Lagu HANYA RINDU adalah lagu hits nyanyian yang cukup indah dari Andmesh Kamaleng, penyanyi Indonesia yang cukup hebat. Lagu HANYA RINDU telah mendapat tempat dihati ramai orang, bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, bahkan menarik minat artis barat sehingga ada yang menterjemahkannya dalam Bahasa Inggeris serta dinyanyikan oleh artis youtube barat. Tahniah buat Andmesh Kamaleng, lagu dan lirik anda telah berjaya menyentuh ramai orang.
Kini, Syed Salahuddin cuba buat cover lagu HANYA RINDU ini kepada versi Bahasa Arab, mudah-mudahan dapat manfaatnya insyaAllah.
*****
SYED adalah artis naungan Tarbiah Sentap Records. Follow instagram beliau, @syedsalahuddinofficial untuk perkembangan beliau.
*****
Lirik lagu Hanya Rindu versi Arab - Syed Salahuddin (asal: Andmesh Kamaleng)
أُحِبُّكِ يَا مَنْ إِلَيْهَا أَهْدِي كَلِمَاتِي
Aku mencintaimu, wahai orang yang kudedikasikan kata-kataku padanya
أَطَالَ فِي عُمْرِهَا يَا رَبَّ العَالَمِين
panjangkan umurnya wahai tuhan seluruh alam.
لَوْ جُمِعَتْ أَيَّام عُمْرِي مِن فَرْحٍ
Kalaulah aku kumpulkan saat-saat gembira dalam hidupku
مَا تُسَاوِي لَحْظَة مِنْ وَقْتِي مَعَكِ
semuanya tidak akan dapat menyamai indahnya waktu yang aku habiskan denganmu.
أَنْـتِ الحُـبُّ وَالجَنَّـةُ تَحْتَ قَدَمَيْـك
Engkau adalah cinta, dan Syurga berada di bawah telapak kakimu