Showing posts with label Albert D. Show all posts
Showing posts with label Albert D. Show all posts

 




INTRO

Lailahaillah

Muhammad Rasulullah 2x


VERSE 

Langit terbentang luas di angkasa

KebesaranMu tiada terhingga

Andai awan meredupi bahagia

Itulah nikmat di dunia


CHORUS

Lailahaillah

Muhammad Rasulullah 2x


VERSE

The first and the last

The most merciful

The all mighty creator 

Ar-Rauf & Ar-Rahim

The one who gives

This love to me


Tika ku leka dengan dunia

Diriku terus tersungkur

Petunjuk dari yang Maha Esa

Tertunduk diri ku sujud

Andai aku jatuh

Dan aku tak mampu

Tuhan Kau lah yang Maha Kuasa

Berikalah cahaya Mu


CHORUS

Lailahaillah

Muhammad Rasulullah 2x


BRIDGE

Tiada Tuhan layak disembah

Allah Tuhanku yang Maha Esa

Selawat salam ke atas

Muhammad Rasulullah


LAST CHORUS

Lailahaillah

Muhammad Rasulullah 2x


Tiada Tuhan layak disembah

Allah Tuhanku yang Maha Esa

Selawat salam ke atas

Muhammad Rasulullah




 



INTRO

اسجد لربك خالقنا 

اسجد لربك خالقنا

فالله ربنا 

فالله ربنا


VERSE 1

Ku sedih ku nangis

Mesti aku ingat Dia

Gembira ketawa

Aku takkan lupa Dia

Dia yang satu

Tiada dibanding-nya

Yang maha Esa

Kuserahkan segala padaNya


Umpama lentera 

Dalam gelap

Dalam semua 

Yang ku hadap

Ku harap perjalanan aku takkan silap

Bukan kata tak salah

Lumrahnya ku manusia

Di dunia penuh ujian

Kan semua datang dari Nya


Gelombang merambang 

Datang seimbang

Di pintu gerbang

Si sumbang sembang

Rambang satu masa nanti tumbang

Langkah mesti disusun

Takut tak cukup rukun

Tiada dukun yang boleh tolong tanya karkun sebelum sukun

Enam belas baris ini

Untuk kita lihat semula

Siapa kamu siapa aku

Siapa dia sang pencipta

Sujud jangan lupa

Amal jangan kurang

Nanti karang hayat dicabut

Sebelum kau sempat mengarang


CHORUS

Kata mulanya Kun jadi Faya Kun

Tercipta semua, semua sudah pun dia atur

Kisahnya bermula semua tersusun teratur

Di kitab majestik semua sudah pun dikatur


Perjalanan Sang Tanah penuh dengan onak duri

Bila sang api marah tak mau tunduk tapi diri

Dihumban terjatuh angakara semua satu janji

Jaminan semula hilang negara abadi


VERSE 2

Fenomena sah ini jauh kemana

Nafsu maju dah terlanjur nak kemana

Jatuh jatuh bangkit jatuh sampai bila

Janji tetap janji ku tahu dimana


Dan bukan aku meminta dipinta 

Ku menadah sekerat tinta

Tak mampu aku berdoa kepada

Selain yang maha Esa

Tak perlu pura-pura

Hanyut jiwa yang tiada

Rebah ku harini tak bermaksud tuk selamanya

Daya sedaya padanya ku cuba berencana

Apa yang menanti tiba sedia ku terima

Yang menang tinggalkan fana

Yang hanyut mengejar dusta

Siapa yang berani

Ku berani

Takkan kalah


CHORUS

Kata mulanya Kun jadi Faya Kun

Tercipta semua, semua sudah pun dia atur

Kisahnya bermula semua tersusun teratur

Di kitab majestik semua sudah pun dikatur


Perjalanan Sang Tanah penuh dengan onak duri

Bila sang api marah tak mau tunduk tapi diri

Dihumban terjatuh angakara semua satu janji

Jaminan semula hilang negara abadi


TUHAN, AKU INGIN CAHAYA





ku rasa jiwaku
bagaikan digari
akibat dosa noda 
menzalimi diri

ku meronta untuk 
bebas dari jeriji
Gelap menguasai
ku tak tahan lagi

Tuhan ku ingin cahaya 
sinar terangMu
menerangi hari-hari
gelap sunyi diri
Biar aku derita
Hanya satu ku damba
Kau terima aku

ku cuba berkali-kali untuk
bangun dan bangkit kembali
tapi walau betapa kuat 
aku usaha cuba berdiri
ku masih gagal lagi
ku terjatuh lagi dan lagi
Wahai tuhan hanya Engkaulah saksi
segala jatuh bangun ku ini

Akan aku paksa 
untuk gagahkan kembali diri
Sampailah hari Engkau menjemput diriku kembali
Walau jatuh seribu kali
ku bangkit seribu satu lagi
Biar manusia menghukumi
Tuhan hanya Kau 
yang mengerti aku

Kadang ku tak mengerti
Rasa sakit ini
Adakah kifarah buatku?
Atau jalan pintas ku ke firdausi?

Tuhan ku ingin cahaya 
sinar terangMu
menerangi hari-hari
gelap sunyi diri
Biar aku derita
Hanya satu ku damba
Kau terima aku

Tuhan ku ingin cahaya (backup)
Cahaya harapanMu
Aku sakit, lelah aku pasrah 
Ingin sekali aku menyerah
Tapi tetap aku berlakon gagah
Kerna ku cintaimu Allah

Tuhan ku ingin cahaya
dikala ramai yang buta
untuk melihat cintaMu
disebalik derita



Dapatkan Naskah Buku - Tuhan Aku Ingin Cahaya di sini (shopee)




 LYRIC





Aku sendirian lagi

sendirian sedih

sendirian pedih

sendirian sepi


Hanya tuhan yang fahami

tuhan yang temani

tuhan yang mengerti

apa yang dihati


Oh Allah

Oh Allah

Aku perlukanMu


CHORUS

Tuhan aku ingin hijrah

Menutupi kisah lama

Buka lembaran baru

agar hidup lebih indah

Ku tak mahu dibayangi

cerita silam yang pedih

biar hilang..

biat hilang hilang..


RAP


Fatamorgana dunia

Ilusi mempesona

Ku sering tertipu  

antara realiti dan khalayan

Bukanlah aku nak beralasan

Salahku aku sesal

Matahari terbenam di balik dosa-dosa yang kukenang


Pilihanku yang salah, menghantui setiap langkahku

Namun dari kegelapan, kumohon cahaya berkilauanMu

Oh tuhan

dengarlah rintihanku

Sekali lagi

Aku perlukanMu

Aku takkan mampu

mula langkahku tanpaMu


CHORUS

Tuhan aku ingin hijrah

Menutupi kisah lama

Buka lembaran baru

agar hidup lebih indah

Ku tak mahu dibayangi

cerita silam yang pedih

biar hilang..

biar hilang hilang..


Ya Allah jika cintaMu

hanya layak bagi yang berhati suci,

Lalu ke manakah 

para pendosa sepertiku 

mencari perlindungan




 

HAMZAH





VERSE

Tinggalkan semua tersisa

Dan tangislah penuh derita

Kerna tuhan telah memanggilnya

Ratapan melihat jiwa sudah tiada


Ini tubuh yang hilang,

Ini bakinya perang,

Badan dirobek-robek

Ditarik-tarik

Ditanya siapa tubuh sang pemilik


CHORUS

Dialah singa

Di medan laga

Perisai utusan

Penjaga agama


Kerna jasamu

Benteng musuh bergetar

Tangisan utusan

Terdengar suara


Al-kisah panglima hamzah

Ditangisi langit mendung nan senja


VERSE 2

Ditanya dimana

Kenapa? bagaimana?

Dirimu diperlakukan sebegitu


Saat musuh terus menerkam  

Tiada tara dan tenggelam

Dipasang mata menanti peluang terhidang


Kerna hasad dendam yang tlah tersinggung

Dilempar tombak sasar menghukum

Deras menuju 

Menembus jasadmu 


Tetapi kau tidak mengalah 

masih mencuba

Mengejar pelaku durjana 

Walau pedih memakan diri

Yang terus rebah

Akhirnya panglima gugur syahid 

Uhud saksi teragung


*CHORUS


BRIDGE

Tangislah wahai umat manusia

Kerna Asadullah Ber-akhir hayatnya

Maka tumpaslah jiwa

Sang pejuang pembela

Walau jasadnya tiada

Namun (Semangatnya) kekal selamanya


*CHORUS











Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top