Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

 

UNTUK MAK SAHABAT-SAHABAT SAYA, MAK SAYA & AWAK YANG BERGELAR EMAK.



Semoga diberi kesembuhan dan kekuatan buat semua mak-mak sahabat saya yang sedang berjuang dan diuji dengan kesihatan. Moga dipermudahkan urusan.

Buat emak saya yang cantik; Puan Anita semoga terus sihat, dimurahkan rezeki & mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Along dan adik sayang mak! 🫶🏻

Juga buat makcik-makcik saya tersayang, moga diberi kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan baik-baik selalu tak kira di mana pun kalian berada.

Untuk yang dah pergi selamanya, kita doakan agar mereka semua dilapangkan kuburnya, diampunkan segala dosa dan dapat jumpa kita semua kembali di syurga.

(Kuat selalu ya, kawan-kawan saya!)

Last but not least - buat semua mak di seluruh dunia, terima kasih untuk semuanya!

Allah sahaja mampu membalas segala pengorbanan semua ibu-ibu kita. Moga syurga buat semua ibu di dunia. Doa kami; anak-anak sentiasa ada.


To every mother, You are a beautiful fighter!

- Selamat hari ibu. Moga Allah berkati selalu. Fi amanillah.


[Post sama juga telah disiarkan di FB personal saya

Terima kasih]



Nah hadiah (lirik hasil tulisan sahabat saya):




 


Umat Islam di Malaysia berpuasa pada Ahad, 2 Mac 2025. 

Demikian menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruhAgong setelah diperkenanan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Selamat berpuasa buat semua pembaca blog ini. Moga amalan kita diberkati dan diterima-Nya.






Terima kasih buat mereka yang sentiasa sudi mendoakan saya, famili, dan semua orang serta hal-hal yang saya sayang untuk tahun ini dan seterusnya. Moga ingatan dan harapan yang baik-baik kembali semula buat kalian.

Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita menemui tahun baru. Moga tahun ini kita lebih sihat, tenang dan berjaya lagi. Insya-Allah.


Terima kasih, 2024.


Selamat tahun baru 2025, semua!






 



Hari ini hari istimewa untuk seorang sahabat yang sangat baik dan manis; Khairani (Khai). Mengenali beliau semenjak 2021 di aplikasi twitter, beliau seorang yang penuh dengan kejutan dan kebaikan. Seorang 'problem solver' dan penyabar. 

Beliau sanggup datang dari rumahnya di selatan tanahair (walaupun ada beberapa kekangan) untuk berjumpa dengan saya dan meneruskan tali silaturahim (sudah 3 kali setakat ini). Alhamdulillah. Orangnya juga begitu tenang dan tak berkira. Suka memberi pelbagai hadiah hari lahir kepada saya dan ada masanya, sudi membantu kami sekeluarga. Daging frozen yang sering dikirim dah jadi macam signature ya! Terima kasih banyak Khai.

Khai juga seorang yang kreatif dan berwawasan; mempunyai banyak perancangan dalam hidupnya. Kreatif bermain saxophone, gitar dan mahir mencipta lagu sendiri. Boleh berkunjung ke youtube Khai (@rebrandmusix24) jika nak dengar lagu ciptaan beliau yang lain 

Ini antara lagu yang kami cipta bersama, saya sebagai penulis lirik, beliau pencipta lagu (terima kasih untuk ruang dan peluang). ADA KITA tajuknya. Beliau memang berjiwa seni.




Selain tidak lupa memberi tanda ingatan ketika berjalan-jalan atau melancong, beliau juga ada mengirimkan video dan gambar cantik untuk saya. Baikkan, orangnya? Dahlah comel.




Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Khairani, moga dipermudahkan urusan beliau seterusnya, dimurahkan rezeki dan moga tercapai apa yang diidamkan. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat baik saya, buat saya happy dan selalu ada jika diperlukan (sungguh, awak telah banyak membantu selama ini).

Semoga persahabatan kita berpanjangan & diberkati hingga ke akhir hayat. Sayang awak, Lillahi Taala. 

Jaga diri selalu, Khai. Moga sentiasa berbahagia bersama keluarga dan insan tersayang. Fi hifzillah.








Di Malaysia, Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei, manakala Hari Bapa disambut pada Ahad ketiga bulan Jun.


🎶

Wanita, hiasan dunia.

Seindah hiasan adalah wanita solehah.

🎶


Selamat hari ibu untuk Emak saya, dan semua ibu-ibu di dunia ini.

Tak lupa buat semua sahabat yang bergelar ibu. Moga semua dirahmati-Nya.

Moga jasa kalian dibalas dengan berganda kebaikan. Dunia dan akhirat. 

- Happy #MothersDay, bidadari syurga! ♥️


"Jika hari ini kita baik pada ibu ayah kita, Tuhan akan murahkan rezeki kita dan berikan kita anak yang taat kelak. Insya-Allah.

Tiada perkara yang paling baik melainkan buat baik pada ibu bapa."

- Ustaz Farid Ravi.


"Sebenarnya Ibuku tidak pernah menua. Ia hanya sedang memindah-mindahkan kecantikannya; dari wajah ke hati." — Intan Hazmi. 

Buat yang telah tiada, kita jangan putus doakan kebaikan buat mereka. 



"It takes someone strong to make someone strong."


"Dear mothers, may every tears that has ever fallen from your tired eyes on your child's behalf, become a river for you in Jannah."

Moga Allah memberkati dan pelihara mak selalu. Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih. ❤


Selamat hari raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Arnamee blogspot. Terima kasih untuk semua sokongan. Maaf zahir batin untuk semua kekurangan saya. 

*****


 "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya BERSAMAAN dengan berpuasa SEPANJANG TAHUN.” - (HR Muslim)


*Boleh jika nak sekalikan niat puasa ganti & puasa 6 syawal. Namun jika dapat, lebih baik diasingkan (lebih sempurna).


Berhati-hati di jalan raya. Moga amalan dan ibadah kita semua diterima Allah. 


RAMADAN 1445H | Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 12 Mac 2024.



Selamat berpuasa kawan-kawan semua. Moga ibadah kita semua diterima. Maaf silap dan salah ya! 


Terima kasih Tuhan untuk setahun yang telah banyak mengajar. Jatuh, bangun, perkara lalu dan perkara baru semuanya berkunjung dengan begitu berhikmah.

Kenangan manis 2017
- Terlibat dengan antologi bersama penulis hebat dan penulis kegemaran melalui buku Bianglala Melukis Syurga (puisi) dan Konfesi (cerpen). Ya, ada perkara yang kadangkala di luar jangkaan kita. Alhamdulillah.
- Berpeluang bersama-sama menulis dengan komuniti iluvislam yang bertahun dulu saya hanya mampu memerhatinya sahaja. Jika ada masa, jenguk laman web mereka, ada penulisan saya di situ.
- Bekerjasama (beriklan) dengan zalora dan traveloka di blogspot (mereka berbincang melalui e-mel).
- Berjumpa sahabat internet yang manis. Sanggup datang sekeluarga jauh jauh ke rumah untuk beraya. Terima kasih. Sewaktu saya menulis ini, tempat beliau sekeluarga sedang hujan, diharap agar semuanya akan baik-baik sahaja. Apapun dugaan, moga diberi kekuatan hendaknya. Insya-Allah.
- Berbaik dan berhubung semula dengan sebilangan teman lama. 

Kenangan pahit 2017
- Atuk tersayang meninggal dunia pada 25 Disember 2017. Secara rasminya saya sudah tak ada atuk dan nenek kandung dedua belah (belah mak mahupun abah). Yang tinggal adalah atuk dan nenek saudara sahaja. Moga sihat sentiasa semuanya.

Untuk tahun yang bakal datang, moga lebih baik dan bersinar. Kali ini, diharap rasa tenang dan sabar masih sudi memeluk. Insya-Allah.

Terima Kasih 2017 yang semua telah, masih dan akan ada. Alhamdulillah.

Jom, mulakan 2018 dengan Bismillah!



Saya mula mengenali terfaktab (TERas FAKulti TABloid) melalui blog mereka hampir enam tahun yang lalu. Cara mereka ini menulis tentang cinta dan kehidupan agak segar dan bersahaja. Seakan sedang mendengar seorang (atau sekumpulan) kawan bercerita. Sewaktu itu, apabila tahu mereka nak keluar kitab (buku) terfaktab, saya teruja dan memang saya mahu memilikinya.

Masa pun berlalu. Ramai di antara penulisnya yang saya ikuti juga di twitter dan juga blog peribadi. Malah saya pernah beberapa kali membeli buku melalui Terfaktab Media ini. Antara penulis yang saya gemar adalah Elena Reeney, Penulis Sahaja, Alexia Aqram, M.Faiz Syahmi, TheBentPencil, BraderLeplep, Bukan Penggoda, Shahirah Khairudin dan ya, boleh dikatakan hampir semuanya. Malahan, (melalui) syarikat mereka bermulanya saya membeli dan memiliki buku penulisan Cik Srikandi dan Hamka Kereta Mayat (yang sebelumnya perkongsian mereka hanya saya baca secara digital). Kemudian, saya lihat beberapa nama baru yang muncul dalam senarai buku terbitan Terfaktab Media. Ya, Terfaktab Media bukan saja menerbitkan buku berkaitan cinta, malah juga hal-hal dan isu ilmiah lain dengan santai dan lebih bersahaja.


Hakikatnya perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah diterima. Mengetahui Terfaktab Media akan berhenti menerbitkan buku pada November 2017 yang lalu (setelah 7 tahun), ia sesuatu yang menyedihkan. Lebih kepada terkejut sebenarnya. Namun dalam hidup ini, ada perkara yang terpaksa dilakukan.

Diharap agar semua warga Terfaktab akan terus berjaya dalam apa juga yang dilakukan. Terima kasih untuk setiap penulisan indah dan buku-buku yang telah diterbitkan.

Selamat tinggal Terfaktab.
"It's time to say goodbye, but I think goodbyes are sad and I'd much rather say hello. Hello to a new adventure." - Ernie Harwell





Alhamdulillah. Raya datang lagi! Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada ahli keluarga saya, semua saudara-mara yang mengenali dan tidak lupa buat sahabat-sahabat yang sudi di sisi selama ini. Juga buat yang sudi membaca blog saya ini. Berhati-hati dan jaga hati.

Ucapan raya untuk sahabat yang selalu di sisi;

Raya tiba lagi. Saya ingin memohon maaf jika pernah mengguris hati. Terima kasih kerana bertahan setiap inci. Moga di hari raya ini, kita semua diberkati.

Buat sahabat jauh, walaupun mungkin jarak memisahkan kita namun kasih sayang tidak pernah berjarak. Dalam ingatan, kamu tidak pernah kulupa. Moga terus baik-baik saja-saja. Berjodoh, nanti kita jumpa. Insya-Allah.

Buat sahabat yang diduga, kuatlah kerana kamu terpilih dan sangat disayang Dia Yang Maha Kuasa. Bertahanlah wahai sahabat yang tabah jiwanya. Ada ganjaran dalam setiap dugaan. Moga sentiasa dipeluk sabar dan dipermudahkan semua urusan.

Buat yang baru dikenali, moga nanti kita makin rapat dan berukhwah kerana Ilahi.

Buat semua, terima kasih dari hati. Di hari raya ini, ke manapun mohon hati-hati. Dan jaga diri.

Salam aidilfitri,
Anem Arnamee.


Nah, lagu untuk sahabat semua: Senandung Hari Raya Untukmu: Dayangku Intan



Untuk pelbagai mesej dan pantun raya menarik: https://theinspirasi.my/pantun-dan-ucapan-hari-raya-aidilfitri/
 

Alhamdulillah untuk semuanya. Tahun 2016 menyaksikan kedatangan orang dan keadaan baru dalam hidup sebahagian kita dan juga kehilangan dalam hidup sebahagian yang lain. 2016 juga banyak mengajar dan memberi pelbagai kenangan tersendiri kepada saya.

Dalam banyak hal, minat & semangat sahaja tidak cukup. Perlu ada ilmu. Mungkin dalam perkara yang kita tak minat itu, wujudnya kelebihan kita. Saya tak pernah terfikir saya akan kembali menulis cerpen misalnya. Sebab saya dah hilang minat menulis cerita sejak habis sekolah dulu. Alhamdulillah. Tahun ini cerpen saya diizin-Nya tersiar di majalah & terbit dalam beberapa buah antologi. Yang pernah beli, terima kasih.

2016 juga mengajar saya erti sederhana sebenar. Betapa jangan terlalu mudah percaya. Dan jangan pula tidak langsung memberi peluang. Diri kita ini yang paling memerlukan banyak peluang. Kena memaafkan diri & yakin kita ini ada kelebihan (namun masih perlu merendah hati).

Tahun ini juga masih diizinkan Tuhan untuk saya mengenali ramai manusia baik dan hebat-hebat. Ada yang masih kekal dan ada yang baru kenal.

2016 juga memberi definisi tersendiri tentang pengorbanan. Perubahan tak akan datang tanpa melakukan sesuatu yang besar. Sukar tapi boleh. Kemampuan itu wujud dalam diri setiap kita. Cuma perlu letak rasa yakin bahawa kita boleh jika cuba. Terlalu banyak alasan mampu melemahkan.

Apapun yang kita lalui, tidak seharusnya buat kita mengalah untuk menghadapi hari depan. Perkara lepas, untuk mengajar & lebih menguatkan.
Kita yang menentukan apa kita bakal jadi. Namun tetap semuanya bergantung pada keizinan Dia. Sekian. Selamat maju jaya untuk 2017!


Dengan rasa syukur umur dipanjangkan tuhan, anem mahu mengalungkan rasa senang melalui tinta kecil seadanya ini. Semoga mereka semua dipermudahkan tuhan dunia dan akhirat - hendaknya. insyaALLAH . Selamat hari lahir, happy birthday , sanah helwah , eid milad saeed , 생일축하합니다 (saengil chukha hamnida) !

Selamat Hari Lahir - Saujana


Aro oh aro (12 Januari)
Nour - macam arab kan nama depannya . Nour tiara natasha. Pemilik bernama ayu ini mencapai umur 20 tahun pada hari tersebut tahun 2012 ini. Orangnya tegas, berprinsip dan mula anem kenali sewaktu Anem terlibat dengan penangguhan PLKN, dan dia waktu tu dah masuk pun PLKN. Orangnya budiman serta berani menghadapi sebarang cabaran . Mampu menjadi ketua yang baik, tapi sekali bawa hati , alamak , sukar diduga sejauh mana rajuk hatinya . Dia senang, pandai jaga hati dia, dia akan jaga hati kita . Masih sedang mencari, akak doakan semoga cik tasha ni akan mencapai segala yang dicita-citakan . Adik akak, senyum selalu tau sayang .
 
Dak sowang ni (15 Januari)

Dia sangat indah. Anem mula rasa jumpa diri Anem semula bila nampak dia berlegar di ruangan facebook pada januari 2010 lalu . Sedang mahu mencari diri sebenar dan suka mencuba benda benda baru , gadis remaja yang sangat 'macho' membawa diri ini , sangat mempunyai persamaan dengan Anem . Keras hati , yakin dengan keputusan sendiri , dan mahu menjadi yang terbaik jika boleh - antara ciri diri Anem yang sangat akrab dengan jiwanya. Dia juga seorang pemain muzik yang baik, seorang yang ringkas dalam penampilan , kreatif dan agak pendiam . Agak suka memendam , dia memang sukar dijangka rasa hatinya - kadangkala . Seorang yang sangat memahami dan menerima Anem apa adanya , membuatkan Anem semakin sangat sayang dia. Dengan menginjak umur angka 2 , dah 20 tahun tahun ini, semoga semakin kuat tau , cyg. Untuk awak, semoga terus tabah dan dapat jumpa yang di cari .


Gigi : 11 Januari

Adik Hafiz , the only one (18 Januari ) 

Dia satu-satunya adik beradik Anem . Dia lah adik lelaki yang Anem paling sayang dalam dunia . Dia seorang yang sangat istimewa - memang istimewa cirinya , orangnya .Dia hyperaktif . Tak boleh duduk diam , nakal amat , serta tidak mampu fokus dengan baik dan perwatakannya seakan umur 6 tahun . Namun manja nakalnya itu membuatkan rumah tidak sunyi . Dia juga mempunyai sakit sampingan yang lain, memang kuat ALLAH duga dia, si baik hatinya . Kemunculannya dalam hidup keluarga kami seisi mampu membuat kami menjadi lebih baik, mana tahu mungkin berpeluang menghuni syurga nanti, wallahualam kan? tapi insyaallah . Selamat hari lahir ke 22, baby boy - birthday boy, adik along dah beso tau !

Izafiza, cik akak darah manis (19 Januari )
Kak iza yang cantik berseri , lebih tak kurang sudah 5, 6 tahun demikian kita bersahabat kan ? Bukan senang mempertahankan apa yang kita capai dan ALLAH mengizinkan untuk kita terus bersahabat dalam ruang terhad masa kita , dalam ruang lingkup jarak yang kita ada . Akak seorang yang sanggup bekorban dan pengalah yang hebat . Seorang yang tabah dan yakin dengan apa yang akak buat, dengan umur akak mejangkau ke angka 26 ini , Anem sentiasa berdoa semoga akak akan dapat menjadi isteri solehah kelak dan berbahagia dengan bakal suami yang akan dinikahi bulan 3 nanti . Semoga persahabatan kita akan berkekalan hendaknya akak sayang . Rindu ! :)

----------------
Rahsia Bulan kelahiran Januari


Kaer : Januari - asal Glenn Fredly
 
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
* Suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
* Peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
* Suka smart, kemas dan teratur
* Sensitif, berfikiran mendalam
* Pandai mengambil hati orang lain
* Pendiam kecuali setelah dirangsang
* Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri
* Badan sehat tetapi mudah diserang selesema
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
* Cukup sayang kepada kanak-kanak
* Suka duduk di rumah
* Setia pada segalanya rajin belajar dan kemahiran sosial
* Sikap cemburu yang sangat tinggi

Allaahumma innaa nas'alukal 'afwa wal'aafiyata fiadiini waddun-yaa wal-aakhiroh.
Maksudnya : Ya Allah ! Kami memohon keampunan dan kesejahteran dalam agama, di dunia dan akhirat

Untuk semua yang sambut hari lahir juga pada Bulan JANUARI ini, selamat hari lahir. Semoga semuanya dipermudahkan :)


Alhamdulillah. Masih bernyawa. Semoga selamat dan dipermudahkan semuanya. Tinggalkan cerita luka dan gila kelmarin. Mulakan cerita yang penuh bahagia. Semoga kuat. Ya, kuat. Untuk lebih menjadi seseorang - yang berguna pada agama, keluarga, diri dan semua orang .

Dengan Izin . Amin.

01012012 .

Syabas anda yang sudah bangkit dari rebah , awas pada orang yang belum rebah dan sabarlah pada orang yang baru saja rebah . 


p/s: ALLAH sayang kita. kitakan milik dia. Selamat tinggal 2011.


Salam aidiladha untuk kita semua dan sahabat Anem semua. Semoga yang menunaikan haji dan umrah tahun ini akan selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur. Pada yang menunaikan ibadah korban pula, semoga niat ikhlas kita akan diberkati oeh ALLAH hendaknya. Semoga kita semua akan menjadi lagi baik. Dan mampu memberi sesuatu yang lebih baik kepada agama dan sahabat di sekeliling kita serta keluarga. Hati-hati ketika pulang ke kampung . Insyaallah semoga semua kita dipermudahkanNYA . Amin.


Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


(Video lagu Raihan : Haji Menuju ALLAH  )


"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)



Kak iza - beliau seorang insan yang mempunyai pakej lengkap dalam berkawan, mampu berkorban, dan selalu bertahan. Dia sahabat yang akan ada di sisi tika demam, sanggup melayani kurang inci diri sampai lebam, dan masih tersenyum biar sampai malam.



Tahniah buat Noorhafizah Musa dan Mohd Zulriduwan . Sudah selamat menyarung cincin pada 3 Jun yang indah cerita. Semoga berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhirnya. Walau di hadapan, akan ada badai datang melanda - bertabahlah selalu hendaknya. Semoga dipermudahkan akak dan kekasih yang bertakhta di jiwa. Insyaallah , amin ..


Kenalan Anem berusia 25 tahun pada 19 Januari lalu ini , Anem mula kenali di USM pada tahun 2005 . Semoga persahabatan kita juga kekal hingga ke akhirnya. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya, kakak cantik ! . Maaf untuk semuanya , ya. Sayang akak dari hati, ada jodoh kita jumpa nanti.

"Count your age with friends but not with years"
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat :)

IzaFiza - pemilik blog izahafizah.blogspot.com : Everything Happens with a reason.

p/s : Dia peminat hijau . Anem suka biru.


Alhamdulillah. My Heart said, "If can, I want to fly now,but I can't (still)!". Terima kasih untuk yang sudi review blog Anem, menghargai artikel yang Anem tulis serta menyayangi diri seadanya- gilalah kalau tak suka! Pasti senyum meleret .

(klik gambar untuk baca review)

1) Bila ada yang memuji dan review blog arnamee dot com, tanpa Anem sedar:



[Thanks to Andy, kita baru kenal, namun ini benar-benar buatku terharu," blog baru tu Andy, weh."]

2) Bila ada yang ingin minta kalian kongsi artikel dalam blog yang hebat :



[Thanks to Syin (admin pengupas jalanan), penulisan hatiku tentang 'buat blog dapat duit ' dipuji!]

3) Bila mana ada yang menujukan suara comel dan petikan gitar merdunya untukku:


[Thanks to Cik E, sudi dedikasi her cover song to me ! -lihat di youtube :D ]

4) Bila mana seorang gadis comel yang pandai melukis dan mencipta lagu memberiku ini:



[Thanks to AN akak dah baca entri 'teman dambaan' itu- rasa sedih dan dihargai sangat..]


"It is never to late- to become what you might have been".
THANK YOU.




Ya ALLAH, kuatkan hati-hati kami.


Ramadhan bakal berlalu pergi. Bertakung air mata hati menatap malam-malam dingin yang masih terasa kini. Alhamdulillah.

Nak raya, tapi hati masih terasa. Mengapa ya? Mengapa perlu terasa pada mereka yang tak merasa apa-apa, Nem. Rugi. Jadi Redhalah. Maafkan semuanya. Sedangkan Rasullullah s.a.w ampunkan umatnya.

Ya, Udah (perkataan kegemaran adik angkatku yang berasal daripada Indonesia- Ritha). Sewajarnya Anem lebih matang kini. Hidup inikan hanya sementara. Untuk itu, pada semua yang terasa pula dengan Anem, izinkan Anem titipkan luahan rasa keampunan kepada kalian, maafkan Anem jika ada perkataan, perbuatan yang masih lagi berbekas di hati kalian, terutamanya yang Anem tak perasan. Maafkan Anem yea..

Salam 1001 kemaafan.
A.A.


Ibnu Hubain & Afiah

 AIDILADHA 1428 H - Pertemuan Terindah

Alhamdulillah. Anem rasa bersyukur sangat dapat berjumpa sahabat-sahabat lama Anem yang sama-sama belajar di SAMJ, tanggal 21 Disember lalu. Paling gembira dapat menatap wajah kak Lin ngan Kak Fatimah. Comelnyer mereka. Hati ni menangis dapat salam mereka. Macamanalah jika Anem dah tinggalkan USM, kemudian jumpa kawan USM Anem balik setelah sekian lama, meraung kot! Bukan main drama. Dekat rumah tu, semua kawan-kawan lama ada, Imani saja tak ada, ada aqiqah kat negeri lain. Siap ada yang panggil anem “Nur kamilah ” lagi. Sabrina, orang ingat tau nama awak.

Dak Ayu pula boleh cakap, “INGAT LAGI SELALU BACA CERPEN ANEM DULU,” tiba-tiba rasa nak berkarya semula. sayang, Satu cerpen pun Anem tak masukkan dalam pertandingan, tak jadikan sebagai skrip untuk drama atau filem arahan Anem. Tak tahu kenapa hati ni masih belum yakin dengan kemampuan tu. Hah! Afizalina tetap tak berubah. Aini masih lagi brutal, Awin masih lagi comel! DAN ramai lagi yang Anem tak dapat nak sebutkan semua di sini. Maaf ek. Memang di majlis Ibnu dan Afiah tu satu pertemuan yang indah. Alhamdullillah.

Ucapan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA. SEMOGA KITA SEMUA SANGGUP BERKORBAN KERANA ALLAh dan JAGA DIRI HIASI PERIBADI.

P/s: Buat Ibnu dan Ifah selamat diijabkabulkan. Semoga berkekalan hingga ke Akhir Hayat. Amin.

Buat Kak Hanim, akak kepada Eyin, selamat bertunang.

Buat Kak Ta, akak kepada kak Iza, selamat pengantin baru.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top