayda Aziz


14. HidayahMu - Shila Amzah



15. Aidilfitri Leburkan Dosa - Genji Buskers




Lagu-lagu raya lain (lagu asal lain cuma diubah lirik)

Khalifah - Assalamualaikum Lebaran
Khalifah - Hang Pi Raya
Atmosfera - Berakhir Ramadhan
Saleem - Cinta Di Hari Raya
Asfan Shah - Semua Tentang Raya
Ezad Lazim - Demi Lebaran
Shidi Data - Lebaran Di Rantau Orang
Projector Band - Sudahku Tahu Raya
Kristal - Raya Yang Ku Cinta
Bangsoda - Rasa Rendang Ini
Afee Utopia - Aku Sayang Raya [Official Lyrics Video]

+ Sebab comel, saya kongsikan ini juga




*Lagu raya lama yang mengembalikan nostalgia: Lagu klasik raya



Pelbagai rancangan realiti televisyen yang disiarkan buat tontonan. Dan kali ini Mentor Milenia muncul dengan fenomena protegenya Saiful (atau nama Mentornya (Hazama) panggil, Usop). Selain beliau yang lain juga tidak kurang hebatnya juga, seperti Along misalnya. Manakala Maharaja Lawak Mega kali ini kelihatan lain sedikit dengan kemasukan Dzawin (comedian dari Indonesia) yang menampilkan komedi berunsur agama. Di sini saya kongsikan biodata mereka. 


Biodata Saiful (Usop) Mentor Milenia 2017 

Nama Penuh : Muhammad Saiful Naim Muhd Noor
Nama Komersial : Saiful @ Usop
Umur : 20 tahun (2017)
Asal : Lunas, Kedah
Program Realiti : Mentor Milenia 2017.



Akaun media sosial:
Instagram Usop Mentor: @usopofficial
Facebook Usop Mentor: https://www.facebook.com/ucopmentor/



Biodata Dzawin Maharaja Lawak Mega dari Indonesia

Nama Penuh : Dzawin Nur Ikram
Nama Komersial : Dzawinur
Tarikh lahir: 22 Ogos 1991
Asal : Bogor, Indonesia
Lulusan: Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta
Pencapaian: Juara 3 Suci 4 (SUCI: Stand Up Comedy Indonesia)
Program Realiti : Suci 4 (Indonesia), Maharaja Lawak Mega 2017 (Malaysia)
Kelab peminat: DzawinRangers




Akaun media sosial:
Instagram: @dzawin_nur)
Twitter Dzawin: @dzawinur
Blog: http://www.dzawinur.net/
Youtube Dzawin: https://www.youtube.com/channel/UCnrlTmgYcvQLa-m02kLf8gQ



Web lain: Ramenpedas.com


Apapun minat kita, apa kita lakukan, ikhlas ikhlaskanlah. Semoga berjaya semuanya! 



Rezeki tidak pernah salah alamat. Alhamdulillah untuk semua yang Tuhan izinkan. Jika mahu rezeki diberkati, bersyukur selalu dan kita juga digalakkan bersedekah dalam kadar yang kita mampu. Terutama kepada keluarga terdekat. Tuhan akan tambah lagi nikmat.  Ada berkat dan rahmatnya di sisi Tuhan, insya-Allah.

Di sini saya sertakan tarikh bila dapat BR1M, bila gaji masuk dan bila dapat pencen untuk tahun 2017.

Tarikh pembayaran BR1M 2017 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia)

Bila dapat BR1M 2017 ni? Pembayaran br1m akan dilakukan secara berperingkat. Bermula 18 Februari ini.

Semak (check) jika BR1M dah masuk ke belum di sini:

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 secara baucar akan dibuat mulai 18 Februari.

Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.

Bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BR1M akan dihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716. (sumber)


Tarikh Dan Jumlah Bayaran

Berikut adalah tarikh dan jumlah pembayaran BRIM mengikut kategori untuk tahun 2017.

1. Tarikh pembayaran pertama pada February 2017
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan - RM300
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 - RM450

2. Tarikh pembayaran kedua pada Jun 2017
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan - RM300

3. Tarikh pembayaran ketiga pada Ogos 2017
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM400
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan - RM300

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2017 dengan menghubungi:
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Email kepada br1m@treasury.gov.my


Jadual gaji kakitangan awam 2017


- Laman web rasmi: e-PenyataGaji & Panduannya

Tarikh bayaran pencen 2017


Laman web rasmi pencen JPA:  Laman web rasmi      

*****

DOA MURAH REZEKI.
Gambar: sumber 

Sekian, semoga bermanfaat. Terima kasih.


Lain-lain: 









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top